Bab 15.2 : Rancang

687 40 8
                                    

"Perempuan tu ada namalah, samdol! Nama dia Qistina."

"Susah sangat nak sebut nama urban dia. Ha, kau dengan dia macam mana?" Ashraff mengulangi soalannya.

Azri menjuihkan bibir. Ibu jarinya dihalakan ke bawah menandakan gagal. Hatinya dipaut rasa menyesal kerana berterus terang seawal itu. Dia sepatutnya tahu Qistina sejenis manusia yang tidak suka ditipu. Hatinya agak keras, tetapi ada manjanya. Mungkin dia perlu bekerja keras sedikit untuk memujuk hati gadis itu.

"La... Kenapa pulak?"

"Aku silap ambik langkah. Kau tahu jelah yang aku ni bukannya terer sangat bab-bab memikat hati wanita ni. Aku bukannya expert macam kau. Last time aku bercinta pun zaman sekolah dulu agaknya. Itu pun suka-suka sebab ikut trend. Zaman sekolah dulu, kalau takde awek, orang akan bagi label BN."

"BN? Barisan Nasional? Apa kaitannya takde awek dengan BN?"

"Budak nerd la mangkuk!"

Berdekah-dekah Ashraff ketawa mendengar abreviasi yang disebut Azri. "Kau couple sebab tak nak kena bash ke apa? Nampak sangat yang kau ni memang BN!"

"Diamlah, samdol!" marah Azri kerana Ashraff memperlekehkan zaman remajanya. Zaman itulah yang mengajarnya erti cinta. Zaman itu jugalah yang mengajarnya moral-moral yang tidak patut dibatasinya. Zaman itu jugalah yang menyebabkan dia kehilangan seseorang.

"Ha ha! Jangan la marah-marah, bro. Dah tak cool la macam ni. Muka hensem tapi panas baran. Perempuan tak suka kau tahu tak?"

Azri memandang Ashraff tajam. Menyedari hal itu, Ashraff mengangkat tangannya tanda mengaku kalah. Dia tahu dia tidak sepatutnya menjolok sarang tebuan yang sedang marah pada waktu ini.

"Okey... Okey... Aku tahu aku salah cakap. Aku rasa kita dah boleh move on dari topik tu. So, sekarang ni macam mana? Kiranya on la plan kita ni kan? Kalau on, esok aku bawak spy tu datang office. Aku kena roger Dee dulu."

"Dee tu siapa pulak?" soal Azri. Dahinya berkerut.

"Awek aku la!"

Azri mengangguk-angguk kepalanya tanda faham. Lepas ni aku nak kena register nama Dee la nampaknya!

💘 💘 💘

Di satu sudut yang lain, Broken Baby sedang menanti balasan daripada Ibnu H. Sudah seminggu lelaki itu tidak menegurnya di Twitter. Sudah seminggu juga dia tidak dapat meluahkan rasa hatinya pada lelaki itu. Mungkin dia busy kot? Broken Baby sedang menyedapkan hatinya.

Ding! Tiba-tiba satu notifikasi daripada Twitter berbunyi. Broken Baby tersenyum riang dan membuka kunci telefonnya. Ada tweet terbaru daripada lelaki itu. Dia menekannya dengan pantas.


Ibnu H

I'm sorry, sayang. I didn't mean to hurt you.


Sayang? Siapa sayang? soal Broken Baby. Dia mengerutkan dahinya, tidak berpuas hati dengan tweet yang baru dibacanya. Adakah lelaki itu sudah mempunyai suri di hatinya?

Dia mengambil keputusan untuk memeriksa bahagian Tweets & replies Ibnu H.


Ashraff G

@ibnuH rilek la bro. Slow-slow, nanti dia okey la tu.


Broken baby mengambil keputusan untuk tekan butang tambah pada profil tersebut. Kemudiannya, dia membuka profil lelaki bernama Ashraff G. Butang on notification ditekan. Dia mahu mengetahui balasan dan konversasi di antara Ibnu H dan lelaki itu.


Ibnu H

@AshraffG nak rilek macam mana, bro. Orang tengah merajuk.


Merajuk? Siapa yang merajuk? Maknanya betul la yang Ibnu H dah ada buah hati? Broken Baby mendengus kasar. Dia menghempaskan telefonnya ke atas katil dan berjalan mundar-mandir.

"Aku ingat kau suka aku, Ibnu H!" gumamnya.

Dia meramas rambut panjangnya kasar dan menariknya dengan sekuat hati. "Aku tak sangka yang kau main-mainkan perasaan aku!"

"Kalau aku tak dapat kau, tak akan ada sesiapa yang boleh dapat kau!"

💘 💘 💘

Psycho part is coming. Stay tuned!

Oh ya, sis buat part time dekat PBAKL2017 di PWTC. Dekat booth lejenpress.

Mohle kalau nak jumpa.

Tata!

❤️ Lara QistinaWhere stories live. Discover now