A Woman Likes A Strong, Silent Man Because She Thinks He is Listening
Keadaan kaunter bank itu agak sesak sekali. Memandangkan ianya pada hujung bulan sudah pasti ramai manusia sedang mengalami kekeringan duit untuk kehidupan harian.
"Miss Farisya, I am sorry. Your card already blocked." Kata seorang kakitangan bank berbangsa cina itu.
"What! H..how." Air muka Farisya pada saat itu amat terkejut sekali dengan kenyataan perempuan berbangsa cina di hadapannya itu.
Otaknya masih ligat mencerna setiap bait kata-kata pekerja bank itu walaupun dia sudah faham. Tanpa mengetahuanya segala wang di dalam akaunnya sudah di sekat.
"Kami terima arahan daripada Encik Fahmi sendiri." Jelasnya pekerja bank itu lagi. Jika tidak di jelaskan pasti dia pula akan di sembur pula oleh pemilik kad bank itu sendiri. Malah dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana segala harta yang ada di dalam akaun bank gadis itu sememangnya di uruskan oleh Fahmi sendiri.
"Fuck." Carut Farisya perlahan. Wajahnya di raup sebentar.
Pekerja bank itu sedikit gerun akan wajah merah padam milik Farisya akibat penjelasannya itu pasti tidak menyenangkan hati gadis itu.
Tidak Farisya sangka Fahmi betul-betul ingin menguji kesabarannya.
Tanpa menunggu penjelasan selanjut pekerja bank berbangsa cina itu. Lantas Farisya bangkit lalu membuka langkah untuk keluar daripada bangunan bank yang di anggap bala itu sebelum dirinya pula yang akan meletup di situ.
Dompet di saku seluarnya di bawa keluar. Matanya memandang isi dalaman dompetnya sendiri. Hanya tinggal beberapa not sahaja lagi.
Bagaimana dia mahu teruskan hariannya jika dalam keadaan begini. Sudahlah dia tidak mempunyai tempat berteduh buat sementara waktu.
Tidak dia sangka Fahmi benar-benar ingin menyeksa dirinya. Bagaimana dia boleh terlupa bahawa segala keperluannya sememangnya di sediakan oleh Fahmi sendiri.
Perkara yang Farisya sendiri boleh terlepas pandang adalah hasil titik peluhnya.
Farisya menjerit geram sehingga pengunjung bank itu memandang pelik ke arahnya. Dia sudah tidak peduli akan pandangan jelik manusia di sekelilingnya ini.
Tidak betah berada di situ langkahnya terus menuju ke arah di mana motorbikenya di tempatkan. Namun, langkahnya berhenti betul-betul di hadapan motorbikenya.
Mata Farisya tajam cuba mengecam wajah lelaki yang asyik merenung tepat kearahnya sambil bersandar di motorbike miliknya.
"Hei gorgeous." Tegur lelaki bermata biru itu bersama senyuman sumbing.
"Xander, what are you doing here?" Tanya Farisya hairan akan kehadiran lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu dirinya berada di kawasan ini.
"Public right?" Senyum Xander.
Sinis.
Farisya tidak menghiraukan kehadiran Xander secara mengejut situ. Helmetnya terus di sarungkan ke kepalanya.
Tanpa membuang masa Farisya naik keatas motorbikenya lalu enjin motorbikenya pula di hidupkan.
"Thanks." Kata Xander setelah dirinya terdorong kebelakang sedikit untuk memberi ruang kepada gadis itu.
Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar menaikan aura lelaki itu.
"For what?" Wajah maskulin Xander di pandang sekilas. Kenapa sejak semalam dirinya banjiri dengan perkataan itu.
"Sebab jaga Xandria." Kata Xander. Malah dengan selambanya Xander menolak Farisya ke belakang tempat duduk.
Manakala Xander turut mengambil tempat di bahagian penunggang.
Terjerit kecil Farisya akan tindakan lelaki itu. Wajah Farisya agak bengang akan tindakan selamba Xander. Helmet di pakai Xander pula dari mana helmet itu pun dia sendiri tidak tahu.
"By the way, I very like which part aksi ganas you semalam." Bukan dia tidak nampak tindakan luar biasa gadis itu. Malah dia sendiri amat terkejut akan tindakan berani gadis itu.
Mujur orang suruhannya tidak cedera parah. Xander terus membelah jalan menuju ke suatu tempat Farisya sendiri tidak tahu. Tindakan memecut motor berkuasa tinggi itu memberikan refleks mendorong Farisya memeluk tubuh sasa lelaki itu.
"Apa yang you cuba buat ni Xander! Turun dari motor I sekarang." Arah Farisya tegas. Mindanya kusut saat ini tidak mahu dirumitkan oleh ragam lelaki German itu pula.
Xander hanya membisu sahaja. Baru Farisya berura-ura ingin turun tetapi motorbike sudah membelah jalan dengan laju sekali.
Agak kekok sebenarnya untuk dirinya dalam keadaan seperti ini. Tidak pernah dirinya memeluk mana-mana tubuh lelaki. Apatah lagi serapat ini.
Dari sisi lelaki bermata biru itu amat jelas lelaki itu masih mempunyai auranya tersendiri walaupun kadang-kala sikap berfoya-foya itu menjengkelkan hatinya. Tenang sahaja anak mata biru lelaki itu.
Hati Farisya mula berdetak.
Lagu kepala Farisya di gelengkan agar dapat menjauhkan perasaan aneh itu.
Akhirnya dirinya lebih memilih untuk berdiam diri sahaja. Hatinya seakan ingin mempercayai lelaki itu walaupu jauh di sudut hatinya ada sedikit perasaan berwaspada.
Mungkin ini kerana kesan perbuatan Aril mengajar diri Farisya.
Fikirannya berkhayal sehingga dia sendiri tidak sedar bila masakah motorbikenya itu berhenti di sebuah destinasi yang dia sendiri tidak terfikir.
'Genting?' Detik hati Farisya.
Laju Farisya melepaskan helmetnya.
"You dah gila ke!?" Jerkah Farisya setelah dia selamat turun dari motorbikenya sendiri.
Namun lelaki bermata biru itu hanya memandangnya dengan beriak kosong.
"I tahu you tengah stress. So I nak happykan youlah ni." Senyuman Xander langsung tidak memberi kesan kepada air muka terkejut Farisya.
'Apa masalah dia ni sebenarnya?'
Xander memaut tangan Farisya memasuki ke sebuah bangunan tersergam indah tetapi yang pasti ianya adalah tempat casino.
Manakan tidak gunung itu sememangnya sudah terkenal dengan tempat permainan judi.
Hati Farisya memberontak mahu bertanya tujuan Xander tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya harus memilih untuk berdiamkan diri sahaja. Membiarkan sahaja tangan sasa lelaki itu menariknya.
Matanya meliar melihat keadaan manusia yang leka dengan dunia mereka masing-masing. Tetapi yang pasti bukan calang-calang manusia yang berada di dalam casino itu.
Lihat sahaja pakaian mewah mereka sudah Farisya dapat meneka status mereka. Tertiba dirinya berasa kerdil apabila melihat pakaiannya sendiri.
Hanya mengenakan T-shirt hitam dan jaket hitam berserta jeans.
Xander menuju kearah sebuah meja casino yang sudah berkumpul oleh manusia yang Farisya sendiri tidak kenal siapakah mereka semua.
Wajah-wajah itu di pandang satu persatu.
"Xander, dein langes Leben." Ujar seorang lelaki kacukan cina yang berkemeja kasual memberikan senyuman kepada Xander. ( Xander dah lama tak jumpa.)
Tubuh Xander di tepuk-tepuk. Gaya seperti kawan lama yang sudah terpisah.
Farisya hanya memerhatikan sahaja gelagat Xander dengan seorang lelaki berwajah cina dan juga lelaki berwajah mat saleh yang sedang berbicara sesuatu yang Farisya sendiri tidak faham. Bahasa German mungkin.
Mata lelaki mat saleh itu mengerling ke arahnya dengan satu senyuman yang dirinya sendiri tidak tahu. Penuh makna sukar untuk di tafsirkan.
Pakaian di tubuh badannya di pandang sekejap. Berasa okay sahaja dengan berpakaian T-Shirt hitam berserta jaket biasa.
Wajah tenang Xander di tenung.
'Lelaki ni lupa ke yang aku wujud dekat belakang dia'
"Das ist zu wetten, Mädchen?" Lelaki itu masih setia memandangnya dengan pandangan sukar di tafsirkan. Namun Farisya hanya mengendahkan sahaja akan pandangan lelaki mat saleh itu. ( itu ke perempuan taruhan?)
Xander tidak menjawab hanya memberikan senyuman sinis sahaja.
Farisya mengendahkan sahaja sehingga dia rasa menyesal kenapa dirinya tidak terjun sahaja dari motorbike daripada duduk di tempat asing seperti ini. Tidak betah berlama di situ di mengambil segelas champagne yang di sediakan oleh seorang waiter lalu duduk di sebuah kerusi mewah milik casino.
Farisya dapat merasakan bahunya di peluk seseorang. Lantas matanya terbuntang akan perbuatan tidak makan saman lelaki mat saleh itu.
Rupa-rupanya lelaki mat saleh itu orang yang sama ketika bersama Xander tadi. Mujur dirinya tidak mudah melatah.
"Hei gorgeous. I am Ezra." Huluran lelaki itu di pandang sepi seketika sebelum tangan lelaki itu ingin di balas.
Namun belum sempat dirinya ingin membalas ada tangan halus yang menyambut tangan milik Farisya.
"And I Krystal. I isteri Ezra."
Senyuman manis gadis itu di pandang hairan oleh Farisya. Gadis itu tertiba sahaja muncul di tengah-tengah di antara Ezra dengannya.
"Farisya." Jawab Farisya sepatah. Akalnya masih tidak faham apa yang sedang berlaku.
'Dah ada bini pun masih nak menggatal dengan yang lain.' Getus hati Farisya dengan sikap tidak guna lelaki itu.
Matanya meliar mencari kelibat Xander yang hilang secara tiba-tiba.
Krystal memusingkan tubuhnya menghadap suami tercintanya besar kecil di mata.
"Berani you nak menggatal dengan perempuan lain depan I. Malam ni you jangan tidur dengan I pergi tidur dekat luar!" Tegas sungguh kata-kata gadis itu membuatkan Farisya sedikit kecut perut.
Garangnya.
"Hell no Krystal." Jeling Ezra. Biar padan muka dengan isterinya. Siapa suruh membuat ragam dengannya lagi.
Bagi gimik sedikit sudah menggelabah satu badan.
"Ezra! Siap you malam nanti. I akan lunyaikan you." Krystal memandang Ezra dengan tidak berpuas hati.
"Come on baby. Sekarang pun I masih on." Sempat Ezra mengenyitkan sebelah matanya kearah Krystal yang bila-bila sahaja akan meletup.
Semakin merah padam wajah Krystal kerana menahan geram di hati. Asal mahu kenakan suaminya pasti dirinya akan dikenakan semula. Benci!
Tergelak kecil Farisya dengan ragam pasangan sejoli itu.
"Mana you belajar buat aksi macam tu?" Teguran seseorang membuatkan Farisya tersentak.
"Pardon?" Berkerut dahi Farisya tidak faham maksud di sebalik kata-kata Xander itu.
Xander hanya merenung sahaja wajah bersih gadis itu dengan kening sengaja di jongketkan. Tidak lama kemudian Farisya baru faham akan maksud lelaki itu.
"Ohh yang itu biasa saja Xander. I dulu pernah join satu kelab tinju semasa I masih belajar dekat London dulu." Jelas Farisya biasa.
Kerana bagi Farisya tiada apa yang menarik tentang dirinya tetapi dia sendiri dapat merasakan dirinya seolah bebas dan turut membebaskan segala rasa yang terbuku di benak hatinya semenjak dirinya mula sertai kelab tinju itu. Walaupun hakikatnya perasaan itu hanya sementara.
Apabila di ingatkan semula segala tindakannya semalam seperti mimpi dia terlalu berani berbuat begitu.
"No wonderlah." Kata Xander agak sedikit teruja.
Farisya sedikit pelik dengan wajah Xander kerana baginya tiada apa yang menarik tentang dirinya malah dia sendiri tidak pernah bangga terhadap dirinya. Baginya dia kehadirannya tiada apa untuk di banggakan.
Xander memandang perempuan-perempuan yang hampir berpakaian terlanjang di dalam casino Genting. Namun nafsunya tidak terjentik langsung.
Ada sesuatu yang menarik nafsu nakalnya sendiri. Dirinya sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana kehadiran Farisya pada malam ini.
"Farisya, You seorang lesbian but you tak ada terasa untuk bernafsu dekat mana-mana perempuan sekarang ini ke?" Tanya Xander tanpa memandang wajah Farisya. Sengaja dirinya mahu menguji jiwa Farisya.
Kadang kala hairan juga di hati Xander. Gadis itu seorang lesbian tetapi tiada apa yang menunjukkan dirinya bernafsu lesbian kecuali ketika bersama Amylia.
"I tak tahu sebab nafsu I hanya ada pada seseorang sahaja." Balas Farisya tanpa berselindung. Pada mulanya agak kejut juga dirinya apabila di tanya soalan sebegitu. Secepat mungkin air mukanya di kawal.
"you sangat unik." Gumam Xander perlahan namun masih di dengar Farisya dengan jelas.
Farisya memandang Xander dengan pandangan yang pelik. Dirinya unik? Masuk air ke apa lelaki di hadapannya.
"Unik di hati I." Matanya memandang tepat ke arah anak mata Farisya.
Tergamam sebentar Farisya. Matanya bertentangan dengan Xander dengan tidak berkelip. Senyuman itu masih tidak lekang daripada wajah lelaki itu.
Pantas Farisya mengalihkan pandangannya ke hadapan. Dirinya takut.
Pembuluh darahnya agak deras mengalirkan darah ke serata tubuhnya.
'Apa maksud unik? Atau aku yang unik? Mustahil.' Farisya bergaduh dengan fikirannya sendiri.
Tidak lama kemudian Farisya tergelak kecil dengan kata-kata manis lelaki itu. Farisya yakin pasti lelaki itu mahu mempermainkan hati dan perasaannya seperti Aril pernah lakukan kepada dirinya.
"You tak ada kerja ke? Hidup berfoya-foya." Wajah Xander di tatap kembali.
Sengaja Farisyq mahu menukar topik perbualan itu. Kerana tidak mahu dirinya terlalu leka dan berkhayal.
Tersenyum Xander.
Sinis. Bukan dia tidak tahu sengaja gadis itu mahu menukar topik perbualannya itu.
"Kerja I ni biasa-biasa saja. Tapi I tak adalah perlu duduk dekat pejabat 24 jam sampai tak ada rasa kehidupan langsung." Terang Xander.
Anak mata Farisya lebih memerhatikan anak mata lelaki itu baru dia sedar ada perbezaan di antara anak mata Xander dengan anak mata Xavier.
"Kenapa anak mata you different dengan abang you?" Tanya Farisya dengan perasaan membuak ingin tahu.
"Ohh mata I lebih mewarisi daripada vater berbanding Xavier pula lebih mewarisi anak mata mendiang datuk I." Jelas Xander tanpa berselindung.
Farisya hanya meng'o'kan sahaja. Pada masa yang sama ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya.
Sudah lama dia ingin mempersoalkan tujuan sebenar lelaki itu. Dia takut pisang berbuah dua kali dirinya sudah serik. Tapi dia harus tahu.
"By the way, kenapa you teringin sangat nak berkawan dengan I sebab memang tak ada benda yang menarik ada pada diri I."
"Dan you akan menyesal." Amaran Farisya. Cukuplah dirinya selalu diperlekehkan oleh orang di sekelilingnya sehingga sekarang rasa itu cukup membuatkan fikirannya sakit.
Dan untuk kali ini dia tidak mahu mengundang rasa kekecewaan itu lagi. Dia rela di herdik sekarang daripada kemudian hari hatinya juga yang sakit.
"Berkawan perlu ada sebab ke?" Tenang sahaja wajah Xander memandang tepat ke arah wajah putih bersih Farisya.
Farisya tergamam sebentar dengan panahan mata biru Xander. Kenapa hatinya seperti di serbu oleh satu perasaan aneh lantas Farisya membuang perasaan itu sebelum menjadi lebih parah.
"Might." Tersenyum kecil Farisya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dirinya harus memiliki perasaan begitu mudah terhadap lelaki bermata biru itu. Seperti ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh lelaki itu.
Xander menariknya ke suatu tempat dia sendiri tidak tahu. Mereka berjalan memasuki jalan yang hanya di tutupi dinding berpanelkan kaca.
Jauh daripada pandangan mata sesiapa sahaja.
Mata masing-masing tertumpu kearah permandangan hijau yang sedang di basahi titisan air hujan yang agak lebat. Langkah mereka berhenti di tengah-tengah lorong itu.
Xander memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sesekali Farisya mengerling kearah Xander yang kelihatan tenang sahaja. Kehidupan lelaki itu bagai tiada masalah yang berlanda tidak seperti dirinya.
Cara pandangan mata lelaki itu seperti Aril yang hadir saat dirinya di hina. Keikhlasan.
Tetapi dia tidak mahu terlalu berharap malah dirinya hanya ada pada Amylia sahaja. Seorang sahaja. Malah dia tidak harus memiliki perasaan itu.
"You ada masalah dengan keluarga you ke?" Tanya Xander tanpa memandang Farisya.
Xander sendiri tidak tahu kenapa dirinya begitu membuak ingin tahu lebih lanjut tentang gadis taruhannya itu. Kerana ia unik bagi Xander.
Farisya melepaskan keluhan kecilnya sambil memandang ke arah permandangan hijau di luar dinding kaca. Lalu dia memandang Xander semula walaupun lelaki itu tidak memandangnya.
"Biasalah gaduh adik-beradik tak ada apa yang serius sangat." Kata Farisya sebelum mencicip minuman champagne masih setia di tangannya itu.
Walaupun hubungan di antara Fahmi dengannya tidak begitu baik. Tetapi dia tidak tergamak ingin membuka aib abangnya sendiri.
Hakikatnya jiwanya terseksa kerana perbuatan abangnya sendiri. Tetapi didalam hatinya masih wujud perasaan sayangkan abangnya.
Xander memalingkan tubuhnya menghadap gadis taruhannya. Memiliki satu tarikan yang dia sendiri kurang pasti.
"Bila sebut tentang adik-beradik I tertiba teringatkan zaman kecil-kecil I dulu." Terimbas zaman kanak-kanaknya bersama abangnya. Bila di ingatkan balik sangat kelakar.
Farisya memandang dengan penuh minat. Tidak tahu kenapa dirinya terasa membuak-buak ingin tahu tentang kisah lelaki itu. Masih dengan aura manisnya.
"I dengan Xavier sangat rapat. Biasalah membesar sama-samakan malah kami dua adik-beradik sahaja. Satu hari ini I main kucing jalanan sementara tunggu driver sampai untuk jemput kami dan kucing tu pula tak sengaja tercakar I sebab rasa takut. Xavier terus macam tak suka binatang kata dia binatang sangat bahaya untuk diri I. But I ni seorang yang degil dan I memang suka binatang jadi I terus marah abang I balik." Cerita Xander sambil tergelak dengan sikap Xavier tidak suka akan binatang.
"Xavier terus tak bercakap dengan I sebab cemburu dengan kucing tu." Lucu pula di hati Xander.
Farisya hanya melihat reaksi wajah Xander yang amat teruja dengan kisah kanak-kanaknya berjaya menjentik rasa cemburu di benaknya.
"I cemburu bila dengar." Gumam Farisya perlahan.
"Apa yang you cakap?" Tanya Xander. Dia tidak dapat menangkap kata-kata gadis itu dengan jelas.
"Hm tak ada apa." Balas Farisya dengan ketawa kecil dia buat-buat.
'Kenapa aku tak pernah ada peluang untuk rasa seronok zaman kanak-kanak seperti orang lain walaupun sekejap.' Keluh Farisya dalam hati.
"Tapi bila kami semakin membesar Xavier mula berubah menjadi manusia yang dingin." Kata Xander tanpa dirinya sedar.
Melihat kerutan di dahi Farisya membuatkan Xander tersedar dengan terlanjurannya.
"Lupakan apa yang I cakap tadi." Xander tidak mahu mendedahkan latar belakang keluarganya sendiri. Baginya tiada apa yang menarik.
Melihat sahaja reaksi lelaki itu membatalkan niatnya untuk bertanya tentang kisah hidup lelaki itu.
"Kenapa you tak stay di German?" Tanya Farisya hairan juga dirinya kenapa lelaki sekacak itu tidak tinggal sahaja di German.
Xander melepaskan keluhan apabila mendengar soalan yang dia sendiri tidak ingin jawab. Tetapi tidak tahu kenapa untuk Farisya dia terasa ingin meluahkan.
"Sebenarnya I bosan. I just want my own life bukan untuk menjadi seorang puppet." Luah lelaki bermata biru itu.
Pandangan redup lelaki itu memberikan tanda tanya kepada Farisya. Tetapi dia tidak mahu memasuk campur urusan hidup lelaki itu.
"Xander, I tak tahu apa masalah sebenar yang you sendiri sedang hadapi sekarang ni. Tetapi jika I berada di tempat you. I sendiri akan sentiasa berada di samping keluarga I apatah lagi ibu dan ayah you masih hidup."
"Sebab bukan semua orang boleh rasa kasih sayang." Kata Farisya dengan penuh memaksudkan kata-katanya.
Xander agak terkesan dengan kata-kata gadis itu. Ya, dia akui apa yang dikatakan oleh Farisya benar belaka namun gadis itu mana mungkin faham akan situasi keluarga mereka.
Tidak lama kemudia Xander tergelak kecil membuatkan dahi Farisya sedikt berkerut.
"Kenapa you gelak?" Anak mata Farisya memandang tepat kearah Xander meminta penjelasan.
Farisya mula berfikir adakah diri ada tersilap kata di mana-mana?
"For the first time, you adalah orang pertama yang berani nasihatkan I untuk balik kepada family I semula." Xander masih dengan sisa gelaknya dihujung katanya.
"Sebab you sendiri kata yang kita ni kawan dan I sendiri hidup kosong tanpa kasih sayang hanya mampu menumpang kasih."
"Jadi I tak nak kawan I sendiri buang rasa kasih sayang. Sebab dia tak akan hadir tanpa keikhlasan." Kata Farisya dengan serius.
Xander agak tergamam akan reaksi serius gadis itu.
"Kakak!" Jeritan suara halus itu mengejutkan mereka berdua di situ.
Tubuh Farisya terpa oleh seorang budak perempuan yang di cukup Farisya kenal.
"Ria buat apa dekat sini?" Berkerut keningnya akan kehadiran Xandria di situ. Matanya melirik kearah seorang budak perempuan yang berdiri elok di belakang Xandria. Wajah mereka sangat mirip.
Farisya menonggeng bagi menyamai paras ketinggian Xandria. Rambut Xandria di usap perlahan. Rindu mungkin.
Padahal mereka berpisah semalam.
Jauh di sudut Xander agak terkesan dengan kata-kata Farisya sebentar tadi. Adakah kerana dirinya terlalu ego terhadap muter dan vaternya.
Kasih sayang. Dirinya di besarkan dengan penuh rasa kasih sayang tiada satu yang tertinggal untuk dirinya. Apa yang dirinya mahu segalanya ada. Apa saja yang dirinya tiada.
"I miss you badly kakak." Terkejut hati kecil apabila ternampak kelibat Farisya di jalan kaca itu.
Xander menjeling sahaja dengan telatah Xandria. Baru semalam mereka berpisah sudah rasa rindu bagai. Meluat atau cemburu Xander.
Pantas kepalanya di gelengkan. Tangan Farisya di tarik untuk menjauhkan gadis itu dengan Xandria.
"Do not touch my girl, Ria." Tegas sekali suara Xander.
Hati Farisya sudah berasa lain. Adakah dirinya salah dengar atau mainan hatinya sendiri.
Kembung pipi Xandria tidak puas hati dengan pakciknya seorang itu. Xander tidak mahu melayan si kembar terus menarik tangan Farisya untuk keluar dari tempat itu.
"Onkel!" Xandria tidak berpuas hati lantas mengejar Xander dan Farisya sehingga ke tempat permainan casino.
"Ria, mummykan sudah pesan jangan dekat dengan stranger." Jelas Xandra kerana tidak puas hati dengan kehadiran Farisya. Apatah lagi adiknya itu begitu percaya akan gadis itu berbanding mummynya sendiri.
"Tapi kakak bukan stranger." Peha Farisya di peluk erat.
"Betul tak onkel." Wajah Xander di pandang penuh harapan agar Xander menyokongnya.
"Hmm." Jeling Xander dengan Xandria. Sudah pesan jangan di memanggilnya dengan perkataan itu.
-------------------
Gelagat dan ragam anak-anaknya hanya di perhatikan dari jarak jauh sahaja. Namun, anak mata biru kehijauannya lebih memerhatikan setiap gerak geri gadis itu melayan karenah anak-anaknya tanpa merungut.
Dirinya tidak hairan bagaimana kehadiran gadis itu di Genting. Jika bukan Xander sendiri yang selalu membuat perangai.
Bukan mudah untuk dirinya mempercayai gadis taruhan Xander itu walaupun sesiapa sahaja. Mungkin ini kerana kesan perbuatan Jessica kepadanya sebelum ini. Segala kepercayaannya hilang begitu sahaja. Malah demi keselamatan anak-anaknya terutama Xandria terlalu percaya akan gadis itu membuatkan dirinya lebih berwaspada.
Bahu kiri Xavier di tepuk perlahan. Li Jie mengambil tempat di hadapan Xavier yang tidak mengendahkan kehadiran Li Jie di situ.
"Wie sagt man Xavier?" Kata lelaki kacukan Cina dengan mempamerkan senyuman sumbing ke arah Xavier. (Apa cerita kau sekarang Xavier?)
Xavier hanya mengerling sekilas sahaja wajah sahabat cinanya situ.
"Die haltung des ersteren änderte sich nicht." Li Jie tidak terkesan langsung akan sikap Xavier acuh tidak acuh itu. Bukan dia tidak kenal sikap beku lelaki iu malah sudah faham rentak lelaki itu. ( sikap dulu memang tak berubah)
Senyuman Li Jie mengherot sudah faham apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Gelas wain di hirup perlahan. Gadis yang sama semasa dia terserempak dengan Xander tadi.
"Schöne Frau du bist." Li Jie mempamerkan senyuman miang kearah seseorang yang di perhatikan oleh mata Xavier sejak dari tadi. (Dia perempuan kau.)
Xavier tersenyum sinis dengan soalan mati Li Jie. Gadis itu perempuan dia? Tidak pernah dia terlintas.
"Sie gehört nicht mir." Xavier memandang poker ke arah sahabatnya. (Dia bukan aku punya.)
Xavier menghirup gelas champaigne dengan penuh cermat sambil memandang wajah mulus Farisya dengan tajam.
"Dia agak rapat dengan anak kau." Li jie memandang Xavier dengan pandangan penuh makna.
Xandria tergelak penuh riang berada di sisi Farisya berbanding Xandra yang berwajah kelat.
"Just for awhile." Balas Xavier tanpa perasaan bukan dia tidak tahu maksud di sebalik kata-kata lelaki cina itu.
"Sudah 5 tahun kau dalam status duda."
"Tak terfikir untuk cari pengganti Jessy." Nada Li Jie berubah menjadi serius.
Xavier hanya terus membisu tidak ambil pusing akan perbualan rakannya itu.
"Jangan pentingkan diri kau sendiri. Anak-anak kau juga perlukan kasih sayang." Tekan Li Jie lagi. Dia hanya mahukan sahabatnya senyum kembali sahaja.
"Not too easy, Li Jie." Tajam anak matanya menikam anak mata Li Jie. Bukan sahabatnya tidak tahu situasi dirinya kini.
Dirinya terikat.
Li Jie mengeluh perlahan. Dia sedar situasi Xavier begitu rumit.
--------------------
Hujan semakin melebat di lebuh raya utara selatan Malaysia memaksa setiap penunggang motor berteduh di bawah jambatan mahupun di mana-mana hentian rehat.
Farisya menadah titisan air hujan yang turun tanpa ragu -ragu di atas permukaan tapak tangannya.
Semasa mereka keluar dari Genting hujan sudah pun mula berhenti tidak sangka pula di tengah lebuh raya hujan turun kembali.
Farisya mengeluh perlahan. Suasana hentian rehat itu agak sunyi memandangkan hanya dia dan lelaki bermata biru sahaja yang berada di kawasan itu.
Farisya mengeratkan lagi pelukan di tubuhnya. Rasa dingin semakin mencengkam tubuhnya jaketnya sudah basah kerana air hujan turun dengan lebat sekali tanpa amaran. Memandangkan jaketnya itu sejenis kain cotton.
Farisya merasakan ada sesuatu yang menyebulungi tubuhnya. Lalu dia memaling memandang gerangan itu.
"Apa yang you cuba buat ni?" Berkerut keningnya dengan tindak tanduk lelaki itu.
"I tahu you tengah sejuk." Senyuman lelaki itu tidak lekang dari wajahnya.
Bukan Xander tidak sedar dengan keadaan gadis itu yang bergigil kesejukan. Manakan tidak Farisya hanya berpakaian T-shirt lengan pendek. Jaket Farisya pula sudah basah teruk maka hanya dia sahaja yang mempunyai jaket memandangkan jaketnya kalis air.
"Nanti you akan lebih rasa sejuk." Kata Farisya lagi. Wajah lelaki itu terus tatap.
"Sebenarnya you lebih memerlukan berbanding I. T-shirt you sendiri dah basah." Wajah Xander setia merenung wajah Farisya. Rasa risau jika gadis itu jatuh sakit. Mujur T-shirt gadis itu hitam jika tidak bermacam rupa dia akan lihat.
Geleng Xander dengan akal nakalnya itu mula menerjah.
Sedikit terasa terharu Farisya apabila di buat begitu. Harinya berjaya di warnakan oleh lelaki bermata biru itu.
Dirinya rasa di lindungi. Namun cepat-cepat dia menepis perasaan itu. Kerana dia takut untuk berharap pada seorang lelaki lagi. Bagaimana dirinya di permainkan lagi seperti dulu.
Farisya memilih untuk mendiamkan dirinya sahaja. Dia tidak mahu merunsingkan dirinya dengan perkara seperti itu.
Kepekatan malam itu di tenung redup olehnya. Lalu dia duduk di sebuah bangku yang tersedia di hentian rehat itu.
Sekali sekala matanya melirik kearah Xander yang kelihatan tenang itu. Tertiba Farisya merasa janggal dengan keadaan mereka yang agak rapat itu. Apatah lagi di tempat sunyi dalam keadaan begini. Dirinya di serbu rasa ketakutan. Bagaimana pun tetap dirinya tonjolkan dirinya dalam keadaan biasa.
Drumm!!
Cahaya kilat itu menyentak Farisya lantas tubuh Xander di sebelahnya di peluk erat dengan spontan. Dia amat trauma akan bunyi kilat. Dia akan menyelubungi dirinya didalam blanket yang tebal untuk melindungi dirinya sendiri.
Xander agak terkejut dengan tindakan spontan Farisya. Dirinya seakan memahami situasi gadis itu. Di rangkul erat Farisya kedalam dakapannya. Mata birunya memerhatikan sahaja diri Farisya yang bergigil hebat sambil mata terpejam rapat.
Farisya seakan tidak sedar akan dirinya sehingga dirinya terasa tubuh belakangnya di usap Xander. Tubuh sasa lelaki itu di tarik rapat. Dirinya berasa sedikit selamat malah selesa didalam dakapan hangat lelaki itu.
Mereka berkeadaan begitu sehingga mereka tertidur tanpa sedar. Farisya tersedar dari lena apabila ada usapan di rambutnya. Tanpa sedar Farisya mengumam perlahan pelukan semakin di eratkan.
Telinganya menangkap suara garau sedang tergelak kecil. Serta merta anak mata Farisya terbuntang luas dan tubuhnya tegakkan.
Matanya cuba mengecam keadaan sekelilingnya lalu manusia di sebelahnya di pandang dengan pandangan bulat. Apatah keadaan mereka agak rapat.
"Lena tidur?" Xander mula merenggangkan tubuhnya. Agak sakit tubuhnya kerana berkeadaan begitu sepanjang malam.
Akal Farisya mula berfungsi. Baru dirinya tersedar mereka terkandas di hentian rehat kerana hujan lebat.
Matanya memandang Xander yang mula merenggangkan dirinya. Serba salah Farisya kerana membuat lelaki itu sakit dalam berkeadaan begitu.
"Sorry."
"For what?" Berkerut dahi Xander memandang wajah bersih Farisya. Sedangkan dirinya tahu apa yang di maksudkan oleh gadis itu.
"Sebab you terpaksa sakit." Balas Farisya. Pasti lelaki itu akan serik dengannya. Bodohnya kerana boleh tersasar dalam diri lelaki itu. Bertambah malu dirinya bila di ingat kembali.
Xander hanya lebih memilih tergelak daripada membalas jawapan Farisya.
"Baik kita gerak sekarang masih awal lagi ni. Baru 5 pagi." Jelas Xander sebelum menarik tangan Farisya ke motorbike gadis itu.
Farisya hanya mendiamkan diri sahaja di atas motorbikenya itu. Tidak berani untuk berkata-kata kerana masih berasa malu dan bodoh terhadap diri sendiri.
Xander menarik kedua tangan Farisya agar memeluk dirinya. Terdiam Farisya dengan tindakan selamba Xander.
"Peluk badan I kuat-kuat. I tak nak hilang keunikan I." Arah Xander sebelum memulakan penunggangan motorbike gadis itu.
Farisya diam tidak berkutik sepanjang perjalanannya. Sejak sedar lagi dirinya hanya berasa janggal akan sikap lelaki itu. Sungguh menghairankan.
"Xander.." Terputus ayat Farisya kerana jari telunjuk lelaki itu di bibir merahnya.
"Shush, thanks for everything."
Farisya hairan kenapa lelaki itu begitu murah dengan senyuman. Hatinya bergelodak rancak.
"By the way, you unik bila dalam dakapan I pagi tadi."
Serta merta wajah Farisya di serbu merah. Xander tersenyum sinis sebelum melangkah pergi meninggalkan Farisya terkaku di lobi hotel.
Farisya meletakkan tangannya di dada. Dia takut.
--------------------
Pintu bilik kerja Aril di ketuk daripada luar sebelum di buka oleh seseorang yang di nantikan oleh Aril sendiri.
Terbit senyuman manis di wajah Aril. Dia sudah agak siapa gerangan itu. Siapa lagi jika bukan tunangnya sendiri kerana hanya Sarah sahaja akan datang ke biliknya pada waktu tengah hari.
"Assalammualaikum abang, buat apa?" Sarah masuk dengan wajah begitu anggun sekali di retina Aril. Tidak pernah kurang rasa sayangnya pada gadis pujaannya itu.
"Waalaikummusalam, sayang rasa abang tengah tunggu siapa?" Tersenyum sumbing wajah Aril membuatkan Sarah geli hati.
"Mengada." Mencebik wajah Sarah dengan hujungnya tergelak kecil.
Sarah mengambil tempat di hadapan meja kerja Aril. Wajah lelaki itu di tatap dengan dengan penuh harapan. Walaupun lelaki itu tidak memandang wajahnya sekarang ini.
"Abang, weekend ni free tak?" Benarlah kata orang tua dahulu. Jika bekerja di dalam satu bangunan sukar untuk merenggang.
Sering kali juga dirinya menasihati diri agar sentiasa menjaga batasnya.
Aril hanya mengeluh kecil. Wajah kesayangannya di pandang dengan riak serba salah. Fail pesakitnya itu tidak menarik perhatiannya langsung.
"Abang not sure for this weekend. In case ada emergency call." Jelas Aril serba salah. Berharap gadis itu memahaminya kerana gadis itu juga seorang doktor sepertinya.
Dengar sahaja alasan lelaki itu membuatkan moodnya pada hari ini hilang serta merta. Majlisnya semakin hampir namun tiada apa lagi yang telah di sediakan olehnya.
Tetapi jadual kerja lelaki itu sering sangat padat. Ini yang menyampah belum kahwin lagi dah keadaan macam ni selepas kahwin macam mana entah.
Sarah mahu tak mahu terpaksa akur juga kerana dia seorang doktor dan seharusnya dia akan faham masalah lelaki itu.
Tertiba ada mentol keluar daripada kepala Sarah.
"Kalau macam tu Sarah minta orang lain temankan Sarah. Lagi pun Laila tak ada dekat KL sekarang ni." Cadang Sarah.
Lega sedikit hati Aril. Sekurang-kurangnya gadis itu tidak berkecil hati dengannya.
"Apa kata Sarah minta Faris.."
"Abang tak izinkan." Potong Aril pantas. Dia tahu apa yang Sarah mahu katakan jika bukan merujuk kepada perempuan itu.
Terkejut sebentar Sarah akan reaksi kurang enak Aril.
"Abang ni kenapa? Farisya bukan orang lain kawan kita juga sejak sekolahkan." Bantah Sarah. Tidak suka jika gadis naif itu di herdik.
"Abang tak kisah dengan siapa Sarah nak pilih but not her. She is dangerous." Jelas Aril lagi. Dia sedar dirinya tidak boleh menghalang kemahuan Sarah. Tetapi untuk Farisya di harus juga.
Dia tidak mahu Sarah terpengaruh dengan Farisya pasti rosak rancangannya untuk memiliki Sarah kelak.
"Abang ada masalah dengan Farisya ke tanpa pengetahuan Sarah?" Sarah memandang hairan ke arah Aril. Agak mencurigakan dengan sikap Aril itu.
"Ergh mestilah tak." Aril cuba mengawal riak wajahnya.
"Okay."
Sarah cuba berfikiran positif tidak mahu berfikir negatif tentang lelaki itu. Tetapi dia harus tahu apa masalah antara Aril dengan Farisya. Kerana agak mencurigakan.
---------------------
Begitu sebal hati Farisya dengan sikap pekerja hotel begitu sungguh biadap sekali kerana berani menghalaunya pagi tadi. Hanya kerana dia berjaya menyeludup seekor anak kucing di dalam bilik hotel itu.
Ini semua gara-gara seorang pekerja housekeeping yang mengadu pada pihak atasan tentang menyeludupan anak kucing di dalam biliknya tanpa pengetahuannya semalam.
Ini semua sebab Xander kerana membawanya ke Genting semalam!
Kaki Farisya melangkah masuk kedalam perkarangan Villa Tengku Hanum seperti tiada apa yang berlaku. Sangkar kucing sederhana besar masih setia di sebelah tangannya.
Namun langkahnya terhenti apabila ternampak kelibat Fahmi di retina matanya. Farisya mengeluh perlahan sebelum terus jalan melintasi kehadiran Fahmi di situ.
Farisya masih cuba mengawal reaksinya untuk mengendahkan renungan tajam Fahmi buatnya.
"Buat apa kau nak balik ke Villa ni?" Soal Fahmi tegas.
"Villa ni ada nama kau ke?" Sarkastik pertanyaan Farisya di pendengaran Fahmi. Merengus kasar Fahmi dengan sikap acuh tidak acuh Farsiya.
Fahmi mencengkam tangan Farisya saat adiknya ingin melintasinya. Farisya cuba melawan mata dengan Fahmi sebelum dia memandang ke hadapan semula lalu dia melepaskan keluhan kecil.
Wajah ketat Fahmi di pandang sekilas.
"Please, aku tak nak gaduh dengan kau."
"I am tired." Rayu Farisya dengan secara drastik dia merentap semula tangannya daripada cengkaman Fahmi.
"5 hari kau hilang macam tak ada apa yang berlaku. Kerja dekat pejabat kau biarkan macam tu sampai huru-hara aku nak cari orang untuk cover kau." Intonasi suara Fahmi meninggi. Tidak menghiraukan sikap acuh tak acuh adiknya itu.
Farisya malas mahu melayan sikap penting diri Fahmi. Sudah cukup otaknya tidak mempersoalkan akaun banknya di sekat.
Farisya terus melangkah meningalkan abangnya di situ sebelum langkahnya berhenti kaku semula.
"Duit kena sekat baru terfikir nak balikkan? Kalau tak kau memang akan melepak dengan perempuan tak guna macam itu."
Farisya berpaling memandang Fahmi dengan pandangan tajam. Tidak suka jika nama Amylia di bangkitkan.
"Kalau kau nak sekat atau tak akaun bank aku sekali pun. Aku tak hairanlah." Agak tercabar dirinya apabila dikatakan begitu.
"Sebab aku masih boleh teruskan hidup." Sinis senyuman Farisya berikan. Dia sudah tidak kisah akan harta milik keluarganya.
Harta dia boleh cari sendiri!
Terus Farisya melangkah meninggalkan Fahmi dengan perasaan bengang.
-------------------
Runsing betul bila di fikirkan masalah yang berada di sekelilingnya ini. Sungguh tertekan sampai satu tahap mahu dia lari dari semua ini.
Tetapi dia ada satu perkara yang belum diselesaikan lagi. Akalnya ligat berfikir akan rancangan gilanya itu.
Terbit satu senyuman sinis di bibirnya. Gambar yang berada ditangannya diangkat semula wajah lelaki itu tatap lagi.
Dirinya ketawa mengilai mengenangkan rancangan gila yang akan dilakukannya. Selagi matanya tidak nampak wajah derita Aril selagi itu hatinya tidak puas!
Anak kucing itu sudah mula menggebu di sisinya. Seronok rasanya anak kucing itu dibelai olehnya sehingga terlena di sebelahnya.
Tekaknya berasa dahaga. Farisya bangkit dari katilnya ingin turun menuju ke dapur.
Sesekali matanya meliar mencari kelibat Tengku Hanum sejak tadi bayang tua itutiada. Namun hasilnya hampa.
Suara manusia mengumpat itu membuatkan langkah Farisya terhenti secara drastik.
Walaupun kata-kata perhinaan itu sangat perlahan tetapi masih jelas di pendengarannya dan merusup masuk ke dalam akal Farisya. Dirinya masih berdiri kaku di sebalik dinding yang memisahkan ruang tamu dengan ruang dapur.
Suara-suara itu cukup Farisya kenal. Siapa lagi jika bukan makcik-makciknya. Semenjak Tengku Hanum keluar dari hospital ahli keluarganya yang lain akan selalu mengunjung ke Villa ini.
"Aku masih tak faham kenapa bonda masih nak bela budak tak sedar diri tu."
"Aku tak akan lupa macam mana sengsaranya hidup arwah abang Fauzan selepas isteri dia pergi. Meroyan sampai makan pil overdosed sebelum kemalangan. Bonda pula beria sangat nak jaga budak tak guna tu."
"Kau cakap banyak pun tak guna. Masa arwah kakak ipar hidup lagi bonda dah nasihatkan suruh gugurkan sahaja budak tu sebab risiko terlalu tinggi. Boleh mati."
"Bonda tu tak tegas. Kalau tegas mesti hidup lagi arwah abang Fauzan dengan kakak Reen."
Hilang rasa dahaganya serta merta. Tidak betah berada disitu Farisya berpaling tubuhnya ingin masuk ke dalam biliknya semula sebelum terkaku disitu.
"Puas hati kau?" Bisikan itu menyentak diri Farisya.
Farisya memandang wajah Fahmi yang tersenyum sinis tepat kearahnya. Pasti abangnya itu dengar kata-kata nista makcik-makciknya itu.
Farisya hanya mendiamkan dirinya sahaja. Farisya cuba bertentang mata dengan abangnya walaupun tubir matanya mula terasa panas kata-kata nista itu.
"Sebesar mana jasa kau sedikit pun tak berikan kesan dalam hati aku. Selagi orang yang aku sayang tak hidup semula." Rasa seronok Fahmi apabila melihat tubir mata adiknya mula kelihatan merah. Tinggal tunggu bila-bila masa sahaja empangan adiknya itu pecah.
Farisya mahu lari dari situ dirinya tak kuat untuk dengar kata-kata nista itu. Tetapi ada gam yang membuatkan kakinya melekat di situ.
"Sedarlah diri kau hanya tahu menyusahkan hidup orang lain." Sarkastik Fahmi.
Farisya tak akan tunjukkan dirinya lemah di situ. Tak akan!
"Aku tak akan berhenti!" Farisya terus meninggalkan Fahmi di situ. Bahu abangnya sengaja di langgar.
"Kau jangan sesekali sakitkan nenda Farisya." Jerit Fahmi tidak berpuas hati.
Farisya menutup rapat pintu kayu biliknya itu. Dia tak akan benarkan kata-kata itu ikut dirinya sekali.
Perlahan-lahan tubuh genitnya melorot ke bawah. Lutut di tarik rapat ke dadanya. Wajah di sembamkan kelutut dengan teresak-esak. Tangisannya pecah hatinya semakin sakit kenapa dia harus menghadapi situasi sebegini.
Kerana inilah punca dia tidak mahu balik ke Villa. Villa ini tidak pernah memberi tenangan mahupun syurga yang sering di gempar gemburkan malah ia neraka baginya.
Apa salahnya lagi, adakah kelahirannya selama ini membawa malang dan tidak di banggakan berbanding kelahiran anak yang lain.
Farisya mengangkat wajahnya apabila merasa geselan di kakinya. Wajahnya memandang sayu ke arah anak kucing itu.
Farisya mengambil anak kucing itu ke dalam kedakapannya. Di cium kasih anak kucing itu. Berharap sangat anak kucing itu memahami dirinya.
"Milo kenapa hidup kita senasib dibuang oleh sesiapa." Bicara Farisya sayu kepada kucing. Alangkah indah jika kucing itu faham apa yang katakan. Tetapi hakikatnya tetap sama.
Farisya mengeluh berat. Kepalanya di sandarkan lemah di pintu biliknya sebelum di tutup rapat matanya. Rasa mahu memadam dirinya sendiri.
"Tetapi derita milo sekejap tak macam aku sehingga sekarang tidak pernah rasa nikmat indahnya dunia."
'Sampai bila aku harus rasa sakit ini. Kelahiran tidak pernah di terima oleh sesiapa.'
--------------------
Kelab malam yang ribut dengan bunyi dentuman lagu rancak yang di mainkan oleh DJ menambahkan lagi kerancakan suasana kelab malam itu.
Manusia yang asyik berkhayal dalam dunia mereka sendiri dengan menari sambil tersengguk-sengguk kerana menghayati keasyikan hidup kepekatan malam itu.
Berpelukan malah berciuman tanpa arah tuju walaupun dengan siapa mereka sedang bergaul tanpa menghiraukan sekeliling apatah lagi.
Xander menogak botol minuman keras Hoegaarden dengan rakus sekali. Dirinya keliru dengan perasaannya sendiri. Tidak pernah dirinya mengalami situasi macam ni.
Ramai perempuan mahu pun gadis telah dia baham tidak pernah pula dia hiraukan tetapi kenapa wajah itu.
Wajah itu telah menganggu seluruh hidupnya menjadi kacau bilau. Lain rancangan dibuat lain pula yang jadi malah kesudahannya dirinya sendiri yang terjerat.
Bermacam-macam cara untuk dia lupakan wajah itu. Tetapi dia masih gagal sehinggakan dia sendiri yang sesungkur. Semakin hampir dengannya.
Gadis itu unik dan berlainan. Zahirnya nampak sahaja bernafsu songsang tetapi hakikatnya jiwa gadis itu tidak. Dia bukan bodoh tuli tidak tahu menilai setiap perbuatan gadis itu.
Apatah lagi gadis itu cuba menasihatinya tentang keluarga membuatkan jiwanya bertambah tergugat. Kini jiwanya pula dicengkam satu perasaan yang aneh.
Daylon yang sejak tadi memandang hairan di sebelahnya tidak Xander endahkan. Fikirannya sudah jadi gila.
Kusut kerana gadis itu.
Seorang perempuan mengenakan dress bertali halus datang menerpa ke arah bakal mangsanya. Jelas kekusutan di wajah lelaki German itu. Tahu perempuan itu bagaimana mahu menjatuhkan lelaki seperti itu.
"Hei sayang." Bahu Xander di rakul tanpa amaran. Senyuman bak delima di hadiahkan buat Xander.
Malangnya secara drastik, Xander terus menepis kuat perempuan yang dia sendiri tidak kenal sehingga terdorong ke belakang.
"You ni kenapa!" Berang perempuan itu apabila di buat begitu. Apatah lagi di hadapan sepupu lelaki itu.
Merah padam wajah perempuan itu menahan malu apabila Daylon mula memberikan senyuman sinis kepadanya.
Salah masuk kandang perempuan ni.
"Hey bitch, do not disturb me."
"Get lost!" Tajam anak mata biru itu menikam tepat kearah wajah perempuan tidak sedar diri itu. Moodnya tidak dalam keadaan baik. Maka jangan cari pasal.
Tidak betah dalam situasi begitu lantas perempuan itu pergi dalam keadaan cukup bengang.
Setelah perempuan itu hilang daripada pandangan matanya. Arak jenis Hoegaarden di togak lagi.
"What's wrong man." Hairan Daylon melihat sepupunya itu seperti di landa ribut taufan.
Bukan Daylon tidak perasan wajah lelaki itu berubah menjadi kusut sejak balik dari Genting. Kalah main judi ke?
"Aku nak buang kes." Tajam anak mata Xander memandang Daylon. Lelaki itu punca dirinya menjadi begini.
Hidup tidak tentu arah.
"Apa yang kau merepek?" Berkerut dahi Daylon memandang sepupunya yang berwajah serius itu.
"Ich habe verloren." Kata Xander penuh makna. Dia tidak mahu teruskan lagi taruhan gila ini. (Aku dah kalah.)
"Damn."
"Kau masih ada dua hari lagi. Apa yang dah jadi dengan kau ni." Suasana berubah menjadi tegang walaupun kelab malam itu dingin dengan penghawa dingin dan lagu yang rancak.
Tidak memberi kesan kepada mereka.
Masih tidak percaya Xander akan tarik diri daripada taruhan itu. Tidak pernah lelaki itu menarik diri sebelum ini. Apa yang merasuk diri lelaki itu.
"Aku tak tahu." Redup sahaja air muka Xander. Dia sendiri tidak pasti akan masalah perasaan dirinya itu.
Xander meraup wajahnya seketika. Kusut!
"Are you mad!? She is lesbian, Xander." Intonasi Daylon sengaja di keraskan supaya lelaki itu sedar apa yang lelaki itu sedang katakan. Pasti Xander mahu bermain dengannya.
Ini memang gila seorang womanizer gilakan seorang lesbian.
"Kau sedang alami masalah besar." Daylon sukar mempercayai apa yang berlaku terhadap sepupunya itu.
"Memang besar." Kata Xander dalam masa yang sama merenung tepat ke arah botol Hoegaarden.
'Aku akan pastikan perempuan tu jadi milik aku selamanya.'
Nekadnya.