BAB 12

3.2K 214 8
                                    

Arissa memandang wajahnya yang sudah siap di make-up simple dari pantulan cermin.

Hari ini merupakan hari dimana dia akan bergelar isteri kepada musuhnya sendiri.
Tanpa sedar setitis air jernih jatuh dari tubir matanya.

"Ris."Namanya diseru perlahan oleh Imani, rasa simpati dengan nasib sahabatnya. Mungkin jodoh Arissa bersama Ezly Merquez.

"Kau panggil aku ke?"Air mata yang masih tersisa disapu olehnya.

"Ris janganlah nangis, aku pun sedih tengok kau menangis."Bahu Arissa dipeluk Hanis, tidak sanggup melihat keadaan Arissa.

"Kau jangan menangis ye Ris, pengantin ba..aduh."Zura mengaduh sakit apabila lengannya dicubit oleh Imani, Imani membuat isyarat supaya Zura tidak meneruskan kata katanya.

"Kau ni, janganlah sebut perkataan pengantin baru, kau tahu tak Ris tu tengah sedih, apa kau ingat kalau kau sebut pengantin baru tu Ris suka? Kau tahu tak dia menangis sebab kena paksa kahwin, kau boleh pula sebut benda tu."Bebel Hanis secara berbisik pada Zura.

"Sorrylah, kau ni."

Mereka berempat serentak memandang ke arah pintu apabila mendengar ketukan daripada luar.

Puan Sabrina tersenyum memandang anaknya, bahu anaknya digosok lembut.

"Jom turun, pengantin leleki dah sampai."Arissa menarik nafas dalam, mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Ezly Merquez nanti.

Arissa mengangkat punggungnya, pintu bilik dibuka lalu turun dengan berhati hati, kang terpijak kain pengantin, tergolek tak ke malu 7 keturunan.

Arissa tersenyum ke arah tetamu yang hadir, keluhan dilepaskan apabila melihat Ezly Merquez yang sedang duduk menghadap tok kadi.

"Nampaknya pengantin perempuan dah ada, boleh kita mulakan?"Ezly Merquez mengangguk, tangan tok kadi yang menghulurkan ke arahnya disambut.

"Ezly Merquez Bin Azahar."

"Ya saya."

"Aku nikahkan engaku dengan anakku Arissa Arzanuha Binti Mohammad Ismail dengan mas kahwin sebanyak 5k ringgit, tunai!."

"Aku terima nikahnya Arissa Arzanuha Binti Mohammad Ismail dengan mas kahwin sebanyak 5k."

Selepas sahaja mengatakan lafaz itu, beberapa saksi melaungkan kata sah.

Maka dengan sekali lafaz sahaja Arissa sudah sah bergelar isteri kepada Ezly Merquez, air matanya mengalir, tidak semena sema kata kata Ezly Merquez satu bulan lalu terngiang ngian di telinganya.

"kau tak boleh jatuh cinta dengan aku."

"Kedua,lepas kahwin kau kena duduk dengan aku,rumah aku."

"Ketiga,aku akan ceraikan kau lepas 1 tahun usia perkhawina kita."

"Ingat,perkahwinan kita cuma di atas kertas."

Arissa tersedar daripada lamunannya apabila Imani menolak perlahan bahunya.

"Ez nak sarumg cincin tu."Bisik Imani pada telinga Arissa.

Tangan Arissa terus ditarik oleh Ezly Merquez, sebentik cincin disarungkan pada jari manis gadis itu, tidak sangka daripada seorang musuh kini sudah menjadi isterinya.

Tangan Ezly Merquez disalam, kini gilirannya pula untuk menyarungkan cimcin itu pada jari Ezly Merquez.

"Ris sarungkan cincin tu dekat suami kamu."Mahu bernana telinga Arissa apabila uminya mengelar Ezly Merquez suaminya, dalam keterpaksaan cincin itu disarung juga pada jari lelaki itu.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now