Dahyun menggaru-garu kepalanya yang dilapik dengan tudung. Fikirannya semakin hari semakin serabut. Eunwoo, suaminya sejak 20 tahun dulu, memandang Dahyun yang dengan riak wajah hairan.
Entah apalah isterinya itu fikirkan. Sejak dua tiga bulan ini, tak senang duduk dibuatnya.
"Cik Dahyun oi! Fikir apa tu? Saya tengok awak ni macam serabut je." kata si suami yang sedang mencuci motosikal.
"Abang! Abang tak perasan ke?! Reban ayam kita ni makin lama ayamnya makin sikit." Dahyun menghampiri Eunwoo. Kain yang disidainya, diletakkan semula ke dalam bakul.
"Itulah, abang pun perasan. Bukan reban kita je, reban seluruh orang kampung ni pun ayamnya banyak hilang. Anak ayam je yang tinggal." Eunwoo bercakap sambil mengangguk. Dia sambung menyental tayar motosikalnya menggunakan spongebob.
"Hmm, siapalah yang curi ayam kita semua ni ye?" soal Dahyun pada dirinya sendiri.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki memakirkan motosikalnya di hadapan rumah Dahyun dan Eunwoo. Wajahnya jelas menampakkan dia ada hal penting yang perlu diberitahu. Kamera yang terletak dalam bakul motosikal diambilnya.
"Huh! Huh! Makcik Dahyun! Pakcik Eunwoo! Saya ada benda nak bagitau ni!" kata Taeyong yang dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ada apa?" tanya Eunwoo.
YOU ARE READING
✅ Blue Lemon • JJK
FanfictionTergerak hati pasangan kekasih iaitu Han Junghwa dan Kang Daniel untuk berkunjung ke pasar malam. Pertemuan antara Junghwa dan Jeon Jungkook menjadi titik permulaan segalanya. Daniel sedaya upaya menghalang Junghwa daripada terus berjumpa dengan Ju...