𝑃𝑎𝑟𝑡 9🍁

Comenzar desde el principio
                                    

Kalau menggunakan ketegasan tidak jalan maka dia perlu menggunakan pujuk dan rayuan. Mungkin lelaki itu akan melepaskan dia kerana simpati akannya.

"Duit?" Tanya lelaki itu semula. Laju Fatihah mengangguk sambil hatinya sudah mengucap syukur.

Lelaki ini makan dengan tawaran yang dia berikan? Baguslah begitu.

Lelaki itu menatap Fatihah lama sebelum senyum senget dan melebar.

"TAK NAK. Aku nak kau jadi LAUK aku malam ni..." Tutur lelaki itu mengerikan satu persatu sebelum ketawa besar.

Fatihah mengigil. Kepalanya menggeleng laju tatkala lelaki itu mula menarik nya ke arah semak yang berada tidak jauh dari situ.

Fatihah menjerit sekuat hatinya tidak merelakan diri ditarik sebegitu. Kaki masih utuh menahan tarikan lelaki itu, dia perlu menjaga maruah nya!

"Tak nak! Lepaskan saya! Tolong! Tolong!!" Jerit Fatihah berkali kali sambil menggeleng laju.

Air matanya yang telah membanjiri pipi mulus tidak dia hiraukan. Tangan yang seakan mahu tercabut akibat dari tarikkan yang kuat juga dia tidak hiraukan.

Dia harus pertahankan maruah nya sehingga ke akhir nyawa!

"Diam! Kau ingat orang akan dengar ke jeritan kau ni? Tiada siapa pun yang akan dengar, walaupun kau terpekik sekalipun!" Jerkah lelaki itu sehingga terhinjut bahu Fatihah ketakutan.

Mata merah menyala lelaki itu menunjukkan dia marah pada Fatihah yang mencabar dirinya.

"Siapa kata tak ada orang akan dengar?" Tanya suatu suara dari arah belakang. Segera Fatihah berpaling lalu matanya membulat.

Tuan! Tuan Uwais!..

Fatihah menyimpan senyuman. Dia lega akhirnya ada yang membantu, terima kasih Ya Allah.

Uwais menapak perlahan - lahan kearah mereka berdua dengan kedua belah tangan di masukkan kedalam poket seluar.

Tiga butang baju teratas telah diunbutton kan, tali leher yang entah hilang kemana dan lengan baju yang dilipat. Mata tajam merenung pada pegangan lelaki itu.

Gigi diketap kuat bagi menahan baran nya. Entah kenapa dia rasa marah sangat melihat lelaki itu sewenang - wenang nya memegang lengan Fatihah.

Walaupun Fatihah tidak rela. Itu lagi menaikkan amarah dia.

"Aku tak suka kotorkan tangan aku untuk keparat macam kau. Jadi aku sarankan, kau lepaskan dia selagi aku masih boleh berunding dengan baik" Kata Uwais dingin.

Lelaki itu ketawa kecil mendengar butir bicara yang keluar dari mulut seorang Hakim Uwais.

"Kenapa aku kena dengar cakap kau? Kau siapa nak arahkan aku? Perempuan ni, aku yang punya! Aku yang jumpa dia dulu jadi dia aku yang punya! Kenapa aku kena lepaskan dia?!" Meninggi suara lelaki itu menunjukkan dia marah pada Uwais.

Namun sedikit pun Uwais tidak gentar. Tetapi telinga sudah berdesing hebat apabila perkataan 'perempuan ni aku punya' itu melalui pendengaran dia.

Fatihah milik dia? Lelaki gila ni cuba mencabar kesabaran Uwais ke? Siapa yang benarkan Fatihah untuk menjadi hak milik lelaki gila itu?!

Uwais tidak suka mendengar ayat itu.

"Milik kau?.. Heh!" Bisik Uwais perlahan yang hanya dia sahaja mampu mendengarkan nya.

"Jadi kau memang tak nak lepaskan dia?" Tanya Uwais datar.

Melihat senyuman sinis lelaki gila itu, Uwais mengerti. Kedua belah tangan nya dikeluarkan dari poket seluar.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora