BAB 23

3.4K 217 9
                                    

Rambut basah dikeringkan menggunakan tuala, telefon yang berada di meja solek diambil. Berkerut dahinya apabila melihat 3 mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.

013 424 ****
Assalamualaikum, selamat malam awak, saya ni Fakrul.

013 424 ****
Awak tengah buat apa tu?

013 424 ****
Awak masih kat perak ke?

You
Waalaikumsalam, hai Fakrul.

You
Iya saya masih kat perak.

Fakrul
Awak rindu saya tak😂

Arissa sudah tergelak membaca mesej yang dikirim daripada Fakrul.

You
Awak nak saya jawab jujur ke bohong😏?

Fakrul
Mestilah nak jawapan yang jujur🤣

You
Saya tak rindu awak.

Arissa tersenyum sendiri, tidak sabar rasanya dia hendak melihat balasan daripada Fakrul, lelaki itu sudah diangap seperti kawan baiknya.

Fakrul
Jahatlah awak ni😔Saya rindu awak tau.

You
Huhuhu janganlah merajuk, nanti tak encem😎.

Telefon diletakkan semula ke atas meja, mod pesawat dihidupkan.

Arissa terus memandang ke arah pintu biliknya, terkejut Arissa apabila melihat Ezly Merquez yang selamba sahaja membuka pintu biliknya, Ezly Merquez juga turut sama terkejut.

"Ahhh!"Tuala yang dijadikan untuk mengelap rambut terus diambil lalu menutup bahagian bahu yang terdedah, Ezly Merquez pula dengan cepat menutup mulut Arissa, kalau dibiarkan Arissa jerit pasti bangunan hotel itu sudah huru-hara.

"Kau kenapa pakai macam ni."Soal Ezly Merquez tanpa memandang ke arah Arissa.

Arissa tidak membalas soalan itu, dengan cepat dia mengambil pakaiannya lalu berlari menuju ke arah bilik air. Sudahlah dia hanya berkembam dengan tuala.

"What the?"Tidak semena-mena Ezly Merquez tersenyum senget.

Arissa yang berada di bilik air sudah menampar nampar pipinya, malunya bukan kepalang.

"Hoii kau tu buat apa kat sana? Kau tukar baju ke beranak!"Jerit Ezly Merquez, Arissa sudah mengetap gigi geram apabila mendengar tawa Ezly Merquez.

"Apa malang sangat aku ni."Omel Arissa sendiri.

"Aku nak kau ikut aku."Kedengaran serius sahaja nada suara Ezly Merquez.

"Nak pergi mana?"Balas Arissa yang masih berada di dalam bilik air, rasa malunya dibuang sejauh-jauhnya.

"Aku nak keluar dengan Natria."Arissa yang berada di dalam tandas sudah terlopong apabila mendengar permintaan Ezly Merquez.

"Tak naklah, nanti gangu korang dating pula."Perkataan dating sengaja ditekan.

"Kau ikut jelah, kau nak ke kalau lelaki tu kacau kau?"

"Yela yela, awak keluar dari bilik saya yer, saya nak tukar baju ni."Ezly Merquez tidak membalas, kaki diatur keluar daripada bilik isterinya.

Arissa menghembus nafas lega apabila mendengar pintu biliknya ditutup, itu menandakan yang Ezly Merquez sudah keluar daripada biliknya.

........

Garfu digenggam kuat, geram dia dengan Natria yang  selamba sahaja memegang tanya Ezly Merquez, dia duduk di meja paling depan, manakala Ezly Merquez dan Natria duduk di meja yang paling hujung berdekatan dengan cermin.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now