BAB 36

3.8K 211 49
                                    

Arissa cepat-cepat berlari menuju ke dapur apabila melihat kereta Ezly Merquez yang baru sahaja masuk ke perkarangan rumah, susu yang dibelunya kelmarin diambil lalu disorokkan di dalam bilik, dia tidak mahu Ezly Merquez melihat susu itu.

Dengan langkah yang berhati-hati, Arissa menuruni anak tangga, Ezly Merquez yang sedang berbaring di sofa dihampiri.

"Awak nak makam apa-apa ke?"Ezly Merquez membuka kelopak matanya. "Aku lapar."Sepatah Ezly Merqyez membalas. "Okey saya masak, nanti kalau dah siap saya panggil awak."Kata Arissa teruja, kaki diatur menuje ke bahagian dapur.

Setelah 30 minit berperang dengan bahan masakan, akhirnya terhidang juga ayam masak merah, ikan siakap 3 rasa, sup ayam dan sayur petai, Arissa sangat menyukai petai.

Ezly Merquez yang sedang menonton TV dihampiri."Awak saya dah siap masak, jom."Ezly Merquez tidak membalas kata-Kata Arissa, kaki terus diatur menuju ke dapur.

Ezly Merquez menelan liur, masakan yang dimasak oleh Arissa sungguh membuat perutnya bernyanyi lagu dangdut, kerusi ditarik.

Selesai membaca doa makan, Ezly Merquez terus menyenduk ayam masak merah ke dalam pinggannya, Arissa yang berada di situ tersenyum melihat gelagat Ezly Merquez.

"Ehh awak!"Ezly Merquez yang baru sahaja hendak mengambil sayur petai terhenti apabila mendengar jeritan Arissa. "Kau dah kenapa? Gila."Marah Ezly Merquez? Arissa menggeleng.

"Itu sayur saya, awak kan tak makan petai."Ezly Merquez berdecit geram, sayur petai diambil. "Suka hati akulah nak makan, sayur petai ke, sayur peria ke bukan masalah kau."Sinisnya.

Arissa sembunyi senyum, mungkin Ezly Merquez bersikap seperti itu kerana pembawaan anak. "Awak kalau saya nak tanya sikit boleh?"Ezly Merquez menghentikan suapannya, wajah Arissa yang seperti hendak memberitahu sesuatu dipandang. "Awak suka anak?"

"Kenapa tanya?"Arissa smenggeleng. "Saja tanya?"

"Tak aku tak suka, menyusahkan."Sakit hati  Arissa mendengar kata-kata itu."Walaupun anak tu anak awak dengan Natria."Arissa memberanikan diri menuturkan kata-katanya. "Aku suka budak, tapi kalau nak ada anak dengan kau, sorry aku tak berminta."

"Aku nak tanya dengan kau, tapi kau jawab jujur."Arissa mengangguk. "Kau mengandung?"Arissa menelan liur, dia tidak berani untuk mengaku perkara itu dengan Ezly Merquez.

"Aku tanya tu jawablah."Arissa dengan cepat menggeleng."Baguslah kalau macam tu."Ezly Merquez tersenyum sinis, kalau mengikut kiraan hari sejak kejadian itu, mungkum hari ini Arissa sudah mengandung.

"Kalau saya mengandung awak nak buat apa?"Ezly Merquez tersenyum sinis mendengar pertanyaan Arissa. "Kau ingat kan apa aku cakap dulu, aku akan bunuh anak tu, sebab aku jijik nak ada anak dengan kau, tersangat jijik."Sebak di hati ditahan, perut diusap.

Baru sahaja Ezly Merquez ingin menyuap makanan ke dalam mulut, tekaknya tina-tiba terasa mual, dia terus berlari ke arah sinki lalu memuntahkan isi perutnya, Arissa yang berada di situ terus berlari me dapatkan Ezly Merquez.

Patutlah dia tidak kerap muntah, rupanya Ezly Merquez yang menanggung semua alahan itu. "Awak okey ke?"Arissa mula cemas apabila melihat wajah Ezly Merquez yang berubah pucat.

Ezly Merquez tidak membalas, kaki diatur menuju ke ruang tamu, Arissa hanya menghantar pemergian Ezly Merquez dengan ekor mata.

Makanan yang bersisa itu disimpan, membazir kalau buang.

...........

Tilam yang tidak bersalah ditumbuk, mesej yang baru diterimanya daripada orang suruhannya membuatkan hatinya panas."Tak guna kau perempuan, aku akan pastikan anak kau tu mati."Cadar tilam digengam kuat, dia tidak mahu Ezly Merquez mencintai anak yang berada di dalam rahim Arissa.

My Musuh My Love [Edit]On viuen les histories. Descobreix ara