30 ♡

49 12 20
                                    

Junghwa keluar dari kereta dengan penuh berhati-hati

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Junghwa keluar dari kereta dengan penuh berhati-hati. Kain gaun putihnya dipegang oleh ibunya. Dengan jantung yang berdebar-debar, Junghwa melangkah masuk ke dalam dewan.

"Yang dinanti-nantikan, pengantin perempuan sudah pun tiba, Han Junghwa!" kata pengerusi majlis.

Junghwa berjalan perlahan menuju ke arah Daniel di atas karpet merah. Daniel sudah menunggunya di sana. Riak wajah Junghwa kosong tanpa senyuman. Begitu juga Daniel.

Tangan Junghwa dicapai Daniel. Tinggal masa untuk menyarung cincin saja.

Junghwa mengeluh perlahan. Dia menundukkan pandangan. Dia sebenarnya tidak rela dengan perkahwinan ini. Keputusan dibuat terburu-buru, mengikutkan perasaan marah.

Sekarang, biar dia menerima padahnya. Semua ini berlaku atas permintaannya.

Tiba-tiba, Daniel membisikkan sesuatu kepada Junghwa. Junghwa mengangkat kepalanya.

"Junghwa, ikut saya." sebaik saja Daniel berkata sedemikian, dia menarik tangan Junghwa dan mereka berdua berlari keluar dari dewan. Cincin yang dipegang oleh Daniel, dicampak entah ke mana.

"Eh Daniel! Kau ni kenapa?!" jerit Junghwa.

Semua tetamu bangun dan terkejut dengan tindakan mereka berdua. Mereka cuba menghalang tetapi Daniel dan Junghwa lebih laju berlari.

Langit kian mendung. Tak lama kemudian, hujan turun membasahi bumi. Tapi, keadaan cuaca tidak menghalang perbuatan Daniel dan Junghwa. Mereka tetap berlari tanpa hala tuju.

Entah ke mana Daniel mahu membawa Junghwa, dia sendiri tidak tahu.

🍋

Sudah lama Jungkook menenangkan jiwanya di tasik. Sehinggakan hujan lebat turun pun dia tidak sedar. Dia tersentak apabila guruh berdentum. Dia bangun untuk berjalan pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba, langkahnya terhenti apabila Junghwa memanggil namanya. Dia melihat Daniel dan Junghwa berlari ke arahnya dengan berpakaian pengantin.

Mesti baru lepas kahwin. Fikir Jungkook.

Hujan tiba-tiba reda sedikit berbanding tadi. Junghwa memegang gaunnya dan berjalan menghampiri Jungkook. Air matanya mengalir.

Jungkook dan Junghwa memandang antara satu sama lain. Jungkook menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Junghwa. Senyuman pahit diukir.

"Tahniah." ucap Jungkook. Junghwa tidak menyambut huluran tangan Jungkook. Dia hanya terdiam.

Daniel menghampiri mereka berdua. Tangan Junghwa dan Jungkook dicapai dan dia tautkan jari mereka.

Daniel menepuk bahu Jungkook. "Jungkook, aku tak jadi kahwin dengan Junghwa. Aku tak layak untuk dia. Hanya kau je layak bersama dengan dia. Aku datang nak tunaikan janji aku dulu. Aku pernah janji pada kau yang aku nak satukan kau dan Junghwa semula." kata Daniel panjang dalam keadaan nafas tercungap-cungap. Penat berlari dari dewan ke tasik.

✅ Blue Lemon • JJKNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ