Bab 17.1 : Syarat

727 52 6
                                    

Qistina terpana. Soalan yang ditujukan kepadanya tidak dapat diproses. Dia memandang mata Azri sekilas lalu. Kemudian, pandangannya dibuang ke luar.

"Pardon. Apa you tanya tadi? I tak dengar," ujar Qistina. Masih lagi dingin.

Azri tersenyum. Mulut kecil itu akhirnya bergerak juga. Dingin atau tidak, yang penting dia dapat mendengar suara Qistina. Rindunya pada gadis itu mengatasi segala-galanya.

"Abang tanya, Qis masih marahkan abang lagi?"

Qistina buat muka. Mulutnya terkumat-kamit. Soalan apa yang dia tanya ni? Budak kecik pun boleh fikir la apa yang aku rasa!

"Bebel apa tu? Kalau nak bebel, bebel dekat telinga abang. Baru la real," tegur Azri. Badannya dimajukan ke hadapan, mahu mendengar bebelan gadis itu.

Mata Qistina mengecil. "Jangan bahasakan diri you tu abang boleh tak? I geli la!" marahnya perlahan. Dia tidak mahu seluruh pelanggan Dip 'n' Dip mendengari perbualan mereka.

"Tapi, kan Qis panggil abang ni abang dulu-dulu. Qis dah lupa?" Nada suara Azri kedengaran kecewa.

Qistina menjungkit bahu dan menjuihkan bibirnya. Hatinya puas dapat menghamburkan kemarahannya. Biar Azri apa yang dia rasa bertahun-tahun yang dulu. Hatinya bukan untuk dipermainkan! "Dulu-dulu dah habis. Sekarang, you bukan abang I. So, stop bahasakan diri you abang or else, I balik." Qistina sempat mengugut.

Azri mengeluh perlahan. Dia tiada pilihan lain selain daripada mengikut rentak Qistina. Jika itu mampu mengurangkan rajuknya, dia rela berbuat apa sahaja. "Baiklah. Forget about abang. Asalkan you happy dan maafkan I."

Qistina tergelak sinis. Dia tak sangka yang Azri akan mengalah sebegitu pantas. "I tak kata pun yang I akan maafkan you?"

Moral Azri merudum lebih jauh. Keras betul hati gadis itu. "Okey. Kalau you tak nak maafkan I, tak apa. Tapi, I nak letak satu syarat."

Eh, nak main letak-letak syarat pulak! Dia ingat aku ni dia punya ke? omel Qistina tidak puas hati.

"Ha, apa dia?"

"Kalau I dapat buat you sayangkan I balik dalam masa sebulan, you kena kahwin dengan I. Okey?"

"What?!" Qistina terjerit kecil kerana terkejut. Tangannya tertepuk meja di hadapannya kuat.

Serentak dengan itu, pelayan serta pelanggan-pelanggan di restoran itu memandang mereka sekilas. Kemudian, mereka kembali menyambung hal masing-masing yang tergendala.

Qistina pula memarahi dirinya kerana tidak berjaya mengawal perasaan di hadapan khalayak ramai.

Salah Azri jugalah cuba nak letak syarat yang entah apa-apa. Dia ingat kahwin ini hal yang boleh dibawa main?

"Nonsensenya you ni. You sedar tak yang syarat you ni berat sebelah?" komen Qistina tidak puas hati.

Azri tersengih. "Kenapa pulak berat sebelah? Sebab you memang sayang I eh?" usik Azri.

Qistina mengetap bibirnya. Dia tahu dia sedang kalah. "Berat sebelah sebab tak adil kalau you sorang je yang letakkan syarat. Kalau you nak letak syarat, I pun ada hak untuk letakkan syarat."

"Okay, go on. Letakkan syarat you."

"Kalau dalam masa sebulan you tak dapat buat I sayangkan you, jangan cari I lagi," ujar Qistina tegas.

Kali ini Azri pula terdiam. Dia tidak tahu syarat itu mampu diikutinya atau tidak. Tidak mungkin dia mampu berjauhan dengan gadis itu.

"So, setuju tak?" soal Qistina. Dia sedang berseronok mengenakan Azri. Dia mesti tak kan beraninya. Yelah, dia mesti meroyan kalau tak jumpa aku. So, padan la dengan muka dia!

Azri menarik nafasnya dalam-dalam, lalu dilepaskan perlahan-lahan. Kepalanya mengangguk. "Okey, I setuju dengan syarat tu. So, kira deal la kan?"

Qistina terkejut. Dia tidak sangka langsung yang Azri akan bersetuju secepat itu. Mahu saja dia tarik kembali kata-katanya. Namub, dia tahu bahawa segalanya sudah terlambat. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, menyesal badan. Ah, jangan nak buat palat Qis! Kau yang nak sangat terima permainan bersyarat dia!

"Okey. Kira deal."

Azri tersenyum. "I nak makan. Jom teman?"

"Makan? Makan jelah dekat sini."

Azri menggeleng. "Tak nak. I tak reti nak makan coklat-coklat ni. Rasa nak muntah. I nak makan nasi."

Hish, mengada betul! Kalau aku blah sekarang, siapa yang nak bayar bil nanti? Aku la kan? Dal la ni punya pasal. Tak guna punya kawan! Ada ke patut dia tinggalkan aku macam ni je!

Qistina mengeluarkan beg duitnya dan bangkit dari kerusi. "Ha, jomlah. I nak bayar bil kejap."

"Hish, tak payah. Nanti nampak macam I dayus pulak bila you bayarkan bil. Takpe, hari ni the bill will be on me," tegah Azri. Dia juga mengeluarkan dompetnya sama dari kocek seluar.

"Tapi, you tak makan apa-apa pun. Ni semua I yang order. Kenapa you nak bayarkan pulak?" Qistina menyanggah sama. Biar dia tahu betapa kerasnya hati aku! Siapa suruh suka aku sangat kan?

"Na-ah. I said no. I pergi kaunter kejap," ujar Azri sebelum berjalan menuju ke kaunter pembayaran dengan pantas.

Tidak mahu mengalah, Qistina berjalan sama membuntuti Azri. Dia tidak mahu dipandang tidak berduit. Gajinya masih cukup untuk menampung perbelanjaannya. Lagi pun, syarikatnya baru sahaja memberikan bonus sebanyak 3 bulan gaji.

"Bil meja nombor 6 please," ujar mereka serentak.

Gadis yang bertugas di kaunter pembayaran hanya tersenyum simpul melihat gelagat mereka berdua. Dia mengeluarkan resit dan menyerahkan kepada kedua-duanya.

"Semuanya RM65.95. Nak bayar guna cash atau kad?"

"Card!" ujar mereka serentak, sekali lagi.

Qistina sudah mengetap bibir. Azri pula hanya tersengih. Kedua-duanya terasa janggal pabila melihat gadis di kaunter itu tergelak kecil.

Azri dengan pantas menghulurkan kad debit kepunyaannya pada gadis di kaunter sementara Qistina sedang bersusah payah mahu mengeluarkan kad kepunyaannya.

Yes! Aku menang! jerit Azri di dalam hati.

Qistina menggenggam penumbuknya kuat pabila melihat transaksi kad debit Azri sudah berjaya. Tak guna! Macam mana dia boleh menang?!

"Tak payah sedih-sedih. Jom, teman I makan dekat Manhattan Fishmarket," ujar Azri. Dia membuat gaya tangan menandakan ladies first.

"Mana ada sedih!" marah Qistina. Pipinya merona merah diusik begitu. Langkahnya diorak keluar dari Dip 'n' Dip.

Tiba saja di luar, Azri berbisik di telinganya. "Jangan buat muka comel macam tu. Karang I terkam baru tahu."

Mata Qistina membulat. Dia tidak menyangka Azri jadi seberani begitu.

"Azri!"

💘💘💘

Asyik sedih je kan? So kali ni sis buat korang happy + geram sikit. Hihi.

I need your kindness to drop any comments & vote. Can you do that pleasee 😘

Tata!

❤️ Lara QistinaWhere stories live. Discover now