BAB 16

3.3K 199 18
                                    

Hari yang dinanti nantikan Arissa pun tiba, kini dia sudah berdiri betul betul di hadapan bangunan Taza Holding, tidak sabar rasanya dia ingin memulakan kerja.

Kaki diatur menuju ke lift, butang  8 ditekan, apabila lift terbuka Arissa melangkah keluar, jantungnya mula memaikan rentak lagu rock.

"Assalamualaikum cik, ada yang saya boleh bantu."Tegur seorang wanita kepada Arissa, dengan cepat Arissa mengangguk.

"Waalaikumsalam, saya datang ni nak temu duga."Balas Arissa lembut.

Wanita itu mengangguk."Hai kenalkan saya Suzi, PA Tuan Ez, kamu ni Arissa kan."Tanya Suzi. "Iya saya."Ucap Arissa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, Suzi menyambut huluran itu.

"Tuan Ez dah tunggu tu, jom ikut saya."Arissa menurut, Suzi berhenti di hadapan sebuah pintu bilik, pintu itu ada terlulis nama Ezly Merquez.

Chief Executive officer[CEO]
Ezly Merquez Bin Azahar

Suzi mengetuk daun pintu, apabila sudah mendapat keizinan untuk masuk, tombol pintu dipulas, Arissa juga turut ikut bersama.

"Tuan, cik Arissa dah sampai."Ezly Merquez yang sedang bersandar pada kerusi terus memandang ke arah Suzi.

"Okey thanks, kau boleh keluar."Suzi menunduk hormat kepada Ezly Merquez sebelum berlalu keluar.

Aik dah macam orang jepun dah aku tengok kak suzi ni.Monolog Arissa.

"Come sayang."Bagaikan mahu tercabut anak tekak Arissa mendengar Ezly Merquez mengelarnya sayang, dah kenapa mamat ni, dah terlebih makan ubat ke?

Arissa mendekati Ezly Merquez, teragak agak dia untuk duduk."Duduk jelah, tak patah pun kerusi tu kalau kau duduk."Dengan berhati hati Arissa duduk di kerusi itu.

"Kau ingat lagikan apa yang aku pesan."Arissa mengangguk, masuk hari ini sudah lebih 10 kali Ezly Merquez mengingatkannya. "Jangan angguk je, cuba kau cakap dekat aku apa yang aku pesan."

"Emm jangan masuk campur urusan awak, dan jangan mengaku kita suami isteri."

"Baguslah kalau kau masih ingat, and lagi satu, panggil aku tuan." "Kau faham tak?"Arissa dengan cepat menggngguk, sakit pula kepala ni dari tadi asyik mengangguk ke.

Interkom ditekan."Suzi masuk bilik aku kejap."Arahnya, beberapa saat kemudian kedengaran ketukan daripada pintu.

"Masuk."

"Aku nak kau tunjuk kat cik Arissa tempat dia."Arah Ezly Merquez. "Baik Tuan."Suzi menurut.

"Jom cik."Arissa tersenyum lalu mengikut langkah Suzi.

"Okey baiklah cik Arissa, selamat datang ke
Syarikat Taza holding, ini tempat awak, selamat berkerja." Ucap Suzi ramah.

Mereka kini berada di sebuah meja kabikel paling hadapan, meja itu dilengkapi dengan kemudahan komputer.

"Terima kasih kak Suzi."

"Sama-sama, nanti kalau ada yang Cik Arissa tak faham boleh tanya dengan saya."

"Emm, kak Suzi panggil Arissa atau Ris je, seganlah panggilan cik ni."Balas Arissa dengan senyuman malu.

Suzi pula sudah tersemyum lalu menganguk."Okeylah kalau macam tu, Kak Suzi pergi sambumg kerja dulu."Kata Suzi meminta diri.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now