BAB 9

3.1K 219 6
                                    

Dari jauh lagi Arissa sudah dapat menangkap kelibat Ezly Merquez, disebabkan Ezly Merquez mahu membincangkan sesuatu dengannya, terpaksalah dia meminta cuti daripada Encik Gazali.

"Maaf, susah nak cari teksi."Kata Arissa lalu duduk di hadapan Ezly Merquez.

"Maaf jelah yang kau tahu, aku dah dekat 1 jam tunggu kau, ingat aku tak ada kerja lain ke nak buat, lainlah kau tu, goyang kaki je."Sinisnya, penampilan Arissa dipandang Atas bawah, memang bukan tastenya.

Eleh siapa suruh tunggu, tak ada siapa yang suruh.Desis hati Arissa.

"Kenapa nak jumpa?"Tanya Arissa secara direct, malas dia hendak berlama-lamaan dengan orang gila seperti Ezly Merquez.

"Aku nak pesan sesuatu dengan kau, kau ada telinga kan, so dengar betul betul."Arissa hanya mengangguk acuh tak acuh.

"Pertama aku nak pesan, kau tak boleh jatuh cinta dengan aku."Tidak semena-mena Arissa tergelak mendengar kata kata Ezly Merquez.

"Saya nak jatuh cinta dengan awak? Lambatttt lagi."

"Yelah tu, entah entah sekarang ni pun kau dah jatuh cinta dengan aku."Panas telinga Arissa mendengar mulut perasan itu,tak ingin dia jatuh cinta dengan mamat mangkuk seperti Ezly Merquez.

"Jangan nak perasan okey."

"Kedua, lepas kahwin kau kena duduk dengan aku, rumah aku."Arissa sekadar mengangguk, malas dia hendak bertanya, cepat selesai cepatlah dia berambus dari sini.

"Ketiga, aku akan ceraikan kau lepas 1 tahun usia perkhawina kita."Membutang mata Arissa. Cerai?

"Cerai?"

"Kenapa takut jadi janda muda ke?"

"Tak takut langsung, kenapa tak 1 minggu je lepas tu cerai?"Selamba Arissa. Ezly Merquez hanya tersenyum sinis, senyuman sinis sudah sebati di dalam dirinya,tidak boleh dipisahkan.

"Kalau boleh memang lepas akad nikah juga tu aku ceraikan kau, kau jangan ingat aku terima perkhawinan ni sebab aku cintakan kau, aku terima perkhawinan ni sebab mama, perasaan cinta aku dekat kau 0 peratus, so jangan mimpi aku akan layan kau macam isteri lepas ni."Tipulah kalau Arissa kata hatinya tidak terasa dengan kata-kata Ezly Merquez. Senyuman cuba diukir walaupun hambar.

"Dah habis? kalau dah habis saya nak balik."Kata Arissa, dia ingin pergi secepat yang mungkin. Bila-bila masa sahaja air matanya akan tumpah, dia tidak mahu menangis di hadapan Ezly Merquez.

Ezly Merquez tidak membalas, punggung diangkat lalu beredar dari situ, sebelum dia meninggalkan Arissa disitu, sempat lagi dia membisikkan sesuatu pada telinga Arissa yang ditutup dengan tudung.

"Ingat, perkahwinan kita cuma di atas kertas."

.......

"Dahlah tu Ris,.janganlah nangis, aku ada dengan kau, selalu ada dengan kau."Terkejut Hanis apabila Arissa tiba tiba sahaja datang ke rumahnya, siap dengan Air mata sekali.

"Aku tak kuat Nis, belum kahwin lagi dia dah layan aku macam ni?"Arissa sudah menceritakan semuanya kepada Hanis.

"Kau kena kuat Ris, aku ada, aku yakin lepas korang kahwin nanti mesti dia boleh terima kau, banyak berdoa, istighfar banyak banyak, hati kau akan tenang."Arissa menarik nafas dalam lalu dihembushkan, benar kata Hanis, dia harus banyakkan berdoa dan beristighfar, bukan menangis.

My Musuh My Love [Edit]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें