"Okay boleh semua?" soal Junghwa kepada anak-anak muridnya. Mereka mengangguk sambil tersenyum.
"Faham cikgu!"
Han Junghwa merupakan seorang guru tadika. Dia sudah berkhidmat di Tadika Sepah selama 4 tahun. Ya, Tadika Sepah. Adik Tadika Kemas. Anak-anak murid Junghwa sangat selesa belajar dengannya. Sebabnya, Junghwa sangat pandai melayan kanak-kanak. Pelembut orangnya. Dengan kanak-kanak sajalah.
"Okay, kalau faham, Jackson bangun. Cuba baca muka surat tu." pinta Junghwa.
Jackson dengan semangatnya, terus berdiri tegak. Dia menarik nafas dan membaca laju.
"Buku.BukuBaba.AbubukabukuBaba.BababukabukuAbu.IbubukabukuBaba.BobobukabukuAbu." bacanya dengan sekali nafas.
Junghwa memadang Jackson pelik. Yang pergi rap buat apa? Orang suruh baca.
"Ya Tuhan, lajunya kamu baca, Jackson." Junghwa menepuk dahinya. Jackson duduk di atas kerusi lalu berkata,
"Saya bersemangat cikgu!" Dia menggenggam penumbuknya. Sebagai tanda bersemangat bukan marah.
"Woi! Bukan baca macam tu lah." sampuk seorang pelajar lelaki lain, Lucas namanya.
YOU ARE READING
✅ Blue Lemon • JJK
FanfictionTergerak hati pasangan kekasih iaitu Han Junghwa dan Kang Daniel untuk berkunjung ke pasar malam. Pertemuan antara Junghwa dan Jeon Jungkook menjadi titik permulaan segalanya. Daniel sedaya upaya menghalang Junghwa daripada terus berjumpa dengan Ju...