28 ♡

24 11 0
                                    

Daniel memandu laju keretanya menuju ke tempat kerja

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Daniel memandu laju keretanya menuju ke tempat kerja. Fikirannya melayang memikirkan hal antara Junghwa dan Jungkook. Masa berbaki lagi seminggu sebelum perkahwinannya antara Junghwa dilangsungkan. Otaknya puas memikirkan hal untuk menyatukan Junghwa dan Jungkook semula.

Dia buntu. Jungkook sudah menyerah, Junghwa pun sama. Masing-masing tidak mahu mempertahankan cinta mereka sehinggalah mereka disahkan bercerai dalam mahkamah.

Daniel sudah tidak dapat membatalkan perkahwinannya dengan Junghwa lagi. Segala persiapan sudah pun siap. Kad jemputan sudah diedarkan kepada keluarga dan sahabat terdekat.

Tiba-tiba, telefon milik Daniel berdering. Pihak hospital menghubunginya. 

"Hello?"

"Hello, selamat sejahtera. Encik Daniel ke?"

"Ye saya."

"Boleh Encik datang ke hospital sekarang? Tentang hal Cik Yuna."

🍋

Angin bertiup lembut. Kepulan awan menutup matahari menyebabkan langit kelihatan mendung. Jungkook berdiri tegak, pandangan ditundukkan ke bawah. Matanya dipejam rapat. Menahan air matanya daripada jatuh. Tangan erat memegang sekuntum bunga. 

Beberapa orang mula beransur pergi, hanya tinggal Jungkook seorang yang masih setia berdiri. Seketika kemudian, Jungkook terdengar akan bunyi tapak kaki menghampirinya. Tanpa menoleh, dia tahu bahawa itu Junghwa dan Daniel.

Daniel memimpin tangan Junghwa dan berjalan menghampiri Jungkook. Mata Junghwa tepat memandang kubur rakan baiknya, Yuna. Riak wajahnya kosong. Mungkin masih menyimpan rasa benci terhadap Yuna, mungkin.

"Berani awak tunjuk muka di kubur bekas isteri saya, bekas kawan baik awak." kata Jungkook perlahan sambil mengetap gigi. Pantas Junghwa memandang Jungkook tajam. Tidak sangka Jungkook boleh berkata sedemikian. 

"Eh! Saya tak ingin la nak datang kalau bukan Daniel yang paksa!" balas Junghwa. 

"Junghwa!" tegur Daniel. Junghwa menjeling Daniel. 

"Junghwa, Yuna minta maaf pada awak. Dia kata dia tak sepatutnya sorokkan perkahwinan kami daripada pengetahuan awak. Sedangkan dia tahu yang saya masih lagi suami awak." kata Jungkook panjang. Junghwa hanya mendiamkan diri dam menggulingkan biji matanya tanda menyampah dan bosan.

"Untuk pengetahuan awak, saya berkahwin dengan Yuna sebab saya nak selamatkan dia daripada ayah tiri dia. Ayah tiri dia dera dia, pukul dia, curi duit dia. Awak tak tahu kan?" Jungkook tersenyum sinis. Tangan membelek sekuntum bunga yang dipegangnya daripada tadi.

"Saya jumpa Yuna dipukul oleh ayah tiri dia di satu lorong. Jadi, saya terus ambil dia sebagai isteri dia. Dengan niat nak selamatkan dia." Jungkook meneruskan lagi. Junghwa mula tidak senang hati. Betul ke apa yang Jungkook cakapkan ini?

✅ Blue Lemon • JJKDonde viven las historias. Descúbrelo ahora