Qistina merupakan seorang gadis yang ditinggalkan oleh ibu bapanya sedari kecil. Membesar di bawah jagaan atuk dan neneknya menjadikan dia seorang yang pandai berdikari. Kehidupannya dirasakan indah sehinggalah dia menerima pesanan dari seseorang yang tidak dikenalinya. From : Unknown, 1.25 p.m. Qis, I really think that you should make your way to Wood & Steel Damansara. A 'good' drama is happening right now. Qistina tidak menyangka pesanan yang diterima dari penyampai misteri itu merubah segala-galanya. Hubungannya dengan kekasihnya Afwan retak. Dia juga tidak menyangka hatinya begitu mudah menyenangi dan menerima bait-bait manis si dia. Di saat hatinya sudah jatuh hati, dia mula berperang dengan kisah silam sendiri. Dia tidak mahu penyampai misteri itu menjauhkan diri. Dalam pada masa yang sama, dia juga tidak mahu dirinya ditinggalkan sekali lagi. Pergelutan dengan cinta dan kisah silamnya dihebatkan dengan kemunculan kembali mama dan papanya, serta seorang perempuan berusia 17 tahun dipercayai adik kandungnya. Mampukah Qistina menghadapi semua dugaan yang menimpanya serta mempertahankan cintanya? ---------- Best Wattpad Achievement: #56 in Romance
33 parts