BAB 33

3.8K 209 39
                                    

Perbualan Arissa, Imani dan Maya terhenti apabila mendengar telefon Arissa berbunyi minta diangkat.

"Siapa?"Tanya Imani.

"Ez."Balas Arissa, punat merah ditekan, telefon disimpan semula ke dalam beg, Imani dan Maya sudah menunjukkan wajah hairan.

"Kau kenapa? Asal tak angkat, kang mengamuk suami kau baru tahu."Arissa tidak membalas kata-kata Maya, nasi disuap ke dalam mulut.

Arissa mendengus geram, telefon yang kembali berbunyi minta diangkat diambil, punat hijau ditekan.

"Apa awak nak?"Arissa bertanya dingin, dia sekarang tidak ada mood untuk melayan Ezly Merquez.

"Mama dengan umi nak datang rumah."Baru sahaja Arissa ingin membalas, Ezly Merquez sudah mematikan panggilan.

Tak guna punya mangkuk, aku belum habis cakap kau dah matikan.Desis hati Arissa.

"Weh aku balik dululah, mama dengan umi aku nak datang rumah."

"Kau nak aku hantar ke?"Arissa menggeleng.

"Tak apa, aku boleh naik teksi."

"Betul ni?"Arissa mengangguk. "Kalau ada apa-apa call aku tau."Imani berpesan.

............

Ezly Merquez sudah mundar-mandir, bayangan Arissa masih tidak kelihatan, lagi 2 jam puan sri Nurin dan Puan Sabrina akan sampai.

Beberapa minit kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumahnya.

"Terima kasih pak cik."Ucap Arissa apabila selesai membayar tambang, kasut yang dipakai dibuka lalu diletakkan di dalam almari kasut, tombol pintu dipulas.

Mahu gugur jantungnya apabila melihat Ezly Merquez sudah berdiri tegak di hadapannya. "Yang kau berdiri lagi kat sini ni buat apa? Pergilah kemas barang-barang kau, masukkan kat bilik aku, jangan tinggalkan satu pun barang kau kat bilik tu."Arissa mengangguk malas, kaki terus diatur menuju ke biliknya.

Baju-baju yang bersangkut di dalam wadrobe diambil lalu disumbat ke dalam beg, segala barang-barangnya dimasukkan ke dalam kotak lalu dibawa ke dalam bilik Ezly Merquez.

Dalam hatinya tidak henti-henti menyumpah Ezly Merquez, mahu sahaja disepaknya kepala lelaki itu menggunakan kayu, biar hilang semua ingatan.


..........

Dengan berhati-hati, Arissa menuangkan teh ke dalam cawan, fikirnya hanya puan sri Nurin dan uminya sahaja yang datang melawat mereka, rupanya ibu bapa Ezly Merquez dan ibu bapanya juga turut datang melawat mereka, tidak lupa juga akan kehadiran Ariq dan Erina Mikayla disana, dan apa yang lagi mengejutkan adalah, keluarga mereka hendak bermalam di rumah itu.

Puan Sabrina dari tadi tidak beralih dari memandang wajah anaknya, tidak sabar rasanya dia hendak melihat cucu.

"Jemputlah minum."pelawa Arissa lalu duduk di sebelah Ezly Merquez.

"Kandungan kamu dah 4 minggu kan?"Pertanyaan Puan Sabrina dibalas dengan anggukan oleh Arissa, wajah Ezly Merquez dipandang, tetapi lelaki itu hanya menunjukkan wajah biasa, mahu sahaja Arissa menangis ketika itu, berdosanya dia.

"Kalau baby boy kamu nak namaka siapa?"Tanya Puan sri Nurin, senyuman tidak pernah pudar dari bibir.

"Ris tak fikir lagilah pasal nama baby."Arissa tersenyum janggal.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now