22 ♡

150 27 252
                                    

Jungkook memandu perlahan vannya apabila tiba di sebuah kawasan perumahan

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Jungkook memandu perlahan vannya apabila tiba di sebuah kawasan perumahan. Berdasarkan alamat yang tertera pada kad identiti milik Jimin, dia berjaya ke rumah Yoongi dan Jimin.

Jungkook berhenti di hadapan sebuah rumah bernombor '1306'. "Betul ke ni rumahnya, Pakcik Joon?" soal Jungkook kepada Pakcik Joon.

Pakcik Joon menoleh ke arah rumah yang dipandang Jungkook. "Betul la agaknya. Cuba kita tanya." cadang Pakcik Joon. Mereka pun turun dari van mereka. Pintu rumah diketuk perlahan.

Tiada sahutan. 

Sekali lagi pintu diketuk. Kali ini lebih kuat daripada tadi.

"Ye sabarlah kejap!" 

Seketika kemudian, terpacul wajah Yoongi di muka pintu. Riak wajahnya terkejut dengan kehadiran Jungkook dan Pakcik Joon. Macam mana diorang boleh sampai sini?

Jungkook menilik wajah Yoongi. Wajahnya kelihatan bengkak, hujung bibirnya lebam, dahinya benjol dan pipinya masih ada kesan calar.

"Ju-Jungkook..." ucap Yoongi perlahan. Dia menundukkan wajahnya. Malu untuk bersemuka dengan Jungkook.

Mesti Jungkook gelakkan nasib mereka dua beradik. Tu la, dulu buat orang lagi.

"Yoongi, boleh kami datang melawat kau dan Jimin?" tanya Jungkook. Risau pula kalau Yoongi dan Jimin tak mahu jumpa sesiapa. Trauma.

Yoongi mengangguk. Dia membuka pintu rumahnya luas, memberi ruang kepada Jungkook dan Pakcik Joon masuk ke dalam rumah mereka. Jungkook dan Pakcik Joon melangkah masuk.

Kelihatan, Jimin sedang terbaring di atas tilam di hadapan televisyen, menonton Dora The Explorer. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Jungkook dan Pakcik Joon.

"Woi buta! Tu haa belakang kau la!" jerit Jimin sambil menunding jarinya ke arah belakang Dora

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Woi buta! Tu haa belakang kau la!" jerit Jimin sambil menunding jarinya ke arah belakang Dora.

"Boleh kamu semua beritahu saya? Di manakah jambatan ke kerajaan langit?" tanya Dora.

"Eee dia ni kang aku belikan cermin mata kang! Haaa." jawab Jimin. Dia bangun daripada baring. Wajahnya didekatkan pada kaca televisyen. Dia menggaru kepalanya kasar.

✅ Blue Lemon • JJKOù les histoires vivent. Découvrez maintenant