× 1 ×

1.4K 151 222
                                    

Special tags: __Junkyuties__ bxbysahi -ichawoo- dobbyjunss IzzatiMawaddah9 haezelie irsarin

Dedicated to: Dobbybiee yang setia menunggu fanfic ini, cuba cari yang mana satu kau dalam fanfic ni hahahhaha

Dedicated to: Dobbybiee  yang setia menunggu fanfic ini, cuba cari yang mana satu kau dalam fanfic ni hahahhaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bahu aku ditepuk perlahan, membuatkan aku tersentak seketika. Cermin mata aku yang melorot jatuh di batang hidung diangkat semula supaya terletak elok. Aku angkat muka.

Gadis yang menepuk bahu aku tadi tersengih-sengih sebelum meletakkan buku modul Biologinya di atas meja aku. Pen berdakwat hitam 0.5 itu ditala pada sebaris soalan, dia memuncung.

Tak tahulah kenapa muka tiba-tiba berubah macam cimpanzi terlepas. Nak gelak tapi berdosa pula mmm.

"Boleh tak aku nak tanya soalan?" Matanya terkelip-kelip macam anak kucing minta Whiskas namun malangnya, tuannya hanya mampu bagi nasi campur ikan goreng je. Mungkin itulah perumpamaan paling tepat untuk gadis yang berdiri di sebelah aku ni.

"Tanya apa?" jawab aku. Bukunya tadi aku tarik supaya lebih mudah aku nak nampak soalannya. Aku ni kan rabun, maka fahamilah saya.

Tiba-tiba sahaja gadis itu seakan menghentak kaki. Tanpa segan silu dia menarik kerusi yang tidak berpenghuni di meja sebelah aku, ditarik lalu dia duduk di sebelah aku sambil menopang dagu.

Bukanlah bermaksud meja tu memang tak berpenghuni (ataupun penghuninya itu bukan manusia, mohon dijauhkan!) cuma tuannya tak datang lagi. Awal lagi sebelum kelas pertama bermula.

"Aku sebenarnya tak fahamlah apa beza proses mitosis dengan meiosis! Aku nampak semua kromosom tu macam kelekatu je," luah Ara, gadis yang bertanya itu. Mulutnya memuncung lagi.

Nampaklah dia memang tak puas hati betul dengan makhluk bernama mitosis dan meoisis tu walaupun badan dia memang melalui semua proses tu dalam hidup.

Sementara dia buat sesi luahan hati terhadap ketidakpuasan dia dengan subjek Biologi ataupun BIULogi itu, aku melukis sesuatu.

"Cuba kau tengok ni." Aku tunjuk lukisan aku. Dia angkat kening, tangannya yang tergawang-gawang tadi diturunkan. Dia tarik balik buku modul itu.

"Apa bezanya kat sini?" Aku ketuk-ketuk kertas itu.

"Yang ni kau conteng sikit." Dia tunjuk ke arah sepasang kromosom. "Yang ni kau tak conteng." Dia tunjuk pula sepasang kromosom lain yang aku lukis.

"Ingat tak apa yang Mrs Jung cakap? Kalau meoisis, dia mesti akan ada satu proses yang nama dia sinapsis. Sinapsis tulah proses di mana kromosom ni bertukar tempat. Kau rasa kenapa dia jadi macam tu?" Sengaja aku ingin menguji dia, takkanlah semua benda aku nak suap pula?

"Kenapa kau tanya aku? Kan ni semua ciptaan Tuhan?" Spontan jawapan itu keluar dari mulutnya.

Nak dicarut tapi takut diazab pula, memang menempah penampar betul perempuan ni!

Aku menggulingkan bebola mata. "Memanglah ciptaan Tuhan, kau ni bagilah jawapan logik sikit."

Ara tersengih-sengih. "Okay, aku gurau je. Err tak silap aku, proses tu terjadi sebab nak ada variasi genetik kan? Supaya DNA daripada mak dan ayah dapat dipindahkan kepada anak?" Aku angguk-angguk, bijak juga. Ingatkan bersembang je lebih dia ni kat belakang kelas.

"Haa, itulah fungsinya. Jadi kalau nak bezakan dengan mitosis, mitosis dia takde proses ni. Tu je. Cumanya proses sinapsis ni berlaku waktu meiosis satu, bila meiosis dua dia sama je dengan mitosis. Faham?"

Ara terdiam sebentar sebelum dia memetik jari. "Faham faham! Terima kasih Haneul!" Dia ambil tangan aku lalu diciumnya berkali-kali, naik geli aku tengok. Aku tarik cepat-cepat, tisu poket yang ada bawah meja aku ambil dan lap tangan aku yang ada bekas ciuman Ara tu.

Kalau air liur tu wangi macam air strawberi takpelah juga euw!

Ara tersengih-sengih, tiba-tiba sahaja dia meletakkan tangan di telinganya, seakan cuba mendengar sesuatu. Dia kelihatan kalut semacam menutup buku modulnya. Tak menyempat.

"Dia datang dia datang!" katanya teruja sampai berlari hingga ke pintu depan kelas.

"Siapa yang datang?" Aku angkat kening, beberapa pelajar perempuan kelas aku juga terjenguk-jenguk di muka pintu. Muka masing-masing senyum lebar, macam ada putera raja mencemar duli pula di sekolah kami ni.

"Alah, lelaki yang hot tu!" jawab Ara sebelum kelibatnya hilang, bersemangat betul dia nak pergi tengok.

Aku cuma mencebik. Dia rupanya, apalah yang bagus sangat dia tu? Sampai semua orang tertunggu-tunggu kedatangan dia setiap pagi, kalau nampak kelibat dia jalan kat sebelah, semua tertunduk-tunduk ayu semacam. Aura apa dia ni? Aura ke-19 ke apa?

Takdelah 'semua orang', kebanyakannya perempuan. Ke perempuan sekolah aku terlebih dos gatal? Termasuk di Ara tu?

Eh, aku lupa. Aku pun perempuan. Tapi entahlah, siapa entah lelaki tu sampai popular sangat.

Aku buka tingkap di sebelah aku, nak menjenguk apa yang terjadi di koridor. Amboi, beratur wei budak-budak perempuan kat luar, macam sambut prngantin kat majlis kahwin! Dengan budak-budak kelas sebelah pun mula memenuhi ruangan koridor itu.

Nampaklah ada kelibat seorang pelajar lelaki berjalan penuh bergaya di luar sana. Aku mencebik. Entah apa-apa!

-----

Treasure fanfic yang kelapannnnnn haa tepuk gaisssss aku tak sangka betul aku dah tulis sampai saat ni, ada lagi lima je 😭😭

Terima kasih bagi semua yang masih baca karya aku sampai saat ni, sampai buku yang ni cewahhh ayat macam famous gila. Aku acah je lebih 😂😂

Lepastu, aku minta maaf kalau ada yang macam tak faham chapter ni tapi kalau anda ada peluang belajar biologi di sek menengah, anda jumpalah benda ni InsyaAllah 😬 jangan risau saya doakan semuanya dipermudahkan untuk belajar, rileks je okay aku dulu naik sekolah hari sabtu esoknya exam fizik pun masih relaks hahahahahah MALAM TU BARU BUKA BUKU BELAJAR FIZIK MEMANG TAKLAH GUA DAPAT A FIZIK tapi tu waktu trial je, spm alhamdulillah bolehlah atas pagar hueheuheuehe aku tak stress punnnn 😂😂😂 entah normal ke tak aku ni

Anyway, goodluck for Doyoung! Kami batch 03 ni sedang menunggu kamu masuk kolej sama2 dengan kami eh tiber macam doyoung tu member aku pulak 😂 entah² dia pun tak tahu aku ada kat dunia ni

Anyway, goodluck for Doyoung! Kami batch 03 ni sedang menunggu kamu masuk kolej sama2 dengan kami eh tiber macam doyoung tu member aku pulak 😂 entah² dia pun tak tahu aku ada kat dunia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apapun, terima kasih semuanya. Halalkan jelah apa nak jadi dalam buku ni HOHOHO HAA MEHLAH KITA GI TENGOK TREASURE WEB DRAMA 💨💨💨

• m&m • kim doyoungWhere stories live. Discover now