Bab 21.1 : Psiko

1.5K 80 24
                                    

Qistina bertenggek di salah satu batu yang pernah menjadi tempatnya bertenggek ketika kecil dahulu. Batu yang sama ketika Azri dan Dalilah buat-buat lemas dahulu.

Hari ini sepatutnya hari yang menggembirakan untuknya. Tetapi, segala-galanya tidak seperti yang dibayangkan. Hatinya sedang terguris melihat kemesraan yang ditunjukkan Azri dan Raisya. Ataupun, Azri sebenarnya hanya biasa-biasa sahaja. Namun dia tahu, Raisya sengaja mahu menyakitkan hatinya.

Akan tetapi, untuk apa? Bukankah dia sudah mempunyai Afwan dan bakal berkahwin tidak lama lagi? Adakah kehadiran Raisya dalam hidupnya hanya untuk merampas orang-orang yang disayanginya?

Azri yang menyedari keadaan Qistina, meninggalkan Raisya yang sedang leka bermain di tengah jeram dan menghampiri gadis itu dari sebelah kirinya.

"Qis, kenapa duk kat tepi je? You okey?" soal Azri pelik dengan kemurungan gadis itu.

Qistina tersenyum nipis. "Tak ada apa. Pergilah main air sana."

"Jangan tipu I la Qis. I tahu you tak okey."

"Kalau dah tahu, kenapa tanya?" soal Qistina sinis. Dia melemparkan pandangan ke tengah jeram, memandang Raisya yang sedang menuju ke arah mereka. Tak habis-habis nak menyibuk.

Azri mengeluh. "Okey tell me. Apa yang buat you tak okey?"

Qistina jungkit bahu. Dia mengambil keputusan untuk bangkit dan berlalu dari situ. Lagi lama dia menunggu, lagi lama hatinya akan terluka.

"You nak pergi mana tu?"

"Nak balik," jawabnya dingin.

"Kejap, I ajak Raisya balik sekali eh?" cadangnya sudah bersedia berpatah balik ke jeram untuk memanggil Raisya.

Hati Qistina makin sakit. Bibirnya diketap menahan geram. Dalam keadaan dia merajuk begini pun Azri masih lagi mementingkan Raisya.

"Tak payah. I boleh balik sendiri," ujarnya geram dan memulakan langkah.

Raisya yang separuh badannya sudah basah ketika bermain air tadi sudah berdiri di sisi Azri. Dia hanya melihat Qistina berlalu pergi tanpa perasaan.

"Kenapa tu abang?" soal Raisya, menyibuk.

Azri menggelengkan kepalanya. "Entah. Tak tahu. Jomlah balik. Karang ibu tanya pulak kenapa Qis balik sorang-sorang."

Raisya merangkul lengan Azri. "Ala abang. Adik baru je dapat main air. Kita balik kejap nanti la eh?" pujuknya, manja.

Azri melepaskan tangan Raisya dan mendengus kasar. "Stop it, Raisya. Setahu abang, kita tak pernah rapat macam ni pun."

Raisya menjeling. "Abang lupa ke apa yang dah jadi?"

Azri mengerutkan dahi. "Apa yang Raisya mengarut ni? Apa yang dah jadi?"

Tawa Raisya meletus. Dia berpeluk tubuh. "Come on, abang. Serius ke yang abang tak ingat langsung? Lelaki jenis apa abang ni? Dah buat sesuatu tapi tak mengaku?"

Kerutan di dahi Azri semakin jelas. "What kind of nonsense you are talking about, Raisya? Dah la. Abang nak balik. Kalau Raisya nak main air, pergi main sorang-sorang."

Azri berlalu pergi meninggalkan Raisya di tepi jeram seorang diri. Dia mahu mengejar Qistina yang sudah berada jauh di hadapan.

Melihat kedua-duanya telah hilang di pandangan, Raisya mencengkam sisi bajunya tanda geram.

"Arghhhhh!!!!" jeritnya sekuat hati melepaskan geram. Dia berlari ke tengah jeram kembali. Menampar-nampar air itu tanpa tujuan.

"Aku akan pastikan kau bertanggungjawab!"

💘💘💘

"Eh, Qis? Azri? Cepat balik. Raisya mana?" soal Puan Suraya sambil tercari-cari kelibat Raisya.

Azri dan Qistina berpandangan sesama sendiri. Tiada jawapan yang dapat difikirkan ketika ini.

"Qis nak masuk mandi dulu, ibu. Panas la pulak," ujar Qistina meminta diri. Dia tidak mahu terbeban dengan soalan itu. Azri pula sedari tadi tidak henti-henti merenungnya.

Puan Suraya mengangguk kepalanya tanda faham. "Okey, masuk la. Nanti ibu gorengkan pisang untuk minum petang. Qis pergi rehat-rehat dulu. Dari tadi balik tak sempat rehat kan?"

Qistina paksa bibirnya mengukirkan senyuman dan memboloskan diri ke dalam. Dia dengan segera menuju ke bilik meninggalkan Puan Suraya dan Azri di hadapan pintu.

"Abang pun nak masuk mandi la, bu. Nak rest kejap," ujar Azri yang turut sama meminta diri.

"Okey. Tapi duduk kejap. Ibu nak cakap sikit," ujar Puan Suraya seperti arahan.

Azri meneguk air liur yang dirasakan kelat. "Aaa. Okey."

Puan Suraya menuju ke ruang tamu dibuntuti Azri. Kedua-duanya mengambil tempat duduk di atas sofa ruang tamu, bertentangan antara satu sama lain.

"Abang dengan Qis gaduh ke?" soal Puan Suraya.

Beban dibahu Azri bertambah dua kali ganda. Pertama, Qistina merajuk dengannya. Kedua, soalan Puan Suraya yang tak ada belok-belok. Lagaknya macam polis.

"Eh, mana ada. Memandai je ibu ni," nafi Azri.

"Yeke? Habis tu kenapa muncung Qis panjang macam itik?"

Aduh, ibu perasan la pulak! Nak jawab apa ni? "Qis yang muncung, kenapa ibu tanya abang pulak?"

"Eh, melawan pulak dia. Nak ibu merajuk sekali ke?" ugut Puan Suraya sengaja mahu buat anaknya berasa serba salah.

Azri jadi gelabah. "Ala, ibu ni. Mana aci main ugut-ugut macam ni."

"Habis tu, jawab la ibu tanya baik-baik ni."

Nafas lelaki itu ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya dan dari mana mahu memulakan bicara.

"Entah la. Abang pun tak tahu nak cakap macam mana. Sampai je dekat jeram tadi, Qis langsung tak turun main air. Duk kat tepi je. Bila abang tanya, dia buat muka monyok dia tu la. Mana abang nak tahu dia merajuk sebab apa kalau dia tak cakap. Abang bukannya terer macam ibu. Sekali tengok je dah tahu," jelas Azri, jujur.

"Tapi tak kan la abang tak dapat tangkap langsung kenapa?"

Azri berfikir seketika. "Hm... Dia jeles kot tengok Raisya gedik-gedik dengan abang."

Puan Suraya terdiam. Dia bukannya tak perasan layanan yang diberikan Raisya pada Azri. Dia cuma tidak mahu bersangka buruk.

"Raisya tu memang rapat dengan abang dari dulu ke?" soal Puan Suraya walaupun dia sudah dapat mengagak jawapannya.

"Ibu tengok sendiri kan macam mana abang layan Raisya dulu? Mana ada rapat. Dia je yang sibuk-sibuk nak main sama-sama."

"Abang jangan la tolak Raisya tu sangat. Karang lain pulak jadinya," nasihat Puan Suraya mengambil berat.

"Tapi kalau abang tak tolak, tengok la apa yang jadi dengan Qis tu. Merajuk tak sudah. Dah la susah nak pujuk dia tu."

Puan Suraya mengangguk faham. "Hm... Tak apalah. Abang pergi rehat dulu. Ibu nak masuk dapur jap. Nak siapkan makan petang."

💘💘💘

Macam mana puasa pertama? Is it great and bearable?

Selamat berbuka puasa nanti!

Tata!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

❤️ Lara QistinaWhere stories live. Discover now