Dengan cepat Ezly Merquez memberikan tangannya kepada Arissa, senyuman diukir apabila Arissa mencium tanggannya.

Harraz tidak dibawa Arissa. Puan Sri Nurin dengan senang hati menawarkan diri untuk menjaga Harraz, pada mulanya Arissa menolak kerana takut menyusahkan Puan Sri Nurin, tetapi Puan Sri Nurin mengatakan yang dia tidak kisah menjaga Harraz.

Baru sahaja Arissa ingin menyentuh pembuka pintu kereta, sekali lagi perbuatannya terhenti apabila Ezly Merquez memangilnya. Terkejut Arissa apabila Ezly Merquez dengan selamba mencium dahinya. "Selamat berkerja."Kata Ezly Merquez bersama senyuman manis.

Arissa membalas kata-kata Ezly Merquez dengan anggukan.

Langkah Arissa diperhatikan oleh Ezly Merquez. Enjin kereta dihidupkan setelah kelibat Arissa sudah selamat masuk ke tadika itu.

........

Sejak masuk ke pejabat lagi senyuman Ezly Merquez tidak pernah pudar dari bibir, Suzi yang sedang berbincang dengannya mengenai projek di JB juga sudah naik hairan dengan sikap majikannya.

"Tuan Ez."Panggil Suzi.

Tiada sahutan.

"Tuan Ez."

Senyap.

Suzi mendengus geram. "Tuan Ez okey ke?!"Panggil Suzi dengan nada kuat, terhenti terus lamunan Ezly Merquez, tanggannya pula dengan cepat mengambil dokumen yang berserelak lalu dibaca. Cover malu.

"M-Maaf, Cik Arissa cakap apa tadi?"Makin bertambah kerutan di dahi suzi. Arissa? "Tuan ni dah kenapa? Saya suzi."Ezly Merquez menepuk dahinya. Malunya.

"Err tadi ada nama Arissa kat kertas yang saya baca tu, itulah tersebut nama dia, kau jangan nak fikir bukan-bukan."Bohong Rzly Merquez. Suzi sekadar mengangkat bahu sambil bibir mengukir senyuman mengusik.

"Kau boleh keluar."Suzi mengangguk, fail yang berada di atas meja diambil. "Tuan Ez dah angau ni."Usik Suzi lalu dengan cepat keluar dari bilik itu.

Salah ke nak angau dengan bini sendiri?Monolog Ezly Merquez. Telefon diambil, gambar Harraz yang sedang mengigit patung beruang dijadikan sebagai walpaper telefon.

"Ezly Merquez Bin Azahar! Your cousin semati sehidup kembali!"Ezly Merquez menjulingkan matanya ke atas.

Malapataka akan datang tidak lama lagi!

"Apa kau nak?!"Wajah Eren Mervis iaitu sepupunya dipandang dengan pendangan menyampah, lelaki yang seumur dengannya. "You ni janganlah cakap kasar kat I, tak suklah."Eren Mervis membuat gaya ala ala perempuan gedik merajuk.

Ezly Merquez membuat gaya geli, itulah salah satu sebabnya dia menyampah denagn Eren Mervis, jadi pondan betul-betul baru tahu.

"Okeylah berbalik pada soalan kau tadi, aku buat apa datang sini? Hm aku dah habis study bro, minggu depan aku dah start kerja."Kata Eren Mervis bangga, dada ditepuk kuat.

"Baiklah Mr.polis, kalau tak ada benda yang penting, aku nak kau berambus."Tangn menunjuk ke arah pintu.

"Eleh dasar punya sepupu, aku saja je datang sini,  nak tengok anak kau."

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now