BAB 21

3.5K 224 6
                                    

Promot story: Dendam by Lyzie_biey_

Promot story: Perkahwinan Maut by Ivne_Dzzy

Ezly Merquez mengurut perlahan lehernya,  4 jam memandu sangat memenatkan, Arissa yang berada di seat belakang dipandang melalui cermin. Gadis itu lena sahaja dibuai mimpi.

"Oii Ris bangan."Fail yang berada di dashboard diambil lalu dilemparkan ke arah Arissa.

"Apa?"Arissa yamg masih mamai memegang dahinya, tudung bawal yang sedikit senget  dibaiki oleh Arissa.

"Kau boleh keluar."Arissa mencebikkan bibirnya, mahu sahaja disumbat fail itu ke dalam mulut Ezly Merquez.

Eii mamat ni geram je aku, perangai tak serupa bikin, ada ke patut baling fail tu kat muka aku.Omel Arissa dalam hati, nasib baiklah dahinya tak berdarah.

"Hei hei hei, kau nak pergi mana? Bawa beg kau tu sekali."Arissa menghentakkan kakinya lalu menuju semula ke arah kereta BMW milik Ezly Merquez.

"Buat apa nak bawa beg ni, kitakan nak lawat tapak?"

"Kau nak lawat tapak sekarang buat apa?"

"Kita buat apa kat sini?"Bangunan Hotel yang berada di hadapannya dipandang.

"Tak apalah kalau kau tak nak tidur hotel, jimat sikit duit aku."Sinis Ezly Merquez.

"Lawat tapak bila?"Tanya Arissa, Ezly Merquez pula sudah menyampah dengan perangai Arissa yang terlalu lembab, mahu sahaja dibuang gadis itu di dalam longkang, biar padan muka.

"Kau ni banyak tanya betullah, kan aku dah bagitahu, besok ada mesyuarat dengan Dato Khalid, and lusa baru lawat tapak."Terang Ezly Merquez satu persatu, Arissa pula sudah terangguk-anguk seperti burung belatuk.

Selepas menempah bilik hotel, mereka menuju ke arah lift.

"Nah kunci kau."Kunci hotel diserahkan kepada Arissa, dengan cepat Arissa menyambut huluran itu.

Mereka keluar daripada lift, Arissa menuju ke bilik 208, manakala Ezly Merquez menuju ke bilik 207.

Ezly Merquez yang baru sahaja ingin masuk ke dalam biliknya menghentikan langkahnya apabila teringatkan sesuatu, wajah Arissa dipandang.

"Nanti aku nak keluar dengan Natria, kau nak pesan apa apa ke?"Kedengaran dingin sahaja suaranya.

"Buat apa nak minta izin dengan saya? Pergi jelah, kalau saya tak izinkan pun awak tetap pergi juga kan."Kata Arissa sambil berpeluk tubuh.

Minah tak cukup kain ni geram je aku, sampai ke sini dia ikut.Bebel Arissa, sungguh dia geram dengan gadis yang bernama Natria, paras rupa gadis itu memang cantik, wajah Natria mempunyai iras seperti Manushi Chhillar, tapi sayang perangai tak cantik, tayan body kat jantan, huh.

"Tahu tak apa, aku bukan nak minta izin dekat kau, tapi aku cuma nak bagitahu kau,  manalah tahu kau tiba tiba rindu aku."Arissa sudah membuat gaya muntah pelangi mendengar kata kata Ezly Merquez.

"Kau kenapa? Mengandung ke? Aku tak pernah sentuh kau."Membutang mata Arissa, menyesal pula dia membuat gaya orang muntah.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now