BAB 52

6.3K 229 14
                                    

Gambar di atas tu cth baby carrier😊[Mungkin ada dah yang tahu]

.........

Hanis yang masih dengan keadaan mamai menuju ke pintu utama, mulutnya tidak henti-henti membebel, geram dia dengan gerangan yang mengetuk pintu rumahnya, rosak hujung minggunya.

"Kejaplah, aduh kacau aku tidur betullah."Pintu rumah dibuka, mukanya yang asam mencuka itu terus sahaja menjadi ceria apabila melihat gerangan yang berada di hadapannya.

"Wehh Ris, ahhhh!! I miss you babe."Tubuh Arissa dipeluk, Arissa juga turut sama membalas pelukan Hanis.

Harraz yang berada di dalam baby carrier sudah menangis, tidak selesai dengan keadaan itu. "Oh sorry."Kepala Harraz segera diusap. Dia dan Hanis melangkah masuk ke dalam.

"Kau buat apa kat sini? Kau nak tinggal dengan aku ke?"Tanya Hanis apabila melihat Arissa membawa beg pakaian. "Kau tak kisah kan kalau aku tinggal dekat sini."Hanis tersenyum, dia lagi suka jika Arissa tinggal bersamanya. "Aku lagi suka kau tinggal sini, by the way harraz baru 5 bulan kan"Arissa menggeleng. "Harraz dan masuk 7 bulanlah, aku dah dapat kerja baru."Kata Arissa teruja, setelah 1 tahun lebih menjadi penganggur setia akhirnya dapat juga dia pekerjaan baru.

"Habis tu siapa jaga Harraz? Aku pun kerja."Tanya Hanis hairan, Harraz yang masih di dalam baby carrier dipandang.

"Akulah."Makin keliru Hanis dibuatnya. "Kau kerja apa sebenarnya sampai boleh bawa budak?"

"Kerja guru tadika, tempat tu tak jauh pun dari sini, kalau jalan kaki 5 minit je dah sampai."Hanis sudah teranguk-anguk seperti burung belatuk.

"Bila kau start?"Tart nenas yang berada di dalam balang diambil lalu disumbat ke dalam mulut. "Besok aku start, aku saja je pilih kerja tu, kalau aku kerja kat tadika senanglah sikit kerja aku, aku boleh mengajar sambil jaga Harraz."

"Kau dengan Ez dah 8 bulan macam ni, kau tak nak balik dekat dia ke? Kesian aku tengok dia."Keluhan berat dilepaskan oleh Arissa, hatinya masih sakit dengan perbuatan Ezly Merquez.

"Aku perlu masa untuk fikir semua ni, aku takut kalau dia buat benda yang sama lepas ni."Ucap Arissa perlahan, dia takut memberi peluang kedua kepada Ezly Merquez, dia takut jika Ezly Merquez melakukan benda yang sama terhadapnya di lain hari.

"Aku yakin dia tak buat lagi Arissa. Kau minta petunjuk dekat Allah, aku yakin kau akan dapat jawapannya."Bahu Arissa digosok.

"Tak apalah kalau macam tu, aku pergi dapur dulu, nak buat bubur untuk Harraz."Harraz dikeluarkan dari baby carrier, Hanis sudah menghulur tangan untuk mengambil Harraz.

Apabila Arissa sudah betul-betul berada di dapur, Hanis terus mengeluarkan telefonnya.

You
Arissa ada dekat tempat aku sekarang.

Belum sampai 1 minit, mesejnya sudah mendapat balasan.

Ezly Merquez
Thanks Hanis, aku otw pergi sana.

Mesej Ezly Merquez dibiar tidak berbalas, telefon cepat-cepat dimasukkan ke dalam poket seluar apabila melihat Arissa yang sedang berjalan menghampiri ke arah dia dan Harraz, sambil tangan Arissa memegang mangkuk.

"Cepatnya kau masak bubur."

"Aku tak masak bubur, aku buat nestum je untuk Harraz."Balas Arissa, nestum yang dijadikan sebagai bubur itu dikacau lalu ditiup sehingga menjadi sedikit dingin.

Hanis meletakkan Harraz di atas ribanya, Arissa pula menyuapkan nestum ke dalam mulut Harraz.

Tergelak Arissa dan Hanis apabila melihat Harraz meenghisap-hisap nestum itu, tidak semana-mena pipi Harraz dicubit Hanis, geram dia melihat kecomelan anak itu.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now