7 ♡

125 40 228
                                    

Seperti biasa, Jungkook dan Pakcik Joon sibuk melayan pelanggannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seperti biasa, Jungkook dan Pakcik Joon sibuk melayan pelanggannya. Apa yang mereka suka dengan blue lemon, si pemilik kedai pun tak tahu. Mungkin mereka beli sebab kekacakkan Jungkook? Dan Pakcik Joon. Pakcik Joon pun handsome jugak.

"Alamak, cawan besar dah habis la." kata Jungkook kepada pelanggannya. 

"Oh, kalau macam tu, bagi yang dalam plastik ye?" balas pelanggan Jungkook. Dia mengangguk sambil tersenyum kecil.

Sementara itu, Jimin sibuk menyusun bungkusan nasi ayam di atas meja sambil tangan sebelah menghalau lalat. Yoongi pula sibuk memotong daging ayam. Sesekali Jimin menjeling ke arah Jungkook. Dia mengetap gigi. Bencinya!

"Alah! Air bukan sedap mana pun!" kata Jimin jahat sehinggakan Jungkook dan Pakcik Joon terdengar. Sengaja suara ditinggikan.

Haih adik-beradik ini. Ada saja benda yang mereka tidak puas hati. Dia rasa air itu pun tak lagi. Tiba-tiba cakap tak sedap. 

Jungkook berubah menjadi masam. Bukan badan dia yang masam, senyumannya. Penat dengan kerenah orang yang tak habis-habis dengki dengan perniagaannya.

Pakcik Joon segera menghampiri dua beradik syaiton itu. "Eh mulut jaga sikit eh? Jangan nak fitnah!" kata Pakcik Joon. Matanya memandang Jimin tajam.

Jimin terus terdiam. Dia pura-pura mengemas gerainya. Tahu takut!

Tiba-tiba, datang dua orang lelaki lembut ke gerai YoonMin. Salah seorang daripada mereka berbaju serba pink dan membawa payung pink. Seorang lagi serba hitam.

"Eh Sutun! Hobi!" tegur Jungkook riang. Sutun dan Hobi membalas senyuman Jungkook.

 Sutun dan Hobi membalas senyuman Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Kookie!" balas Hobi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai Kookie!" balas Hobi. Tangan lembutnya dilambai.

"Lama tak datang pasar malam. Busy ke?" tanya pula Pakcik Joon.

"Aah! Banyak pula tempahan baju kahwin. Sekarang ni musim kahwin kot." jawab Sutun. 

"Itulah, orang sibuk kahwin. Kau bila lagi?" gurau Pakcik Joon. Sutun tersenyum malu. Dia menekup wajahnya. Entah apa yang nak dimalukan.

"Pakcik Joon ni! Hehe, Pakcik Joon tanyalah Jungkook. Bila dia nak lamar saya?" jawabnya selamba. Jungkook terkejut tetapi dia masih mampu cover riak wajahnya. Dia memberikan senyuman kekok.

Lahh! Sutun crush kat dia rupanya!

Tiba-tiba, Yoongi dan Jimin tergelak besar. "HAHAHAHA! Woi pondan! Ada hati nak kahwin. Diri sendiri pun tak betul!" ejek Yoongi. Sutun menghentakkan kakinya.

Hobi menghempas payungnya. Lengan baju dilipat kasar sehingga hampir paras bahu. Jari telunjuknya ditujukan ke arah Yoongi. Yoongi memegang perutnya yang sakit akibat gelak berlebihan. Dia langsung tidak takut dengan pandangan tajam Hobi.

"Mulut kau tu dah tak nak pakai lagi ke?! Cakap baik sikit eh?! Macamlah korang tu baik sangat!" tengking Hobi dengan suara jantannya.

"Adoi! Eh, Hobi. Kau kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Dulu kau tak macam ni. Sejak kau berkawan dengan si Sutun ni la kau teruk dah sekarang." tanya Jimin panjang.

"Aah, keliru dengan jantina sendiri." selamba Yoongi berkata. 

Dahulunya, Hobi seorang jantan sejati. Dia seorang yang sangat kaya. Dia mengambil alih syarikat ayahnya sebab itu dia kaya. Tapi, sekarang hidupnya kembali sederhana. Dia bekerja bersama Sutun. Sama-sama memajukan butik baju kahwin hasil usaha mereka berdua.

Tapi, bukanlah sebab berkawan dengan Sutun, dia jadi lembut macam ini. Kata orang, dia jadi macam ini selepas dia putus tunang. Kesian.

"Eee! Jahatnya mulut cakap kita macam tu!" kata Sutun. Terluka hati dibuatnya. Selama dia hidup sebagai seorang yang lembut ini, semua orang memandang rendah kepadanya. Salah ke menjadi seorang lelaki lembut? 

"Alah kau ni sotong. Kitorang gurau je lah! Jangan sedih-sedih. Nah! Beli nasi ayam kitorang ni." pujuk pula si Jimin sambil tangan menghulur sebungkus nasi ayam.

Hobi dan Sutun menjeling Jimin dan Yoongi. Mulut dimuncungkan tanda merajuk.

"Tak nak! Hmmpphh!" jerit Hobi lembut. Dia menarik tangan Sutun dan berhenti di hadapan gerai Jungkook.

Yoongi menggenggam penumbuknya. Kalau ikut hati, mahu saja ditumbuknya sotong dua ekor itu. Ataupun kerat guna pisau pemotong dagingnya.

"Kurang ajar punya sotong pink. Siap kau nanti! Aku robohkan butik kau nanti haa baru tahu langit tu tinggi ke rendah." kata Yoongi. Dia menyepak bangku plastik berwarna putih. Apa dosa bangku tu? :(

🍋

Daniel berdiri tegak di sebalik van Jungkook. Dia menunggu masa saja. Giginya diketap kuat menahan geram dan amarah yang tersimpan dalam hati.

Sebaik saja Jungkook menghampiri vannya, Daniel bertindak pantas dengan menumbuk pipi Jungkook. Jungkook mengaduh sakit. Dia terbaring di atas jalan tar.

Daniel menundukkan sedikit badannya. Dia memandang Jungkook dengan pandangan sinis. Pipi Jungkook yang lebam itu diusik menggunakan kakinya. Baru puas hati dia!

"Aku dah cakapkan hari tu. Jangan dekat dengan Junghwa! Kau pekak ke?!" tengking Daniel. Jungkook hanya diam tidak berbunyi. 

"Sekali lagi aku nampak kau rapat dengan Junghwa, aku akan buat kau lagi teruk daripada ni! Faham tak?!" marah Daniel lagi kemudian dia berjalan pergi dari situ.

Jungkook duduk sambil tangan memegang pipinya yang lebam. Pakcik Joon yang baru saja tiba di van, segera menerpa ke arah Jungkook.

"Kook! Kenapa ni?" tanya Pakcik Joon. Pakcik Joon mula berpeluh-peluh. 

Jungkook tidak membalas. Dia berdiri dibantu oleh Pakcik Joon. Jungkook menghela nafas berat. 

🍋

Nah part 7!

Sian Kook kena tumbuk :( btw maceh yg vote + comment 🥺❤️

K bye nak makan megi kari

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now