BAB 15

3.4K 222 19
                                    

Daun pintu ditolak Arissa, Ezly Merquez yang ketika itu sedang berbaring di atas katil bersaiz king memandang tajam ke arahnya.

"Kau nak apa masuk bilik aku? Nak serah diri, sorry aku tak berminat dengan badan kau."Arissa menjulingkan matanya ke atas, bodoh ke sakit mamat seekor ni, tak inagt ke yang bajunya semua berada di dalam bilik itu.

"Saya nak serah diri kat awak? Memang taklah."Bajunya yang berada wadrobe Ezly Merquez diambil, setiap perilakunya dilihat oleh Ezly Merquez bersama pandangan benci.

"Aku nak bagi peringatan kat kau, aku nak kau berlakon pura pura ada temu duga kat Taza Holding nanti, dan jangan pernah mengaku kat orang yang aku ni suami kau, sebab aku malu kalau diorang tahu aku ada isteri macam kau, so kau tahu kan apa maksud aku, hemm, aku nak kau buat hal kau, aku buat hal aku, jangan pernah sibuk dengan urusan aku, kau pun kalau nak bermesra dengan jantan lain aku tak kisah."Katanya Panjang lebar, Arissa tidak membalas, baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu, namanya sekali lagi diseru.

"Apa lagi awak nak? Saya nak solat ni."

"Kau dengar tak apa aku cakap tu? Ingat jangan pernah masuk campur urusan aku."Arissa sekadar mengangguk lalu meninggalkan Ezly Merquez disitu.

Setelah Arissa keluar daripada biliknya dia tersenyum sinis, masuk kali ini sudah dua kali dia melihat Arissa tanpa tudung.

Tidak pernah telintas di fikiranya yang dia akan menjadi suami kepada musuhnya sendiri. Tetapi sayang, hatinya bukan untuk Arissa, nama Natria sudah terpahat kemas di dalam hatinya, hanya gadis itu yang dicintainya.

'sweetheart❤'

Telefon yang berada di sisi katil diambil, nama di pemanggil dibaca, bibirnya menguntum senyuman, tangannya dengan laju menekan punat hijau.

"Kenapa ni, tak tidur lagi ke?"

"Sekarang baru jam 9, masih tak mengantuk lagi, rasanya tak nyenyak tidur I kalau tak dengar suara you."Rengek Natria manja.

"I nak ucap tahniah kat you."Berkerut pelipis Ezly Merquez, nak ucap tahniah buat apa? Sebab Arissa mengandung ke? Takkanlah, dia sendiri belum pernah menyentuh Arissa, bagaimana pula isterinya itu boleh mengandung, jika benarlah Arissa mengandung mengapa Natria harus mengucapkan tahniah kepadanya.

"Tahniah kenapa pula."Ezly Merquez sudah kebingungan.

"Yela you kan dah jadi CEO, that why I nak ucap tahniah."Natria di hujung panggilan sudah bersuara teruja, siapa tak teruja kalau bakal suami dapat gelaran CEO.

"You besok teman I shopping boleh."

"Anything for you baby, lagipun besok hujung minggu, I pun tak kerja."Balas Ezly Merquez, apa sahaja yang diminta oleh Natria semua akan diberikannya, cintanya hanya untuk Natria.

"Sebab itulah I sayang kat You."Melirik sahaja suara manja Natria.

.........

Hujung minggu adalah hari yang paling bahagia buat insan yang bernama Arissa. Kaki diatur masuk ke dalam Avenue K Shopping Mall, tujuannya ke situ adalah satu, hanya untuk membeli novel.

Arissa dan Hanis menuju ke bahagia buku, satu satu buku dibelek.

"Aku tak tahulah nak pilih yang mana satu, macam nak je aku beli satu kedai ni."Wajah dibuat duckface, Hanis pula sudah ketawa mengekek, kalau kaki Arissa dah jejak kedai novel, mulut tu memang tak pandai diam.

"Kau gelak kenapa? Aku stress boleh pula kau gelakkan aku."

"Kaulah, mulut tu memang tak boleh berhenti bebel kan, apa susah, suami kau kan kaya."Arissa berdecit geram, suami? Hemm nama je ada suami tapi perangai suami tak serupa bikin.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now