27 ♡

46 14 26
                                    

Junghwa duduk di atas bangku yang telah disediakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Junghwa duduk di atas bangku yang telah disediakan. Hatinya berdebar-debar. Inilah keputusannya. Hal antara dia dan Jungkook akan dibicarakan di mahkamah.

Junghwa langsung tidak ada rasa kasihan pada Jungkook. Hatinya meronta-ronta untuk dilepaskan. Hanya sebab Jungkook berkahwin lain. Sedangkan dia hilang ingatan pada masa itu.

Sementara itu, Jungkook tidak berhenti berdoa dalam hati supaya semua ini dapat dibatalkan. Walaupun sebenarnya dia tahu yang semua ini sudah terlambat. 

Dia sudah beri keterangan kepada pihak berkuasa. Tapi, Junghwa yang tetap mahu dilepaskan walaupun sudah dinasihat oleh pihak mahkamah. Akhirnya, dalam keadaan terpaksa, Jungkook menurunkan tandatangannya.

"Dengan ini, saya mengesahkan Jeon Jungkook dan Han Junghwa telah bercerai atas persetujuan kedua-dua belah pihak serta surat akuan perkahwinan telah dibatalkan." Hakim mahkamah membacakan perintah pengesahan penceraian.

Akhirnya, Jungkook dan Junghwa tiada apa-apa ikatan lagi. Mereka telah berpisah. Jungkook menghela nafas panjang. Tanpa disedari, air mata menitis perlahan. Rambut dicengkamnya.

Sementara itu, Junghwa hanya terdiam. Dia tidak merasakan apa-apa perasaan. Jiwanya seolah-olah kosong. 

Junghwa memandang Jungkook sekilas. Kelihatan lelaki itu berasa sangat kesal, kecewa dan sedih. Junghwa menundukkan kepalanya.

Betul ke semua ini? Adakah dia dapat meneruskan hidupnya selepas ini? 

🍋

Pakcik Joon melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dia kini berada di hospital. Keadaannya semakin pulih sejak kejadian beberapa hari lepas. Timbul satu perasaan dalam hatinya. 

Rasa menyesal.

Menyesal kerana dendam yang dia simpan memakan dirinya.

Pakcik Joon mula rasa bersalah terhadap Jungkook dan Junghwa. Dia sudah berjaya menghancurkan hidup pasangan itu. Zalimnya dirinya.

"Kook, Pakcik Joon rindu Kook." ucap Pakcik Joon perlahan diiringi dengan air matanya.

Tidak lama kemudian, pintu wadnya dibuka. Yoongi dan Jimin menghampiri Pakcik Joon. "Pakcik Joon, jom. Pakcik Joon dah boleh keluar." kata Jimin. 

Pakcik Joon menoleh perlahan memandang ke arah dua orang anak muda itu. "Terima kasih." ucap Pakcik Joon lalu memeluk mereka dua beradik. 

"Pakcik Joon jangan la sedih lagi. Kitorang kan ada." kata Yoongi. Pakcik Joon melepaskan pelukan. Dia tersenyum kecil.

Yoongi mula mengangkat beg Pakcik Joon. Jimin memimpin Pakcik Joon dan melangkah keluar daripada wad itu. Semasa mereka bertiga sedang berjalan, Pakcik Joon bertanya,

"Jungkook tahu Pakcik Joon masuk hospital?" 

Jimin dan Yoongi memberhentikan langkah mereka. Mereka memandang antara satu sama lain. Perlahan-lahan mereka menganggukkan kepala. 

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now