21 ♡

113 26 287
                                    

Dua hari selepas kejadian yang tak dijangka di Nasi Ayam YoonMin, batang hidung Yoongi dan Jimin langsung tidak kelihatan

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Dua hari selepas kejadian yang tak dijangka di Nasi Ayam YoonMin, batang hidung Yoongi dan Jimin langsung tidak kelihatan. Terus menghilang. Ke manalah mereka pergi? Hidup ke? Mati ke? Berniaga di tempat lain ke?

Setelah orang kampung balik, Yoongi dan Jimin berlari lintang-pukang meninggalkan pasar malam itu. Sampai sekarang, tak nampak-nampak. Kelibat berkeliaran di kawasan pasar malam pun tak ada. Macam kena sorok bunian.

Jungkook memandang sayu ke arah gerai mereka. Kadang-kadang sunyi pula bila tak ada orang cari pasal dengannya. Walaupun selama ini Yoongi dan Jimin banyak berlaku jahat pada Jungkook, tapi, jauh di sudut hati Jungkook, dia masih ada rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mereka adik beradik.

Memang kesalahan dua beradik itu besar. Mencuri ayam penduduk kampung. Tapi, tindakan orang kampung memukul mereka, menghancurkan gerai mereka dan mencuri van mereka langsung tidak rasional.

Jungkook berniat untuk membantu mereka. Dia mahu membayar segala ganti rugi kepada orang kampung. Dia tidak kisah dengan jumlah wang yang perlu dibayar. Besar atau kecil nilai ganti rugi, Jungkook tetap mahu menolong Yoongi dan Jimin.

Pakcik Joon menepuk bahu Jungkook perlahan, Jungkook tersentak lalu memusingkan badannya menghadap Pakcik Joon yang selama ini dianggap seperti ayahnya sendiri.

"Kenapa Pakcik Joon?"

"Betul ke Kook nak bayar semua kat penduduk kampung tu?" soal Pakcik Joon. 

"Iyoooo. Kook tak main-main. Kook memang nak tolong Yoongi dan Jimin." kata Jungkook.

"Tapi Kook, Pakcik Joon dengar, ayam yang diorang curi tu, kalau dicampurkan, nilai wang dia besar. Kook mampu?" balas Pakcik Joon. Bukan dia mahu menghalang Jungkook daripada membantu Yoongi dan Jimin, tapi, dia risau jika Jungkook tak mampu bayar, Jungkook yang akan susah nanti.

Tak pasal-pasal nanti Jungkook yang kena pukul. Nanti siapa nak tolong Pakcik Joon di gerai nanti kalau Jungkook tak ada? 

"Tak apa, Pakcik Joon. Kook mampu. Kook boleh bayar." jawab Jungkook tenang.

"Kalau macam tu, Kook bantulah sejauh mana yang Kook mampu bayar. Kalau tak boleh atau rasa tak sedap hati, jangan paksa diri." pesan Pakcik Joon. Jungkook mengangguk faham.

"Okaylah, Pakcik Joon. Kook pergi ke kampung diorang tu dulu eh? Kalau larat, bancuh blue lemon lagi ataupun tunggu je la Kook. Biar Kook buat." kata Jungkook. Dia masuk ke dalam van.

Jungkook memandu vannya menuju ke kampung tersebut manakala Pakcik Joon sibuk mencari sebotol minyak anginnya. Tiba-tiba, badan berasa lenguh. Haih.

🍋

Van Jungkook dipandu keluar dari kampung. Segala ganti rugi sudah berjaya dibayarnya. Sebelum Jungkook membayar duit kepada penduduk kampung, Jungkook membuat satu perjanjian. Orang kampung bersetuju.

✅ Blue Lemon • JJKNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ