BAB 57

5.9K 224 17
                                    

Handbag yang berada di atas katil diambil, baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik, namanya sudah diseru oleh Ezly Merquez.

"Kau tetap nak kerja ke?"Tanya Ezly Merquez sambil memasang jam rolex pada pergelangan tangan.

"Mestilah."Jawab Arissa ringkas. "Kau tak perlu kerjalah, biar aku je kerja."Arissa tersenyum lalu menggeleng.

"Tak apalah, biar saya tolong awak, lagipun kerja tadika tu bukannya susah."Keluhan dilepaskan oleh Ezly Merquez.

"Aku tak izinkan kau kerja, kau jaga jelah Harraz."

"Tapi saya nak kerja, saya nak duit hasil titik peluh saya."

"Boleh tak kalau kau dengan cakap aku, kalau aku kata tak boleh tu maknanya tak bolehlah."Arissa menelan liur, entah mengapa Ezly Merquez semakin hari semakin suka mengongkong hidupnya.

"Saya nak kerja, saya nak bagi umi dengan abah duit, saya nak tolong keluarga saya. Ayyan masih study. Takkan saya nak harapkan along je tanggung keluarga? Angah pun ada keluarga dia sendiri."Luah Arissa. Harap dengan cara itu Ezly Merquez dapat memahami keadaannya.

"Pasal umi dengan abah kau tak perlu nak risau, aku selalu transfer diorang duit. Pasal Ayyan aku dah bayar semua yuran sekolah dia."Balas Ezly Merquez lagi.

"Kenapa awak buat macam tu? Awak tak perlu susahkan diri awak."Balas Arissa dengan nada perlahan.

Keluhan berat dilepaskan oleh Ezly Merquez. "Baiklah kalau kau nak kerja aku benarkan."Sebaik menuturkan kata-katanya, Ezly Merquez terus melangkah meninggalkan Arissa.

..........

Tersenyum Arissa melihat gelagat kanak-kanak itu, ada yang mewarna, ada yang bermain dengan mainan dan ada juga yang bermain kahwin-kahwin.

"Amboi Daya suka betul kamu ni main kahwin-kahwin."Usik Cikgu Nasya kepada Daya. Daya pula sudah tersenyum malu. Fahmie menjulingkan matanya ke atas, geram dia dengan sikap Daya yang selalu sahaja memaksanya untuk bermain kahwin-kahwin.

"Dah lah saya dah bosan."Fahmie terus membuang mahkota kertas yang berada di atas kepalanya. Daya yang sudah menunjukkan gaya protes dibiarkan. Kisah apa dia kalau Daya nak merajuk.

........

Arissa melepaskan keluhan lega apabila melihat kereta mercedes Ezly Merquez sudah berada di luar pagar. Kaki diatur melangkah menghampiri ke arah kereta suaminya.

"Maaf lambat."Kata Ezly Merquez apabila Arissa sudah masuk ke dalam perut kereta."Tak apa."Balas Arissa.

"Tak nak pandang belakang ke?"Kata-kata Ezly Merquez membuatkan Arissa merasa hairan. Seat belakang dipandang.

"Harraz!"Menjerit Arissa apabila melihat Harraz yang lena sahaja di seat belakang. Gembira dia melihat Harraz ada disitu.

"Awak pergi rumah mama ke tadi?"Ezly Merquez mengangguk bersama senyuman di bibir.

"Err awak, saya ada nak bagitahu ni."

"Cakaplah."

"Saya dah minta berhenti kerja, saya rasa lebih baik saya jaga Harraz."

"Aku bukan marah kau kerja, tapi aku cuma tak nak menyusahkan mama. Takkan hari-hari kita nak suruh mama jaga Harraz."Arissa mengangguk, ada betulnya juga kata-kata Ezly Merquez itu. Mereka tidak boleh selalu berharap kepada Puan Sri Nurin.

Dahi Arissa sudah berkerut apabila Ezly Merquez menghentikan keretanya di bahagian pantai.

"Kau ingat tak pantai ni?"Tanya Ezly Merquez, wajah Arissa dipandang sebelum matanya kembali memandang ke arah pantai.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now