29 ♡

36 11 14
                                    

Jungkook duduk di atas sebuah titi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jungkook duduk di atas sebuah titi. Kakinya dibiarkan terhayun ke bawah. Sesekali, kakinya terkena air tasik yang tenang itu. Matanya menikmati pemandangan di sekitar tasik. Sedikit sebanyak dia berasa tenang.

Walaupun sebenarnya, sukar bagi Jungkook untuk melupakan Junghwa. Fikirannya melayang mengingati setiap kenangan manis yang mereka ukir, cipta, yang mereka lalui bersama. Tak lama lagi, dia akan mulakan hidup baru. Kenangan lama terpaksa dibuang jauh. 

Tangan kanan Jungkook menyeluk poket seluarnya. Sebentuk cincin berlian diletakkan ke atas tapak tangannya. Matanya menatap cincin tersebut.

Flashback

"Ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Jungkook kepada Daniel. Sebentar tadi, Daniel mengajak Jungkook untuk berjumpa di sebuah kafe. Macam ada hal penting.

Daniel tidak menjawab pertanyaan Jungkook. Dia cuba menjawab tapi entah kenapa dia tiba-tiba jadi gagap dan tidak senang duduk. Daniel menggaru kepalanya.

Dahi Jungkook berkerut. Dah kenapa budak ni?

"Daniel, sebelum aku rendam kau dalam blue lemon, baik bagitau kenapa nak jumpa aku cepat." gurau Jungkook. 

"Aku-- aishh. Jap!" Daniel mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya. 

Mata Jungkook terus terpaku pada cincin itu. Cincin itu, cincin perkahwinannya dengan Junghwa. Macam mana boleh ada pada Daniel?

Daniel meletakkan cincin itu di atas meja. "Junghwa suruh aku bagi kat kau." kata Daniel perlahan, seolah-olah tidak sampai hati.

Jungkook mengangguk. Dia faham, mereka sudah bercerai. Jadi, buat apa Junghwa simpan cincin perkahwinan mereka lagi. 

"Aku minta maaf, Kook. Aku tak dapat nak tunaikan janji aku. Aku dah cuba pujuk dia." kata Daniel. Jungkook tersenyum kecil.

"Kau jaga dia baik-baik ye? Dulu aku biarkan dia sorang-sorang sampai 4 tahun. Tak ada siapa jaga dia." balas Jungkook sayu. 

Daniel memandang Jungkook. Jelas di mata Jungkook penuh perasaan kecewa. 

"Kau akan pergi mana lepas ni?" tanya Daniel setelah lama mereka berdua diam tak berbicara.

"Aku? Hmmm. Cari bini baru kot." jawab Jungkook dengan gurauan. Daniel tergelak kecil. Walaupun dia tahu, Jungkook akan sukar untuk melupakan Junghwa.

End of Flashback

Jungkook tersenyum hambar. Cincin itu sudah tidak bermakna lagi dalam hidupnya.

Dia teringat akan peristiwa di mana dia melamar Junghwa untuk menjadi isterinya. Bagi Jungkook, peristiwa itu bila diingatkan, pasti akan membuat Jungkook berasa sangat bahagia. 

Jungkook mengelap air matanya yang menitis. Tiba-tiba, fikirannya teringat akan tarikh hari ini. Tarikh yang penting bagi Junghwa dan Daniel.

Ikutkan sebenarnya, Jungkook patut hadir ke majlis mereka kerana dia dijemput. Tapi, dia tak mampu. Hatinya terlampau sakit. Dia tak mahu melihat orang yang dia sayang menjadi hak milik orang lain. Sebenarnya, Jungkook tak maksudkan pun yang dia sudah tawar hati dengan Junghwa. Dia masih lagi sayangkan Junghwa.

Jungkook menghela nafas berat. Dia merenung lama air tasik yang tenang. Dia bersuara, "Selamat tinggal, Junghwa." 

Jungkook berdiri. Cincin yang dipegangnya tadi diletakkan di atas titi. Lama cincin itu ditatap sebelum dia berlalu pergi dari situ. Meninggalkan cincin itu dengan kenangan silamnya bersama Junghwa.

🍋

Junghwa bangun menghampiri sebuah kotak yang diletakkan di atas lantai. Tangan memegang kain gaun kahwinnya yang labuh supaya dia mudah untuk berjalan. Dia duduk di sebelah kotak tersebut.

Kotak itu digunting talinya. Kemudian, sebuah bingkai gambar diambilnya. Gambar Junghwa dan Jungkook sebelum mereka berkahwin dulu. Jari Junghwa mengusap gambar Jungkook. Perlahan-lahan air mata Junghwa menitis.

 Perlahan-lahan air mata Junghwa menitis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(TAH LA JUMPA KAT GOOGLE)

Hari ini merupakan hari yang sepatutnya bahagia bagi dia. Lagi beberapa jam, dia akan berkahwin dengan Daniel. Tapi, Junghwa rasa kosong. 

Junghwa menumbuk pahanya yang berlapik dengan gaun putih berulang kali. Tangisannya kuat. Dia menyesal kerana memilih jalan untuk berpisah dengan Jungkook. Dia sepatutnya dengar penjelasan Jungkook terlebih dahulu. 

Tetapi, semuanya sudah terlampau jauh. Dia tidak boleh membetulkan keadaan lagi. Hari yang dia mahukan sudah tiba. 

Semua ini takdir hidupnya. Jodoh dia dan Jungkook tidak panjang.

Junghwa memeluk gambar itu erat. Air mata tidak berhenti mengalir.

Tanpa Junghwa sedar, Daniel mengintainya di sebalik pintu. Daniel mengeluh perlahan.

🍋

YEAY JUNGHWA DAH NAK KAHWIN DENGAN DANIEL!

JANGAN LUPA VOTE + COMMENT HOHOHOHOHOOH.

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now