BAB 2✔️

3.9K 250 31
                                    

Arissa menghembus nafas lega. Kelas 3 Amanah masih lagi riuh dengan suara pelajar. Itu menandakan guru masih lagi belum masuk ke kelas mereka.

"Lambat lagi."Imani menjeling Arissa.

"5 minit je nak bising, cikgu belum sampai ke?"Tanya Arissa sambil mengeluarkan buku matematik. Ohh mata pelajaran yang paling dibenci kenapa kau harus wujud.

"Cikgu Rohani tak dapat masuk kelas kita, bukan itu je tau, semua cikgu mesyuarat sampai rehat."Beritahu Imani ceria. Arissa yang mendengar sidah melompat senang. Bolehlah dia   round satu sekolah nanti, nak duduk dalam kelas sampai jam 10 buat apa, jadi lebih baik dia jalankan kerja tak berfaedah round sekolah. Wkwkwk.

"Ehh Ris tadi aku ada nampak kotak pink dalam laci meja kau, kau punya ke tu." Pertanyaan Imani membuatkan Arissa menunduk memandang ke dalam lacinya, memang benar ada kotak di dalam laci mejanya.

"Ini ke?"Tunjuk Arissa kepada Imani sambil menayangkan kotak pink itu, Imani mengangguk.

"Ris tengok tu ada tulisanlah"

ARISSA ARZANUHA

HAI AWAK.SAYA SEBENARNYA DAH LAMA SUKA KAT AWAK TAPI SAYA TAK TAHU NAK BAGITAHU AWAK MACAM MANA.DALAM KOTAK NI ADA HADIAH UNTUK AWAK.

SECRET ADMIRER

Mahu tergelak Arissa dan Imani membaca ayat yang ditulis itu, dah macam nak tulis surat rasmi je.

Kotak yang berada di tangan Arissa terus dirampas oleh Imani, nak tunggu Arissa buka memang sampai ke sudah pun tak terbuka, dia pula yang lebih teruja.

"Mak kau melompat masuk longkang terbalik naik lori!"Latah Imani sambil membuang kotak itu jauh daripadanya. Terkejut dia apabila mengetahui isi kotak itu adalah katak, Arissa yang berada di sebelah Imani hanya mampu ketawa terkekeh'kekeh. Semua yang berada di dalam kelas itu juga turut ikut menentertawakan Imani, nasib baik bukan dia yang membuka kotak itu.

"Aku tahu siapa punya kerja ni."Tanpa meminta kebenaran daripada ketua kelas, Arissa terus keluar menuju ke kelas 5 Sains, dia pasti bahawa pelaku itu adalah Ezly Merquez.

.......

"Ez kau tahu tak Arissa tak buka pun kotak tu, tapi Imani yang buka."Beritahu Hadif, rakaman video yang baru diterima Hadif dari Sufi tadi betul-betul membuatkan rancangan mereka gagal, mereka jugalah yang menyuruh Sufi meletakkan kotak itu ke dalam laci Arissa.

'PAP'

Terangkat sedikit bahu Ezly Merquez apabila mejanya ditepuk kuat oleh seseorang, dengan perasaan ingin tahu dia mengangkat kepala dan memandang gerangan itu.

Senyuman sinis terukir di bibir Ezly Merquez apabila melihat Arissa sudah berdiri berpeluk tubuh di hadapannya.

"Apa lagi masalah awak dengan saya hah? Tak habis-habis nak cari pasal."Hadif dan Faris berpandangan sesama sendiri sebelum mereka ketawa terkekeh-kekeh melihat kemarahan Arissa.

"Rugi betullah kau tak buka kotak tu, kan bagus kalau kau yang buka."Ezly Merquez bersuara sinis.

"Tak ada maknanya saya nak rugi dengan hadiah buruk kau tu."

"Hadiah buruk kau kata? kau yang buruk perempuan murahan."Perkataan perempuan murahan itu sengaja ditekan oleh Ezly Merquez. Melihat wajah merah Arissa sahaja sudah membuatkan hatinya puas.

"Awak jangan nak cakap saya perempuan murahanlah! Kalau awak sendiri tu pun perangai syaitan!"Kesabaran Arissa juga ada hadnya. Sakit hatinya apabila digelar murahan.

My Musuh My Love [Edit]Where stories live. Discover now