3 ♡

113 44 67
                                    

Junghwa mengunci pagar Tadika Sepah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Junghwa mengunci pagar Tadika Sepah. Kemudian, kunci disimpan ke dalam beg tangannya. Yuna yang berdiri sebelah Junghwa, memandang tingkah laku Junghwa. Dia menepuk bahu Junghwa.

"Weh, aku gerak lu aa." kata Yuna. Junghwa mengangguk lalu berkata, "Kau tak nak tumpang aku ke?" pelawa Junghwa.

"Eh tak apa lah. Aku ada hal lain ni. Kau balik je." balas Yuna menolak pelawaan Junghwa. Junghwa hanya mengangguk.

"Okaylah kalau macam tu. Elok-elok jalan." pesan Junghwa. Yuna hanya tersenyum dan berlalu pergi dari situ, meninggalkan Junghwa keseorangan.

Junghwa berjalan ke arah keretanya. Kunci kereta dikeluarkan dan pintu dibuka. Belum sempat Junghwa masuk ke dalam kereta, ada sebuah kereta lain berhenti di hadapannya.

Junghwa menggulingkan biji matanya. Menyampah dengan pemandu itu. Dia mengeluh berat.

Pemandu itu keluar dari kereta kemudian menghampiri Junghwa. "Eh, awak naik kereta saya la." kata Daniel.

Daniel, Kang Daniel, merupakan boyfriend kepada Junghwa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Daniel, Kang Daniel, merupakan boyfriend kepada Junghwa. Dia seorang yang sangat suka mengongkong kehidupan Junghwa. Semua keputusan hidup Junghwa, dia yang buat. Sebab itu, Junghwa tak suka padanya. Dahulu, Daniel pernah menjadi ex-boyfriend kepada Junghwa. Sekarang, bersatu semula. Adoi.

"Aku tak nak la. Aku ada kereta kan?" kata Junghwa sedikit kasar. Dia masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

Belum sempat menutup pintu, Daniel menahannya. "Ah takde takde! Awak ikut saya." kata Daniel. Tangan Junghwa ditarik. Junghwa cuba menepisnya tetapi gagal.

"Eh apa ni tarik-tarik orang! Kau nak bawa aku pergi mana ha?" tanya Junghwa sambil mengusap pergelangan tangannya selepas dilepaskan oleh Daniel.

"Saya nak pergi pasar malam. Awak temanlah saya." kata Daniel lembut. Sekali lagi Junghwa mengeluh.

"Kau ni! Aku follow kau dari belakang." kata Junghwa malas. Dia cuba masuk semula ke dalam keretanya tetapi ditahan Daniel. "Tak, apa masalah kau ni?"

"Awak naik kereta saya." kata Daniel.

"Aku kan ada kereta sendiri. Kalau aku naik kereta kau, kereta aku ni nak biar je kat sini?" balas Junghwa lagi. Dia menyilangkan tangannya.

Susahlah hidupnya kalau ber-boyfriend-kan orang macam Daniel ini. Bukan Junghwa tak nak putus, Daniel yang menentang habis-habisan. Dia juga selalu ada di mana Junghwa berada. Macam bodyguard pun ada. Rimas Junghwa dibuatnya.

"Awak ni, kita pergi sana lepas tu datang sini balik. Haa awak nak balik dengan kereta buruk awak ni haa awak ambillah!" kata Daniel. Junghwa menolak bahu Daniel.

"Berani kau kata kereta aku buruk. Kau lagi buruk la!" tengking Junghwa. Daniel memeluk bahu Junghwa dan membawanya ke bahagian penumpang di sebelah pemandu.

"Awak jangan nak bebel banyak sangat eh? Saya lapar ni. Haa kang saya goreng awak kang! Tadika Sepah awak ni ada dapur en?" kata Daniel. Dia menolak Junghwa masuk ke dalam kereta kemudian pintu ditutup.

Sebaik saja Daniel masuk ke dalam kereta, Junghwa menengkingnya.

"Sebab ni la aku tak suka jadi girlfriend kau! Kau asyik paksa orang je! Ish!"

Tapi, Daniel hanya mengabaikan Junghwa. Sebabnya, bukan sekali dua Junghwa ucapkan yang dia benci pada Daniel. Malah, berkali-kali. Dia terus memecut laju menuju ke arah pasar malam yang tidak jauh dari sini.

🍋

Sabar cayang cayang cemua, lepas ni Junghwa jumpa Jungkook. 🤚🏼🍑🌚

Jangan lupa vote + comment ❤️

Oh sorry chapter ni pendek sikit pendek macam bikot ah k bye (;´༎ຶД༎ຶ')

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now