19 ♡

89 28 267
                                    

"Junghwa, kenapa susah sangat awak nak terima saya? Bertahun saya tunggu awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Junghwa, kenapa susah sangat awak nak terima saya? Bertahun saya tunggu awak. Kenapa awak masih fikirkan tentang Jungkook? Apa istimewanya dia kalau nak dibandingkan dengan saya?" kata Daniel sendirian. Tangannya memegang sekeping gambar Junghwa. Jari telunjuk mengusap pipi Junghwa dalam gambar itu.

"Tak apa, malam ni, saya akan bunuh orang yang kacau hubungan kita." tambah Daniel lagi.

Daniel meletakkan keretanya jauh dari sebuah rumah banglo. Kelihatan rumah itu sedikit cerah kerana lampu halaman rumah dihidupkan. Daniel memakai mask, kemudian dia keluar dari perut keretanya.

Daniel melangkah menuju ke rumah Jungkook sambil matanya memerhati sekeliling, bimbang jika ada orang nampak kehadirannya.

Pagar rumah Jungkook yang berkunci itu dipanjatnya. Dia tiada masa nak pecahkan mangga pagar itu. Lagipun, dia bukan ada peralatan lain. Dia cuma ada pisau lipat dalam poket seluarnya.

Daniel berjalan sambil menundukkan badannya. Dia menutup kepalanya dengan hoodie. Dia menghampiri tingkap di ruang tamu.

Nasibnya sangat bertuah kerana tingkap itu tidak berkunci. Daniel pantas membuka tingkap itu perlahan.

Tingkap itu dipanjat dan Daniel berjaya masuk ke dalam rumah Jungkook. Sekarang, tinggal mahu cari Jungkook dan tikam!

Sementara itu, Jungkook membuka pintu biliknya. Dia melangkah keluar dan menuju ke dapur. Tengah malam macam ini, tiba-tiba tekaknya berasa kering. Jungkook membuka peti ais untuk mengambil air minuman.

Susu pisang jenama Dutch Woman diambilnya. Gelas kosong dan bersih itu dicapainya, susu pisang dituang ke dalam gelas tersebut. Susu itu diteguknya rakus.

Tiba-tiba, Jungkook ternampak ada satu lembaga hitam menghampirinya perlahan melalui ekor mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiba-tiba, Jungkook ternampak ada satu lembaga hitam menghampirinya perlahan melalui ekor mata. Jungkook memusingkan badannya laju. 

Terkejut apabila ada seseorang berbaju hitam sedang menghalakan pisau ke arahnya. Jungkook menjerit.

"AAAAAAAA!! POLIS!! TOLONG!!" Jungkook mencapai penyapu berhampirannya dan mengetuk orang itu.

"Woi! Diam! Jangan panggil polis!" kata lelaki itu. Jungkook terus memukul lelaki itu sehingga lelaki itu meminta maaf. Dia mengangkat tangan tanda menyerah diri.

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now