10 ♡

103 33 219
                                    

Hujan turun dengan lebat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hujan turun dengan lebat. Tidak lupa, guruh saling berdentum di langit yang mendung. Pengunjung pasar malam pada hari ini sangat sedikit dan jarang berbanding dengan hari pada cuaca biasa. Mungkin sebab hujan terlampau lebat.

Walaupun hujan lebat, peniaga di pasar malam itu tidak putus berniaga demi mencari rezeki. Biarlah hujan dan ribut sekali pun, mereka tetap berniaga.

Blue Lemon Kookie menerima ramai juga pengunjungnya. Tapi, tak berapa ramai seperti sebelum ini. Nasi Ayam Yoonmin, heh! Sepi, sunyi, sendu. Tak ada pelanggan langsung.

Itulah, buat jahat dengan orang lagi.

Ingatan Jungkook teringat pada Junghwa. Dia rasa bersalah pula tinggalkan Junghwa di tasik tempoh hari. Tinggalkan dia keseorangan pula tu! Sejak hari itu, Junghwa tak datang lagi ke gerainya. 

Junghwa marah ke? Sebab tak setuju dengan keputusan Junghwa?

Betul la! Kalau Jungkook kahwin dengan Junghwa, jalan ceritanya tetap sama. Mereka takkan bahagia pun sebab Daniel akan datang mengganggu mereka. Silap-silap, Jungkook kena bunuh dengan Daniel.

Jungkook mengusap tubuhnya. Sejuk. Tubuh badannya terkena tempias air hujan. Matanya memandang langit yang menangis. Dia menghela nafas panjang.

Pakcik Joon memanggil Jungkook. "Jungkook, air nak tambah lagi ke?" soalnya.

Jungkook menggeleng. "Tak payah. Hari ni tak ramai orang yang datang." balas Jungkook. Tak ramai datang pun, habislah juga sebalang air.

Tak macam kedai sebelah, nasi ayam yang dihidangkan langsung tak ada orang beli. Kesian. 

Eh tapi ada jugalah yang sudi datang singgah.

Siapa?

Lalat.

"Weh, kita balik je la." kata Jimin pada Yoongi. Yoongi yang menongkat dagu, hampir tertidur menunggu pelanggan, tersentak.

"Sekejap la..." balas Yoongi malas.

"Sekejap amende? Tak ada orang pun nak beli!" marah Jimin. Dia mula membungkus nasi ayamnya dan dimasukkan ke dalam bakul. Yoongi hanya diam tidak membalas. Cuaca sejuk macam ini, memang dia senang untuk tidur.

Tiba-tiba, datang seorang wanita jelita ke gerai mereka. Pinggangnya ramping, rambut lembutnya paras bahu, payung dipegang erat. Pakcik Joon daripada duduk di atas bangku kayu, terus berdiri menghampiri pelanggannya itu. Senyuman di bibir mula terukir. Matanya lekat memandang ke arah wanita.

"Eh! Mak Jinah!" sapa Jungkook dengan riang.

"Eh! Mak Jinah!" sapa Jungkook dengan riang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✅ Blue Lemon • JJKWhere stories live. Discover now