𝑃𝑎𝑟𝑡 2🍁

Start from the beginning
                                    

Tapi tidak disalahkan mereka. Siapa jer boleh bertahan dengan Uwais si workaholic tu? Kalau boleh dia nak bekerja sampai ker pukul 12 tengah malam tu lah! Non stop!

Gila ker apa? Engko boleh bertahan dengan orang macam tu? Perghh memang idok lerr..

Mirah yang memegang tempat PA sementara itu pun bagai mahu mati inikan yang full time PA tu. Pishang lah diorang.

Dalam keserabutan Mirah menanggu kepala nya menggunakan tapak tangan di atas meja kerja.

"Mana aku nak rembat PA ni?..." Rungut Mirah perlahan.

Seketika dia teringat tentang kawan lamanya.

Qaseh! Yes! Kenapa kau tak terfikir Mirah? Bodoh nyerlah kau ni..

Tangan laju mencapai telefon didalam beg tangan sebelum dia ligat mendail nombor telefon sahabat lama nya itu.

Tutt..tutt..

Kedengaran bunyi telefon yang telah diangkat. Segera Mirah menyapa.

"Hello, Qaseh!.." Sapa Mirah sedikit teruja. Dalam diam dia menyimpulkan senyuman lega nya.

***
"Lambat betul suami angah tu balik.." Kata Lisa yang sedang ralit dengan telefon nya.

Lis yang sedang memasak memandang adiknya itu dengan pandangan bosan.

"Dia balik lambat salah balik awal salah, dah tu adik nak suruh suami angah tu takpayah balik rumah terus ker apa?" Perli Lis. Tangannya laju menggaul sayur kangkung yang digoreng nya.

Perempuan memang arif lah dalam kau tengah memasak sempat lagi bersembang tu belum termasuk yang ada anak kecil lagi!

Sekali pakej buat susu tau haa siapa mahu lawan?

Lisa membuat roll eyes. Laki bini sebijik perangai.

"Amboi angah ni dah macam perangai si Firash tu, copy paste ker apa ni?" Sindir Lisa.

Mengekek kecil Lis.

"Mana ada copy paste, kalau nak tengok yang copy paste tu ha dekat atas tu pasti salah seorang ada yang copy paste.." Balas Lis seraya menunjuk ke tingkat atas yang bermaksud anak kembar nya itu.

Lisa membuat muka beruk. Eyy tolong sikit oky anak buah di tak akan ada yang perangai macam si dungu Firash bapak mereka tu!

"Eh baik sikit oky, anak buah adik tu tak ada nya copy bapak dia yang perangai serupa monyet tu! Diorang mestilah ikut perangai adik baru betul.." Bidas Lisa sambil sambil tu angkat bakul lah nyah.

"Siapa kata betul? Aku tak nampak sikit pun betul dekat situ. Merepek jer adalah" celah satu suara yang entah bila dia sampai.

Lisa membuat muka toya nyer.

Balik dah monyet ni..

Firash yang baru sahaja tiba terus bergerak ke dapur apabila mendengar suara suara katak yang sedang asyik menghina nya, terbantu hasrat yang mahu ketingkat atas untuk membangun kan si kembar yang comel.

"Sibuk jer kau ada aku cakap dengan kau?" Balas Lisa. Dia menjeling Firash yang sedang memeluk Lis dari belakang.

Nak termuntah dia melihat nya. Jijiks!

"Well siapa tanya?.." Selamba Firash.

Tajam Lisa menatap si abang ipar yang perangai mengalahkan siamang!

"Bodoh" carut Lisa sedikit perlahan namun masih dapat didengari oleh Firash dan Lis.

"Yang kau ni dah tak ada rumah ker asyik bertandang dekat rumah aku jer" perli Firash.

Pelukan pada si isteri dia lepaskan apabila Lis mula mencubit tangan nya sedikit kuat menyuruh agar dia meleraikan pelukan.

Takmalu ker Lisa tengok? Kalau ya pun nak bermanja kejap kejap lagi lah Encik suami oi!

"Eh kau ingat aku nak sangat ker datang rumah kau ni? Kalau bukan sebab kakak aku yang ajak memang tak lah aku nak datang sini!.." Lawan Lisa kasar.

Firash mengajuk Lisa dengan mimik muka yang sangat lah menganoyingkan!

"Kakak kau bini aku, rumah ni aku punya, kerusi tu aku yang beli.." Beritahu Firash.

Lisa mengangkat kening nyer sebelah.

"So?.." Kata Lisa dengan mimik muka menyampah.

"So kau boleh berambus sekarang, aku dah balik kau tidak diperlukan lagi dalam rumah aku ni" halau Firash. Canda doang!

Lis yang sedang memasak memanah suaminya tajam. Adakah patutnya si encik suami menghalau adik ipar? Memang sengaja betul perangai Firash ni tau!

"Awakkkk...." Tegur Lis meleret seakan memberi amaran supaya tidak mencetuskan pergaduhan.

Suaminya dan si adik mana boleh bertemu, ada sahaja yang mahu digaduhkannya. Kadang sampaikan pinggan pun boleh dijadikan isu pergaduhan.

Haihhh naik pening Lis melayan kerenah nya. Firash pun satu entah bila nak matang dia pun taktahu.

"Apa? Saya cakap jer lagipun betulkan sayang? Awak tu kan saya yang punya, rumah ni saya yang beli dia tu cuma tahu bertandang jer dekat rumah orang! Macam takde rumah sendiri" bidas Firash tajam + selamba badak dia sahaja mengutuk Lisa depan depan.

Lisa pula sudah berasap asap. Dasar abang ipar berakal cetek sudah lah bodo menyakitkan hati pula tu!

Terus Lisa bangun dari duduknya.

"Angah, adik balik dulu lah. Menyampah tengok suami angah yang perangai macam puaka ni" kata Lisa.

Lis hanya mengangguk sebelum dia mendekati Lisa. Laju Lisa mencapai tangan Lis seraya menyalam kakak nya itu kemudian terus berlalu pergi. Sempat juga dia meninggalkan pesanan pada Lis.

"Ouh yer sebelum adik lupa tolong say dekat kembar comel tu yang maksu dia kata sorry cuz tak sempat nak usha diorang. Well macam biasalah bapak diorang kan bahalol maksu dia pun menyampah nak menghadap!" Sempat Lisa menghina Firash sebelum dia betul betul melangkah keluar dari rumah tersebut.

Firash yang baru sahaja mahu membalas terbantut apabila Lisa telah berlalu pergi dengan pantas.

Dia kemudian berpaling menghadap cik isteri yang sudah menarik muka. Lis menjeling Firash tajam sebelum dia menutup api dapur kemudian melimpas suaminya itu seraya kaki menuju ke tingkat atas.

Merajuk! Padankan muka Firash siapa suruh mulut tu macam bontot itik!

Ada sahaja ayat menyakitkan hati yang mahu dikeluarkan, sehingga Lisa pun balik tidak mahu menunggu lebih lama.

"Sayang!.." Panggil Firash namun tidak dihiraukan Lis.

Firash meraup mukanya perlahan.

Ah sudah! Merajuk pulakk...

Dia mengeluh perlahan. Misi untuk memujuk cik isteri perlu dilaksanakan. Pandai pandai kau lah Firash pandai buat pandai lah pujuk!

Tanpa berlengah segera dia memanjat anak tangga rumah menuju ketingkat atas.

"Lis sayangg..." Seru Firash manja.








































































•1396 word•

Bersemut ke tidak? Firash tak berubah yer guys...😌💣

Until We Meet Again |Hakim Uwais [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now