𝑃𝑎𝑟𝑡 8🍁

Start from the beginning
                                    

Fuh..tajam eh.

Lelaki tua itu tidak marah sebaliknya dia sengih pula.

"Uish, garang nya.. Abang memang suka perempuan yang garang - garang macam Cik adik ni.." Katanya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir.

Meluat Lisa melihat senyuman tersebut, dengan rongak nya lagi.

Eh buruk betul lah!

"Abang? Siapa abang?" Tanya Lisa.

"Abang lah..ni abang, panggil abang baru mesra sikit" Balas lelaki tua itu seraya jarinya menunjuk kearah diri sendiri.

Lisa ketawa mengejek.

Abang? Lawak apa yang lelaki tua itu sedang lakukan? Dah tua nak mati pun masih miang daun keladi lagi?

MasyaAllah..

"Dari aku panggil kau abang, baik aku panggil berus jamban. Lagi bagus, kena pula tu dengan muka kau" Bisik Lisa perlahan pada diri sendiri.

"Apa? Abang tak dengarlah.. Cik Adik cakap tentang apa?" Tanya lelaki tua tersebut.

Lisa terus senyum kambing sebelum dijelingnya menyampah.

"Tak ada apa, cakap tentang bus stop ni haa.. Buruk betul kalah jamban dekat rumah aku tu" Balas Lisa dengan intonasi menyampah.

Lelaki miang itu ketawa kecil. Kelakar lah Cik adik manis depan mata dia ni.

Tok hang!

"Kelakar lah Cik adik ni.. Dah lah manis, garang, kelakar pula tu. Abang suka lah" Kata lelaki tua tersebut.

Lisa membuat muka geli. Eyy apa ker jijik sangat orang tua ni?

"Kesah apa aku kau suka ker tidak. Bukan masalah aku" Balas Lisa kasar.

Lelaki tua itu mula mendekati Lisa yang sedang asyik memeluk tubuh.

"Cik adik, bahaya tau duduk sorang sorang dekat sini.. Apa kata kalau abang tumpang kan Cik adik ke rumah. Sekurang nya Cik adik selamat sampai" Tutur lelaki tua itu sambil tangan nya cuba menggapai lengan Lisa.

Lisa yang terkejut itu laju menarik lengan nya semula menjauhi lelaki miang tersebut. Dia bangun dari duduk nya tatkala lelaki tua itu mulai melabuhkan punggung berseberlahan dengan dirinya.

"Apa benda kau ni. Jangan sentuh sentuh aku lah orang tua miang!" Marah Lisa. Dia bagi flying kick kang baru tahu! Tak pasal pasal hilang semua gigi orang tua itu di kerjakannya.

"Alahhh, bukan nya luak pun. Marilah abang hantarkan Cik adik balik.." Pujuk lelaki tua itu lagi sambil mendekati Lisa.

Dia memegang pergelangan tangan Lisa pantas, lalu di cengkam kuat bagi menarik Lisa agar mengikuti dirinya.

Lisa cuba menarik tangan nya semula.

"Lepas lah si miang! Aku taknak balik dengan kau! Motor nyawa nyawa ikan kau ni, boleh buat aku mati tengah jalan. Lepas lah!" Sempat lagi Lisa menghina motor kapcai lelaki tua itu.

Dia cuba untuk tak mencederakan lelaki tua itu kerana dia tidak mahu menyakiti warga emas tetapi perangai orang tua ini memang menempah maut dengan Lisa!

"Jangan lah jual mahal sangat sayangg.. Marilah, kita boleh luangkan masa bersama.. Marilah sayangg" Pujuk lelaki tua itu tanpa melepaskan tangan Lisa.

Lisa membulatkan matanya. Luangkan masa bersama? Bersama apa? Bersama ke kubur?!

"Aku tak nak lah! Kau ni tak faham bahasa ker bingai?!" Tengking Lisa.

Dia menarik tangan nya kuat kearah dia lalu lelaki tua itu menarik semula tangan Lisa kearah dirinya. Berkali kali mereka bergelut menarik antara satu sama lain sehingga Lisa mulai hilang sabar.

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now