"Kau jangan risau Arissa, aku tak akan bunuh anak kau, sebab ayah budak tu sendiri akan bunuh anak kau, dan aku akan buat ayah budak tu benci dengan kau, sebab Ezly Merquez hanya untuk aku seorang."Natria tersenyum, pelbagai rancangan jahat sudah bermain di otaknya, dia harus menyusun rancangan yang mantap.

Rambut blondenya yang sudah tidak terurus dipegang lalu diikat kemas, dia harus menjalankan rancangan jahatnya sekarang. "Just wait and see Arissa, kau akan menyesal."Senyuman yang penuh dengan kejahatan diukir, handbag diambil lalu dia melangkah keluar daripada bilik.

Medina yang ketika itu sedang menyiram pokok bunga dipandang sekilas."Kau nak pergi mana?"Paip yang digunakkan untuk menyiram bunga diletakkan ke tanah lalu pili air ditutup.

"Nak pergi shopping."Bohong Natria, memang taklah dia nak bagitahu perkara sebenar, kang rosak semua rancangan yang disusunnya. "Kau nak pesan apa-apa tak?"Medina berfikir sejenak. "Ada, tolong belikan aku pizza."Natria ketawa mendengar permintaan Medina. "Tulah kau, lain kali jangan suka tengok iklan, kan dah terliur tengok Pizza."Natria mengusik.

"Eleh kau mengata aku, yang kau tu suruh aku beli buger malam-malam tu kenapa? Kau pun sama je, tengok iklan makanan kat TV terus nak."Natria sudah tayang muka geram. "Kau diam, bye aku nak shopping."Natri terus melambaikan tangan ke arah Medina lalu masuk ke dalam kereta audi hitamnya.

Pejabat Ezly Merquez dituju, senyuman kembali terukir di bibir, dia tidak sabar melihat Arissa merana. "Let's start game."Pedal minyak ditekan.


.........

Ezly Merquez yang sedang  berbincang dengan Suzi terkejut apabila pintu pejabatnya dirempuh, Natria sudah senyum ke arahnya. "Hai sayang, I ada sesuatu nak bincang dengan you."Suzi yang berada di situ dijeling. "Only you and I, hanya kita berdua."Ezly Merquez yang faham akan arahan Natria segera menyuruh Suzi untuk balik ke meja kerjanya.

Setelah Suzi keluar daripada bilik pejabat itu, Natria melabuhkan punggungnya pada kerusi yang diduduki Suzi tadi."You nak bincang apa?"Natria tarik sengih, tangan Ezly Merquez diraih, Ezly Merquez hanya membiarkan tindakan Natria.

"You dah tahu ke pasal Arissa mengandung?"Ezly Merquez tersentak sebelum akhirnya dia menggeleng.

"Arissa mengandung ke?"Ezly Merquez bertanya tidak percaya, wajah Natria dipandang minta kepastian, Natria yang faham akan pandangan itu dengan cepat mengangguk.

"Macam mana you tahu dia mengandung?"Natria tersenyum senget, dia tahu pasti Ezly Merquez akan bertanya  soalan itu kepadanya, nasib baik sahaja rancangan sudah disusun sempurna.

"Terpulang dengan you nak percaya atau tak, I bagitahu benda ni sebab I sayangkan You, I tak nak you diperbodohkan dengan Arissa."Natria sudah mengeluarkan ayat keramatnya.

"Dan untuk pengetahuan you, anak tu bukan anak you."Arissa melepaskan keluhan. "I dah lama tahu pasal benda ni, tapi I tak sampai hati nak bagitahu, sebenarnya I selalu nampak Arissa keluar masuk hotel dengan seorang lelaki, saya sendiri pun tak kenal siapa lelaki tu."Terang Natria.

"Tapi Arissa tak keluar malam."Ezly Merquez mula bingung. "Bukan malam, tapi I selalu tengok dia dan lelaki tu masuk hotel waktu lunch."

Tak guna kau perempuan, berlagak suci depan akan sedang iblis.Desis Ezly Merquez.

Natria mula ukir senyum apabila melihat wajah Ezly Merquez yang sudah berubah menjadi merah, dia tahu yang lelaki itu sedang marah.

Sikit lagi Arissa, sikit je lagi rumah tangga kau akan musnah.Natria sembunyi senyum.


..........

Arissa yang sedang duduk di sofa dihampiri, hatinya sangat panas saat ini.

"Sial kau perempuan!"Pipi Arissa terus ditampar. "Awak ni dah kenapa?!"Arissa meninggikan suaranya, siapa sahaja yang tidak marah jika ditampar tanpa salah.

"Kau mengandung kan! Cakap dengan akulah sial!"Suara naik seoktaf, Arissa menelan liur, rahang Ezly Merquez juga kelihatan bergerak-gerak menandakan yang lelaki itu sedang marah.

"Saya tak mengandunglah, awak nak tuduh saya bukan-bukan ni kenapa?"Walaupun berasa takut, wajah lelaki itu dipandang juga. "Kau tak puas lagi ke buat dosa hah?! Tak puas jual diri, lepas tu nak menipu?!"Senyuma sinis terukir di bibir Ezly Merquez apabila melihat wajah terkejut Arissa.

"Kenapa terkejut? Apa kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu tengah mengandungkan anak Fakrul."Arissa menggeleng. "Apa awak cakap ni?"

Rambut Arissa ditarik, bibirnya didekatkan pada telinga Arissa. "Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu jual diri kat Fakrul hah!"

"Tak, saya tak buat semua tu."Arissa menggeleng, dia berani bersumpah yang dia tidak melakukan perkara itu.

Dengan kasar Ezly Merquez terus menolak tubuh Arissa ke lantai."Hei kau dengar sini baik-baik, kau tu perempuan murahan, tolong jangan berlagak suci."Sinisnya.

"Aku jijik dengan kau! Jijik dengan perempuan murahan macam kau! Berlagak suci! Murahan!"Pipi Arissa sekali lagi mendapat tamparan daripada Ezly Merquez.

"Saya tak buat benda tu,ini anak awak"Arissa menangis, kaki Ezly Merquez dipeluk, meminta simpati daripada lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya.

"Anak aku?Excuse aku silap dengar ke atau kau salah makan ubat?"Arissa yang sedang memeluk kakinya ditendang, bibirnya menguntup senyum apabila melihat air mata Arissa.

"Aku nak kau gugurkan anak tu! Kalau kau tak gugurkan juga, aku sendiri akan bunuh anak tu."Tangisan Arissa makin kuat, dia tidak sanggup untuk mengugurkan kandungannya.

[VOTE]
[COMMENY]
[FOLLOW]
Sesiapa yang baik hati tu promotlah story saya😢yg dah promot tu tqqq
Jangan lupa vote tau, terimas kasih.
Maaf kalau hambar, hope enjoy, saya tak pasti malam nanti saya update ke tak, kalau rajin saya update hehehehe

My Musuh My Love [Edit]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang