Balang air yang kosong diletakkan di atas meja. Tangan lelaki itu ligat mengelap isi dalam balang tersebut yang basah menggunakan kain berwarna perang. Baru saja habis mencuci. Kemudian, 2 sudu besar pewarna makanan biru dimasukkan.
Jeon Jungkook atau Kookie, meneruskan langkah membuat air blue lemon. Dia sudah biasa dengan kerjanya itu. Sejak 3 tahun lepas, dia sering berniaga di pasar malam pada setiap hari dengan menjual air blue lemon. Laku teruk!
"Ais dah sampai!" jerit seorang lelaki dalam lingkungan 50-an. Dia merupakan pembantu Jungkook sepanjang perniagaan blue lemonnya. Nama diberi Namjoonin. Biasanya orang panggil Pakcik Joon.
Jungkook memandang Pakcik Joon sekilas. Pakcik Joon segera membuka plastik air batu dan dimasukkan ke dalam tong ais berwarna oren. Sesekali dia mengurut bahagian belakangnya. Tua la katakan.
Tiba-tiba ada sebuah van putih datang dan berhenti di sebelah gerai Jungkook. Eh, bukan nak culik. Orang datang nak buka kedai.
YOU ARE READING
✅ Blue Lemon • JJK
FanfictionTergerak hati pasangan kekasih iaitu Han Junghwa dan Kang Daniel untuk berkunjung ke pasar malam. Pertemuan antara Junghwa dan Jeon Jungkook menjadi titik permulaan segalanya. Daniel sedaya upaya menghalang Junghwa daripada terus berjumpa dengan Ju...