6 ♡

119 38 171
                                    

Junghwa berdiri di hadapan cermin panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Junghwa berdiri di hadapan cermin panjang. Sikat di atas almari diambil lalu rambut panjangnya disikat perlahan. Hari ini hari Sabtu. Memang setiap hari Sabtu dan Ahad, Tadika Sepah akan tutup. Jadi, Junghwa merancang untuk keluar membeli barang dapur bersama rakan baiknya, Yuna.

Tiba-tiba, telefon pintar milik Junghwa berdering tanda ada pemanggil. Junghwa pantas mengambilnya kerana dia ingatkan si pemanggil itu Yuna. Tapi, Daniel.

Junghwa dengan malasnya, menjawab panggilan tersebut. Daniel disapa kasar.

"Kau nak apa?!" Sebenarnya, Junghwa masih marah pada sikap Daniel semasa kes di pasar malam tempoh hari. Yelah, biadap sangat dengan Jungkook. Bukannya Jungkook itu ajak couple pun. Tapi, kalau ajak pun bagus.

"Lah, marah-marah ni kenapa? Tak boleh cakap elok-elok dengan bakal suami?" tanya Daniel.

"Cakap je la. Aku lambat dah ni!" tengking Junghwa. Menyampah layan perangai jantan macam ni.

"Lambat apa pulak? Saya baru nak ajak awak keluar ni. Dah lama kita tak date." balas Daniel.

Junghwa pantas menolak, "Eh takde takde. Aku nak keluar dengan Yuna! Beli barang dapur."

"Tak payah. Call dia cakap tak jadi, kita beli sama-sama!" paksa Daniel.

Junghwa membantah, "Aku tak nak lah! Aku rimas la 24 jam berkepit dengan kau!" Junghwa mematikan panggilan. Telefonnya dicampak atas katil.

Ada ke patut dia suruh cancel? Junghwa sudah berjanji dengan Yuna yang mereka mahu keluar sama-sama. Memang tidaklah nak batalkan hanya sebab boyfriend tak guna dia tu.

Junghwa segera keluar daripada biliknya. Sebelum dia keluar, sempat matanya memandang ke arah sebuah bingkai gambar yang kecil. Bingkai itu terletak di atas rak televisyen. Junghwa tersenyum kecil. Tiba-tiba hatinya rindu akan momen dalam gambar tersebut.

Junghwa mengeluh kecil. Dia berjalan keluar dari rumahnya. Kasut diambil dari dalam rak dan disarungnya. Junghwa masuk ke dalam keretanya. Dia mahu mengambil Yuna kemudian baru ke pasaraya.

🍋

Jungkook memasukkan duit syiling 50 sen. Rantai yang mengunci troli dicabutnya. Kemudian, troli ditolak masuk ke dalam pasaraya kawan Nobita, Giant.

Hari ini, dia mahu membeli segala bahan untuk membuat blue lemon. Kata Pakcik Joon, ada barang yang sudah pun habis. Tapi, Pakcik Joon tidak ikut Jungkook ke pasaraya. Katanya ada hal.

Alah, dia mahu berbual dengan jiran merangkap crushnya, Mak Jinah. Jungkook tergelak kecil bila teringat akan hal itu. Sudah tua pun masih lagi mahu bercinta. Kubur sudah memanggil.

Jungkook ke bahagian rak air botol. Ais krim soda dicarinya. Tapi, tinggal 2 botol saja. Kebetulan, ada pekerja di situ. Jungkook memanggilnya.

"Kak, ais krim soda ada stok lagi?" soalnya. Pekerja itu menoleh ke arah Jungkook lalu menghampiri lelaki kacak itu.

✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now