BAB 17

3.2K 203 4
                                    

"Weh kau tak nak balik ke? Dah malam ni, kau tak risaukan Arissa ke?"

"Dia dah besar, pandai pandailah dia jaga diri sendiri, kau ni nak sibuk pasal dia buat apa?"Wajah Hadif dipandang, menyampah pula dia apabila mendengar nama Arissa.

"Kau tak takut ke kalau jadi apa apa kat bini kau?"Kata Hadif, dia bukannya hendak menghalau Ezly Merquez, tetapi lelaki itu sudah mempunyai tanggungjawab yang harus dijaga.

"Kau baliklah Ez, dah pukul 10 malam ni, besok kan kau kerja."Ezly Merquez berdecit geram, gaya Hadif serupa seperti orang sedang manghalau anjing.

"Menghalau nampak, ke kau ada sorok perempuan dalam rumah ni."Matanya melilau memandang ruang rumah itu, mencari jika ada kelibat perempuan di dalam rumah itu.

"Otak kau kat mana? Memang dalam rumah ni ada perempuan pun."

"Kau biar betul dif, walaupun aku kaki clubbing, tak pernah lagi aku tidur dengan perempuan, sekadar peluk tu adalah."Kata Ezly Merquez.

"Adik aku ada kat atas, apa kau ingat aku ni gila ke sampai nak bawa masuk perempuan bukan mahram aku."Ezly Merquez mengangguk, baru dia teringat yang Hadif mempunya adik perempuan yang bernama Haura.

"Sebelum kau balik aku nak tanya kau soalan."Ezly Merquez yang baru sahaja hendak berdiri kembali duduk ke sofa, wajah tampan milik Hadif dipandang.

"Soalan? Tanyalah."

"Kau still ada hubungan dengan Natria ke?"Ezly Merquez mengangguk, tidak semena mena Hadif melepaskan keluhan, huh dasar minah keras kepala, dah bagi amaran tapi masih lagi gatal nak kacau laki orang.

Ezly Merquez yang melihat Hadif seperti mengeluh segera bertanya. "Kenapa?"Pertanyaan Ezly Merquez hanya dibalas dengan gelengan.

"Okeylah aku gerak dulu."Hadif mengangguk.

Hadif masuk semula ke dalam rumahnya apabila kereta Ezly Merquez sudah tidak kelihatan daripada pandangannya.

"Aku harap kau dapat terima Arissa Ez."luahnya perlahan, pintu ditutup lalu dia masuk ke dalam biliknya.

...........

Arissa perlahan-lahan membuka matanya apabila mendengar pintunya biliknya diketuk bagai mahu roboh.

"Siapa pulalah ketuk ketuk bilik aku ni."Omel Arissa sendiri, rambut yang sedikit serabut disisir menggunakan jari.

"Hoii buka pintulah bodoh!"Terkejut Arissa apabila mendengar suara Ezly Merquez menjerit, dah macam orang mabuk dah suara.

Apa dia ni nak kat bilik aku?Fikir Arissa.

Sempat lagi Arissa memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi sebelum menuju ke arah pintu bilik.

"Allahuakbar."Arissa terus menutup pintu biliknya, mahu gugur jantungnya apabila melihat Ezly Merquez yang sedang dalam keadaan mabuk.

"Arissa buka pintu ni!"Arissa sudah mengigil ketakutan, air matanya mula mengalir, lutut dipeluk.

"Kau buka atau aku pecahkan pintu ni!"Jerit Ezly Merquez, Arissa menggelengkan kepalanya, bibir bawah digigit kuat.

Arissa menarik nafas dalam, mencari cara untuk melarikan diri daripada Ezly Merquez, sedang dia berfikir, matanya terpandang akan telefon yang berada di atas meja solek.

"Hanis, hanis, aku kena minta tolong Hanis."Telefon dicapai, nombor Hanis dicara, seketika perbuatan Arissa terhenti apabila melihat nama Hadif, niatnya untuk menelefon Hanis dibatalkan, tanpa berfikir panjang nombor Hadif ditekan.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now