Bab 20.1 : Raisya

733 50 10
                                    

“Raisya?”

“Ha, Qis! Mari sini jumpa Raisya. Qis ingat lagi kan? Dulu Qis, Dal, Raisya, Azri, suka main dekat court depan tu sama-sama. Ingat lagi?”

Raisya? Dahi Qistina berkerut seribu. Dia cuba mengingati kembali memori-memori ketika mereka kecil dahulu. Setahu dia, hanya dia, Dalilah, dan Azri yang berkawan rapat sejak kecil. Mereka bertiga selalu bermain bersama di gelanggang sepak takraw dahulu.

Dari mana pula datangnya Raisya? Adakah Raisya budak perempuan kecil yang selalu duduk di bangku dan memerhati mereka dari jauh? Seingat dia, Dalilah yang memanggil budak perempuan itu untuk menyertai mereka.

Ya, budak perempuan itu ialah Raisya!

“You budak yang suka warna merah jambu tu kan?” soal Qistina mahukan kepastian.

“Ha ah, Qis. Betul la tu. Ibu masuk ke dapur sekejap. Kamu berdua berborak la dulu ya.” Ibu menjawab soalan itu bagi pihak Raisya sebelum berlalu pergi ke dapur.

Azri yang tidak tahu apa yang berlaku di antara kedua-duanya mengambil keputusan untuk membuntuti Puan Suraya. Mereka akhirnya ditinggalkan berdua.

“You dengan Afwan macam mana?” soal Qistina setelah kedua-duanya melabuhkan punggung ke atas sofa – bertentangan antara satu sama lain.

Janggal. Hanya itu yang mampu merumuskan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Raisya tersenyum penuh makna. “Macam tulah, Qis. Kitorang kan dah nak kahwin tak lama lagi. Nanti I suruh Wan hantar kad dekat you okay?”

Qistina cuba menguatkan hatinya. “Good for both of you. Kalau I tak kerja nanti, I datang.”

“Eh, I kahwin hujung minggu. You mesti boleh datang kan?”

Entah kenapa Qistina merasakan kata-kata Raisya kedengaran sinis di telinga, seperti sengaja mahu mencucuk sembilu ke dalam hatinya. “I tahu. Cuma waktu kerja I tak menentu. I tak semestinya off on weekends.”

“You kerja apa, Qis?” soal Raisya pura-pura tidak tahu.

“Customer Service Specialist," jawabnya.

“Oh, okey. You tak contact Wan?” soal Raisya.

Kenapa aku nak contact Wan pulak? Tak kuasa! Qistina menggelengkan kepalanya. “Tak ada. Kenapa?”

“Oh, tak ada la. Tak kan la you langsung tak tertanya-tanya perkembangan dia dengan I?”

Nampaknya Raisya memang sengaja mencetuskan kemarahannya. Qistina buat-buat ketawa. “Kenapa I nak tahu perkembangan dia pulak? I bukannya tunang dia.”

“Tapi, you kan ex girlfriend dia?”

Qistina tersentak. Raisya memang dah tahu ke selama ni? “Ex girlfriend je. Bukannya mamarazzi yang nak kena follow pasal hidup dia.” Suara Qistina berubah dingin.

Raisya tergelak tiba-tiba. “I’m sorry, Qis. I gurau je. I tahu yang you ni baik.” Kata-kata Raisya kedengaran ikhlas kali ini.

Qistina menghembus nafas lega. Serentak dengan itu, Azri muncul di ruang tamu bersama senyuman di wajah. Qistina dan Raisya dilihat silih berganti.

“Qis, Raisya, jom makan? Ibu dah tunggu kat dapur,” ajaknya.

Raisya serta merta berdiri. Wajahnya kelihatan teruja. “Okey, abang! Dah lama adik tak makan dengan abang, dengan ibu.”

Dia memaut lengan Azri dan menarik lelaki itu ke dapur, meninggalkan Qistina dengan wajah yang terpinga-pinga. Dia tak tahu apa yang sedang berlaku. Setahu dia, Raisya tidak serapat itu dengan Azri. Atau sememangnya rapat tapi hanya dia yang tak tahu?

Wajah Azri yang terkejut tadi kerana tak menyangka Raisya akan bersikap begitu atau tak menyangka dia akan melihat tingkah mesra mereka berdua?

"Qis?" Kali ini Azri datang berseorangan untuk memanggil dia.

"Yes?" jawabnya sepatah.

"Are you okay?" soal Azri ambil berat.

Qistina jungkit bahu. "Entah la. Jom la makan. Ibu dengan Raisya mesti dah tunggu kan?"

Nama Raisya ditekankan, mahu memerli Azri
Dia kemudiannya bangkit, berlalu ke dapur dan memgambil tempat duduk di sebelah Puan Suraya. Diekori Azri yang mengambil tempat di hadapannya - bersebelahan dengan Raisya.

"Dah lama kita tak makan macam ni kan? Ibu happy sangat bila tiga-tiga anak ibu balik sini," ujar ibu meluahkan rasa gembira di hatinya.

"Ha ah, ibu. Raisya pun tak sangka yang Qis dengan abang nak balik jugak hari ni. Dah jodoh agaknya," sambung Raisya.

Qistina hanya mampu tersenyum nipis. Dia menundukkan wajah setelah menyedari pandangan Azri difokuskan kepadanya.

Tak boleh pandang tempat lain ke?

"Kita makan dulu. Nanti kita borak-borak lagi okey? Solat Asar nanti boleh la Azri imamkan kita bertiga. Boleh kan, sayang?" cadang ibu.

Azri tersengih dan menganggukkan kepalanya. "Boleh. Boleh sangat. Jom la makan. Azri bacakan doa makan."

💘💘💘

"I duduk sini, boleh?" tegur Azri setelah melihat Qistina termenung di pondok kecil yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Qistina hanya menganggukkan kepalanya.

"I tengok dari tadi you asyik termenung je. Kenapa ni?" soal Azri, risau melihat kedinginan yang dipamerkan gadis itu.

"I don't know. Maybe I je kot yang rasa macam tu."

Dahi Azri berkerut. Tidak faham apa yang sedang dikatakan Qistina. "Apa yang you rasa tu?"

Qistina mengetap bibirnya. "You dengan Raisya ada apa-apa ke?"

Azri tergelak kecil mendengar soalan Qistina. "Hish, apa sayang cakap ni? I dengan Raisya dah lama tak jumpa tau. Kenapa tiba-tiba nak ada apa-apa dengan dia pulak?"

Qistina menjulingkan matanya ke atas. "How would I know? Sepanjang you kat sana rupa-rupanya you tangkap feeling dengan dia ke?"

Kepala Azri digeleng. Dia mencapai tangan kanan Qistina dan memegangnya lembut. "Trust me, sayang. I dengan Raisya tak ada apa-apa. You're thinking too much."

Qistina memandang wajah Azri. Dia cuba mencari keikhlasan dalam sinar mata lelaki itu. Dan ya, ada keihlasan yang terpancar. Dia berasa sedikit lega.

"Ni kan I dah cakap jangan panggil I sayang?"

"Tapi, kan dulu-dulu I selalu panggil you sayang?" Azri mengenyitkan matanya.

Qistina menjeling. "Dulu-dulu dah habis."

"Okey. Kalau macam tu, kita bukak lembaran baru. Tapi dalam lembaran baru tu I nak panggil you sayang jugak. Boleh?"

Bibirnya dicemikkan. "Tak tahu malu eh?"

"Nak malu apa lagi, sayang? Bukannya kita tak pernah mandi sama-sama kecik-kecik dulu," usik Azri, gatal.

"Azri!" Wajah Qistina serta merta merona merah. Dia tak menyangka yang Azri akan mengungkit kisah waktu kecil mereka. Satu cubitan hinggap ke lengan kiri lelaki itu.

Azri mengekek ketawa. Qistina masih lagi seperti dulu. Kuat cemburu dan garang. Dia juga tahu betapa sensitifnya hati gadis itu. Kali ini dia tekad untuk menjadikan Qistina sebagai suri di hatinya.

❤️ Lara QistinaWhere stories live. Discover now