BAB 53

6.2K 215 28
                                    

Pinggan dihempas ke lantai sehingga menjadi serpihan kaca, dia mendapat maklumat dari orang suruhannya yang Arissa sudah tinggal bersama dengan Ezly Merquez semula.

Boleh kacau semua rancangannya. "Hoi kau dah kenapa?! Apa kau ingat barang dapur aku ni aku beli pakai daun ke? Suka hati ke pecahkan."Marah Medina, serpihan kaca itu dipungut Medina, kalau nak harapkan Natria memang sampai ke tua pun tak kemas-kemas. Dasar pemalas.

"Bisinglah kau, aku nak keluar."

Medina menjeling menyampah ke arah Natria, kerjanya disambung semula. Kalau diikutkan hati, mahu saja ditoreh mulut Natria dengan kaca itu.

.........

Duit berjumlah 1K dilemparkan Natria ke arah orang suruhannya. Senyuman senget terukir di wajah lelaki itu, duit yang diberikan oleh Natria tadi dihidu. Bau yang sangat menyenangkan.

"Boss nak suruh saya buat apa?"Tanya lelaki itu, duit yang diberikan oleh Natria tadi dimasukkan ke dalam beg adidas. "Aku nak kau bunuh perempuan ni."Kata Natria secara direct. Lelaki itu tersenyum, baginya kerja itu adalah kerja yang mudah.

"Bagus, jangan sampai gagal, kalau gagal melayang 5K kau."Jari diangkat menunjuk bilangan 5. "Boss percaya saja dekat saya, saya akan pastikan semua berjalan dengan lancar."Natria ukir senyuman senget, kepercayaan diletakkan 100 peratus kepada lelaki itu.

"Aku gerak dulu, buat kerja betul-betul."Pesan Natria lalu berlalu meninggalkan lelaki itu.

.......

"Biar aku hantar kau."Ezly Merquez menawarkan bantuan. Arissa menggeleng, dia tidak mahu menyusahkan Ezly Merquez. "Tak apa saya boleh pergi sendiri,  saya tak nak susahkan awak."

"Kau isteri aku, keselamatan kau tanggungjawan aku."Terharu Arissa mendengar ucapan Ezly Merquez.

"Okey."Ringkas Arissa membalas, baby carrier diambil lalu dipasangkan ke tubuh, Harraz yang bermain dengan patung di atas katil diambil lalu dimasukkan ke dalam baby carrier.

"Kau nak bawa Harraz ke? Tinggalkan je kat sini, mama ada boleh tengokkan."

"Tak apa saya boleh jaga Harraz, tak naklah menyusahkan mama, Harraz ni pun bukannya boleh duduk diam."Tangan Harraz yang menarik-narik tudungnya dipegang, boleh rosak tudungnya dibuat Harraz.

"Arissa kalau aku nak minta permintaan boleh tak?"Arissa mengangkat sebelah keningnya, wajah suaminya dipandang. Permintaan apa?

"Permintaan apa pula, kalau saya dapat bagi saya bagi, kalau tak..."Arissa menghentikan kata-katanya lalu bahu diangkat. "Emm nak morning kiss boleh?"Bagai mahu gugur jantung Arissa mendengar permintaan Ezly Merquez. Dengan cepat Arissa menggelengkan kepalanya.

"Ala bolehlah, mana tahu ini permintaan terakhir aku sebelum aku mati."Arissa sudah mengacip gigi geram, tidak suka dia jika Ezly Merquez berkata tentang mati.

"Apa awak cakap macam tu, saya tak sukalah."Ezly Merquez ukir senyuman. "Kau risau ke kalau aku mati? Oh isteri aku ni sweetlah."Kedua-dua pipi Arissa dicubit, dengan cepat Arissa menepis tangan itu.

..........

Arissa yang baru sahaja  hendak membuka pintu kereta terhenti. Ezly Merquez yang duduk di seat pemandu dipandang. "Err awak nak salam boleh?"Arissa menghulur tangannya ke arah Ezly Merquez.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now