BAB 30

4.3K 198 21
                                    

Fail yang bertimbun di atas meja ditolak sehingga jatuh bertaburan di lantai, kejadian semalam asyik berlayar di kotak fikirannya.

Rambut diserabutkan, dia susah untuk focus pada kerjanya.

Interkom ditekan.
"Suzi masuk pejabat aku sekarang."

TOK TOk TOK

"Masuk jelah."Arah Ezly Merquez kasar.

"Er Tuan ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Tanya Suzi sopan, takut dia melihat wajah majikannya.

"Apa jadual aku harini?"Suzi segera membelek Fail berwarna hitam, mencari jika ada perkara yang penting untuk Ezly Merquez selesaikan.

"Er jam 1 nanti Tuan ada meeting dengan Dato Firdaus, lepas tu jam 3 Tuan kena jumpa client."Beritahu Suzi, fail ditutup.

"Aku nak kau canclekan semua jadual aku hari ni."Arahnya tegas.

"Tuan yakin ke?'Suzi bertanya berani, dalam hatinya sudah berdoa agar dia tidak ditengking.

"Jangan banyak tanya boleh tak! Buat je apa aku suruh, aku nak balik."Suzi dengan segera mengangguk, mahu sahaja ditampar mulutnya sendiri, dengan cepat dia terus berlalu meninggalkan ruangan itu.

Kot berwarna biru yang disangkutkan pada kerusi diambil lalu disarungkan pada tubuh.

...........

Hadif menggelengkan kepalanya, pen yang dipegangnya diletakkan semula di atas meja, wajah Ezly Merquez menjadi tumpuannya.

"Kau ni ada masalah apa sebenarnya? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je datang office aku."

"Salah ke aku nak datang sini? Kalau tak suka aku datang sini tak apa aku boleh baliklah."Hadif sekali lagi menggelengkan kepalanya, dah macam perempuan datang bula je marah-marah, sikit-sikit nak emo.

"Tak adalah, kau ni sikit-sikit nak emo, aku tanya je."Tangan kembali membelek Fail, nak sahaja dia hempuk kepala Ezly Merquez dengan Fail.

"Hm tak apalah aku balik dulu."Hadif sudah cuka, Ezly Merquez ditahan supaya duduk semula. "Kau ni dah kenapa? Tepilah, aku nak balik."Tangan Hadif ditepis.

"Kau marah aku ke? Janganlah terasa."Belakang tengkuk digosok.

"Tak adalah, mana ada aku marah kau, aku saja je nak balik."Dalihnya, Hadif mengangguk, ingatkan apalah tadi.

...........

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Arissa terus turun ke tingkat bawah, tekaknya terasa haus.

Air yang berada di peti sejuk diambil lalu dituangkan di dalam cawan.

Telefon yang berada di dalam poket seluar diambil, mesej daripada Fakrul dibuka.

Fakrul
Hai awak buat apa tu? Kenapa awak tak datang kerja☹️

You
Saya tak sihat badan, rasa macam nak demam, sebab tu saya tak datang kerja.

Selepas membalas mesej daripad Fakrul, Arissa terus menghidupkan mod pesawat, nanti tak pasal-pasal banyak pula soalan yang ditanya oleh lelaki itu.

Singki dihampiri, cawan yang digunakkannya tadi dicuci lalu diletakkan semula di tempat asal.

Arissa dengan cepat berlari menuju ke dalam biliknya apabila mendengar bunyi enjin kereta dimatikan, dia tahu yang bunyi enjin kereta itu milik Ezly Merquez, dia masih takut untuk berhadapan dengan lelaki itu.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now