BAB 58

6.3K 217 14
                                    

Arissa terus menghempaskan tubuhnya pada katil. Kini mereka bertiga sudah selamat sampai ke italy. Ezly Merquez betul-betul mengotakkan janjinya untuk membawa dia dan Harraz bercuti ke Italy.

"Thanks abang sebab bawa Ris dengan Harraz datang sini."

"Anything for you baby."Balas Ezly Merquez bersama senyuman di bibir. Senyuman itu semestinya senyuman yang akan membuat para gadis cair.

"Abang ni sweetlah."Bahu Ezly Merquez ditampar perlahan oleh Arissa. "Dengan sayang je abang sweet. Dengan orang lain tak."Balas Ezly Merquez lalu disambut tawa oleh Arissa.

........

"Uhuk uhuk."Imani menepuk dadanya, terkejut dia mendengar kata-kata abangnya.

"A-abang nak tunang dengan siapa?"Imani sudah menjongket kening. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja abangnya berkata ingin bertunang.

Faris mengaru keningnya. "Kamu dah ada calon ke Ris?"Tanya Datin Ain. Faris tersenyum malu lalu mengangguk.

"Ehh abang ni tak cerita pun kat Imani yang abang ada girlfriend."Imani sudah memuncungkan bibirnya. "Kau budak kecil tak perlu tahu."Balas Faris sinis.

"Baguslah kalau kamu pilih untuk berumah tangga. Papa okey je kalau kamu nak bertunang."Kata Dato Syafudin, baginya pilihan Faris untuk berumah tangga adalah piliha yang tepat.

"Siapa calon menantu mama tu?"Datin Ain sudah menunjukkan wajah teruja. Tidak sabar rasanya dia ingin berkenalan dengan bakal menantunya itu.

"Hanis Fania."Kata Faris. Imani pula sudah terlopong, betul ke apa yang dia dengar? Dia tak salah dengar kan? Hanis Fania?

"Hanis? Hanis Fania kawan Zura ke?"Faris mengangguk. Anggukan Faris mendapat respon yang positif daripada Imani.

"Betul ke? Yeyeye!"Teruja Imani apabila mengetahui yang bakal kakak iparnya adalah Hanis.

"Yang kau bila nak kahwin?"Imani sudah mencebik. Tidak suka dia apabila orang bertanya dia soal kahwin. "Tunggu jodoh jatuh dari langit."Balas Imani selamba. "Apa susah, Hadif kan ada."Usik Faris lalu ketawa terkekeh-kekeh.

..........

Permandangan di italy ketika malam sungguh cantik. Italy lebih gemar menghiasi kota mereka dengan lampu yang berwarna merah dan biru. Sungguh cantik, nampah ceria sahaj

"Jauh termenung, teringatkan apa tu?"Usik Ezly Merquez, bahu Arissa dipeluk. Matanya juga turut sama memandang permandang Kota itu. Dapat mereka lihat laut yang luar dan cantik.

"Thanks sebab sudi terima abang balik, terima kasih sebab maafkan abang. Selama ni abang bodoh sebab percayakan Natria. Kalau boleh abang nak ulang balik masa, abang nak benda tu tak pernah terjadi."Luah Ezly Merquez sayu, matanya memandang ke arah Harraz yang sedang bermain dengan anak patung.

"Semua layak diberi peluang kedua. Siapalah saya untuk menghukum abang, lagipun kita dah janji kan tak nak ungkit benda ni. Kita buka buku baru, ambil yang jernih buang yang keruh."Kata Arissa. Dia tidak mahu Ezly Merquez merasa bersalah. Ezly Merquez  yersenyum lalu mengangguk, sungguh dia gembira kerana mendapat isteri seperti Arissa.

"Kita sama-sama ubah diri kita untuk jadi yang terbaik."Ucap Arissa.

2 TAHUN KEMUDIAN.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now