Bab 18.1 : Balik

746 49 3
                                    

Qistina sedang ralit menonton televisyen - atau lebih tepat lagi sedang ralit melihat wajah Azri yang sedang disiarkan di kaca televisyen. Dia langsung tidak menyangka lelaki yang pernah menghuni hatinya itu sebenarnya yang mencipta perisian Aria Specialist. Kejayaannya sudah lama menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Hanya dia sahaja yang masih duduk di dalam gua; jarang menonton berita di televisyen.

"Amboi, seronok ke tengok boyfriend dalam tv?" tegur Dalilah yang sedang menuruni tangga. Rambutnya masih basah menandakan dia baru sahaja usai mandi.

Qistina mencemik. "Dah itu yang dia nak tunjuk. Apa lagi yang aku nak tengok?"

Dalilah tertawa. "Ha ha! Kau tahu tak yang orang dah cipta remote? Kau tahu tak yang kegunaan remote tu untuk tukar channel?" usiknya.

Wajah Qistina merona merah. Bibirnya diketap geram. Amboi, seronok eh kau usik aku! Kau tunggu la aku balas dendam nanti! "Malas la nak layan kau ni. Ha tadi tu, seronok dating sampai lupa kawan?"

Dalilah tersengih. Fikirannya menerawang ke peristiwa siang tadi. Dia dan Ashraff sudah berpakat mahu meninggalkan Qistina dan Azri berdua-duaan. Fikir mereka, cara itu sahaja yang dapat menemukan mereka berdua dalam usaha memulihkan hubungan mereka.

"Sorry la, babe. Kau tahu kan yang aku tak ada niat jahat?"

"Hm... Memang la tak ada niat jahat. Tapi kau tahu kan yang aku still marahkan dia?"

Dalilah terdiam. Perasaan serba salah menyelubungi dirinya. "Em... Aku tahu. Tapi aku kesiankan dia."

Qistina tergelak kecil. Wajah bersalah Dalilah menggelikan hatinya. "It's okay la babe. Nak marah pun tak guna jugak. Benda dah jadi pun kan? Yang penting sekarang, kau kena tolong aku."

Dahi Dalilah berkerut. "Tolong? Tolong apa?"

"Tolong buat aku suka dia balik."

Mata Dalilah membulat. "Kau serius ni?"

Qistina mengangguk kepalanya. Senyuman malu terukir di bibir.

"OMG! Boleh sangat! Tapi macam mana aku nak tolong kau ni?"

"Entah la." Qistina jungkit bahu. "Kau kan kenal Ayie. Kau mesti tahu buruk baik dia kan?"

"Tapi, kalau aku cerita yang buruk pasal dia kat kau, nanti kau tak suka dia pulak."

Qistina senyum senget. "Alah, apa yang dia buat kat aku tu pun dah buruk dah. Apa je lagi yang aku tak boleh terima?"

"Okey okey. Macam ni, apa kata kau balik jumpa ibu dulu?"

"Ibu?" Dahi Qistina berkerut. Seketika kemudian dia dapat menangkap maksud Dalilah. "Maknanya kau nak aku re-develop rasa suka tu dengan stay rumah ibu?"

Dalilah mengangguk. "Pandai pun! Kan banyak kenangan kau dengan dia kat sana. Mana tau dengan reminiscing old times, kau akan suka dia balik?"

Qistina berfikir sejenak. Senyumannya melebar. "So, aku kena bagitahu Ayie la kan?"

💘💘💘

"I nak lawat ibu," beritahu Qistina.

"Wait? Are you serious? Gosh, ibu mesti happy!" balas Azri teruja. Dia tidak menjangka bahawa Qistina akan mengambil keputusan sedrastik itu.

"Ha ah. In fact, I nak stay sana teman ibu."

Kali ini Azri semakin teruja. Dia melompat bangun dari katil. "Serious? Bila?"

"I nak selesaikan beberapa perkara dulu. Lepas semuanya dah okey, I balik sana. Maybe hujung minggu ni?"

"I tak sabar nak beritahu ibu!"

Qistina tergelak kecil mendengar keterujaan nada suara Azri. Tidak ubah seperti kanak-kanak kecil yang baru sahaja dapat mainan baru.

"Please don't tell her yet. I want it to be a surprise."

"Ha ha! Okey, I faham. Nak I ikut sekali balik sana?"

"Terpulang la. I tak kisah pun."

Azri tersengih. Jawapan Qistina menunjukkan dia tidak menolaknya seperti sebelum ini. "Kalau macam tu, I ikut you balik. Or you nak naik kereta I?"

"Eh, takpe, takpe. I ingat nak stay around 2 weeks macam tu."

"2 weeks? Lamanya. You tak payah pergi kerja ke?"

Qistina terdiam. Dia hampir terlupa bahawa Azri masih lagi tidak mengetahui tentang perancangannya untuk ke Australia. Dia tidak bersedia untuk bercakap tentang itu. Saat manis ini tidak seharusnya dimusnahkan.

"Qis? Are you still on the line?"

"Yes, yes." Cepat-cepat Qistina menjawab. "I nak habiskan annual leave tahun lepas. Lagi pun, I dah lama tak jenguk ibu. So untuk kurangkan rasa serba salah I, I decided to spend my 2 weeks of holiday with her. In a meanwhile, boleh I jalan-jalan kat kampung."

"Sounds like a plan to me. Nanti I temankan you jalan-jalan. Or you boleh anggap I macam bodyguard. My job is to keep you safe and sound."

Qistina tersenyum. Dia sedang membayangkan momen-momennya di kampung halamannya nanti. Dua minggu di sana bermaksud, dia hanya mempunyai lagi satu minggu sebelum ke Australia. Masa itu akan digunakan sebaik-baiknya untuk perbaiki hubungannya dengan Azri dan juga ibu.

"Well, I okey je. Tapi jangan mengeluh pulak kalau I mintak macam-macam," duga Qistina.

"I don't mind, Qis." As long as you're willing to be by my side. Ayat terakhir itu merupakan ayat yang sempat diluahkan di dalam hati lelaki itu sahaja. Dia tidak mahu dituduh terlalu tergesa-gesa dan mendesak.

💘💘💘

Sis harap sangat yang Qis akan terima Azri dengan sepenuh hatinya balik.

Sorry, lambat. Jangan marah sis please! Hehe

Tata!

❤️ Lara QistinaWhere stories live. Discover now