Sayap Sebelah

By Naureliaa__

262K 5.3K 704

Setiap kisah percintaan pasti akan wujud watak ketiga malah manusia akan sentiasa membenci watak ketiga dalam... More

prolog
cast
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46

BAB 2

11.7K 145 0
By Naureliaa__

Peluh yang mengalir tanpa segan silu memenuhi permukaan kulit putih mulus tanpa sebarang cacat cela Farisya Al-Humaira tidak dihiraukan langsung. Terpancar diraut wajahnya yang penuh dengan rasa keletihan dengan sesi workout yang sedang lakukannya ini.

Tubuhnya hanya mengenakan set sport bra keluaran jenama Victoria Secret itu berjaya menyerlahkan bentuk tubuhnya yang mengiurkan itu. Sesiapa yang melihatnya pasti akan rasa terpesona dengan kecantikan semula jadi tubuh badannya itu.

Farisya seorang yang amat mementingkan penjagaan tubuh badan yang sering menjadi idaman setiap gadis-gadis diluar sana. Dia akan memastikan tubuhnya akan sentiasa ideal dan mantap menepati citarasanya.

Ruangan gym ini sememangnya disediakan khas untuknya agar dia mudah melakukan aktivitinya tanpa sebarang gangguan dari luar. Dia seorang yang sangat mampu jadi tiada masalah untuk mengeluarkan sejumlah wang yg besar hanya setakat ruangan gym ini.

Bukan kerana rumah villa nendanya tiada ruangan gym malah cukup lengkap dengan segala alatan tetapi sengaja dia memilih gym exclusive ini semata inginkan privacy.

Kring kring

Deringan Iphone Xs Max menyedarkannya daripada tumpuannya. Diletakksn besi berat itu ditempat asalnya lalu dicapai Iphonenya daripada terus membingitkan ruangan gymnya.

"Hello. Who's this?" Jawabnya tanpa melihat memanggil di screen Iphone nya.

"Asalammualaikum, cucunda." Terbeliak matanya apabila mendengar suara halus wanita kesayangannya. Masakan jarang sekali dia mendapat panggilan daripada nendanya ini kecuali perkara penting sahaja.

"Err arrr... waalaikumussalam nenda. Farisya ingat siapa tadi." Terus dia melunakkan suaranya kepada manja. Terasa sentuhan halus yang menjalar memeluk tubuhnya dari belakang serta usapan sensual jemari lembut itu asyik bermain di perut Farisya.

"Sayang, who's call yo...." Pantas memusingkan tubuhnya dan tangan Farisya menekup mulut Amylia sambil membulatkan matanya memberi isyarat 'please, jangan bersuara ini nenda.'

Amylia hanya terkaku lalu mengangkat kedua belah tangannya menandakan dia faham situasi sekarang..

"Ehh, ini kamu dekat mana? Baru tadi nenda dengar macam ada suara perempuan panggil kamu sayang. Farisya?" Farisya dapat bau perasaan curiga Hanum terhadapnya. Namun, dia tenang kerana sudah biasa dengan situasi sebegini.

"Farisya dekat gym lah tempat biasa nenda. Biasalah nenda rutin time weekend. Tadi tu suara pengunjung datang ke gym ni nenda. Yelah, tempat awam macam-macam lah ragam manusia yang keluar." Panjang penjelasan yang di buatnya masakan dia sudah pasti Hanum akan bertanyakan soalan. Nendanya seorang yang akan banyak tanya selagi dia tidak berpuas hati.

"Ohh, nenda ingatkan memang ada perempuan panggil kamu macam tu. Buat nenda risau kalau kamu ni jadi songsang dan kamu tu tak payah asyik pergi ke gym je badan kamu tu dah cantik dah suami kamu dapat kamu mahu dia tak lepas kamu daripada bilik." Farisya melepaskan keluhan kecil mengenangkan nenda percaya akan kata-katanya. 'Sorry, Farisya cucu nenda ni memang seorang yang songsang.' Getus hatinya.

"Ehh, apa nenda merepek ni Farisya bukan semata-mata untuk cantik nenda tapi untuk kesihatan juga nenda." Balasnya sambil mencapai tuala bersih disediakan khas untuk mengelap peluhnya.

"Ini nenda nak ajak kamu teman nenda pergi beli hadiah dalam tengah hari nanti.." Beritahu nenda tujuan sebenarnya. Farisya melihat jam yang sedia ada tergantung di dinding

"Hadiah? Untuk siapa punya nenda? Birthday abang dah lama lepas." Berkerut keningnya memikirkan tujuan Hanum menelefon.

"Ini untuk anak Datin Mawar. Si Ayu, diakan nak nikah majlis persandingan pun dah nak hampir so nenda ingat nak belikan sesuatu untuk dia." Farisya merasakan dia pernah dengar nama 'Ayu' suatu ketika dahulu. Namun, dia tidak ingat siapakah gerangan itu.

"Lagipun kamu tu sejak masuk office jarang sangat nak jumpa kamu keluar pagi balik dah lambat." Farisya hanya mampu mendengarkan sahaja luahan nendanya itu. Bukan dia sengaja berbuat demikian tetapi kehidupannya penuh kesunyian sejak kecil. Duduk di villa bagaikan dirinya seolah tunggul sahaja.

Bukan dia tidak tahu walaupun Hanum sudah lama bersara daripada kerja-kerja pejabat tetapi wanita tua itu tetap sibuk dengan aktivitinya bersama rakannya dan kerja amal.

"Okay lah nenda, sebelum tengah hari Sya sampai. Assalammualaikum." Terus panggilan itu di matikan sebaik sahaja dia mendengar suara nenda menjawab salamnya.

Farisya memusing tubuhnya menghadap kekasih hatinya yang sudah muncung sedepa sambil memeluk tubuh. Amylia tidak gemar akan temu janjinya diganggu.

"Sayang sorry for tengah hari ni. I tak boleh keluar dengan you. I ganti date kita dengan malam ni. I janji ikut je mana you nak pergi ya." Pipi Amylia diusap lembut. Mengharap gadis itu terpujuk. Amylia hanya membalas jelingan mautnya sahaja.

"Fine, you jangan lupa janji you kalau you buat juga siap you." Amaran si Amylia yang berbaur ugutan itu.

"Baik sayang." Tenang hati Farisya.

---------------------

Pelbagai jenis barangan antik berjenama yang tersusun cantik di rak khas. Pingan-pingan yang dipenuhi dengan seni ukiran mampu menarik orang ramai mengangguminya. Hanum bercadang ingin menghadiahkan buat pasangan memperlai itu dengan perkakas rumah yang merupakan simbolik untuk mereka yang  akan mendirikan rumah tangga.

"Farisya rasa pingan ni cantik tak?" Tanya Hanum kepada satu-satunya cucu perempuannya yang hanya duduk dia sofa khas untuk pelanggan.

Farisya hanya memandang sekilas sahaja dan kembali memandang skrin telefon pintarnya.

"Of course lah cantik nenda dapat barang freekan." Balasnya selamba. Terbeliak mata Hanum apabila mendengar jawapan cucunya itu. Tidak pernah dia mendengar

"Ish kamu ni. Cakap tu beralas sikit." Tegur Hanum kerana kurang senang dengan cara cucunya berkata begitu tambahan pula situasi tersebut telah diperhatikan oleh staff kedai ini. Mampu mendatangkan permikiran negatif terhadap empayernya.

"Ok fine, I'm sorry. Now nenda nak yang itu ke atau nak itu. Farisya rasa dua-dua okay sesuai dengan diorang." Farisya melepaskan keluhannya lalu menjeling menandakan dia sudah bosan dengan keadaan sekarang. Farisya bangun menuju kearah nendanya sambil membetulkan skirts paras lutut itu.

"Nenda masih tak pasti dengan pilihan ni." Hanum melepaskan keluhannya.

"Erm apa kata nenda letak dulu barang ni and then kita pergi ke kedai lain tengok. Siapa tahu ada barang yang more suitable for them." Kata Farisya tenang sambil memegang bahu Hanum dari belakang. Hanum mula berfikir seketika. Ada benar kata-kata cucunya itu.

"Maaf ya, terima kasih."Hanum menyerahkan pingan yang berukir itu kepada staff mereka secara berhati-hati. Farisya memandang dengan senyuman lega. Perutnya daripada tadi berdendang minta diisi. Masakan dia pulang dari gym terus menaiki kereta ke mall ini.

"Nenda lapar tak? Farisya rasa lapa.." Farisya berkata sambil memandang Hanum namun kata-katanya tergantung apabila dirinya telah dirempuh daripada belakang.

"Ehh Cik maaf." Tenang sahaja Farisya mengambil prihatin terhadap gadis berambut perang dihadapannya ini sedari tadi hanya menudukkan wajahnya sambil melihat barangan yang berjenama seperti alat muzik sudah selamat mencium lantai berkilau ini. Namun, gadis yang tidak diketahui nama itu terus menyemburnya tanpa memberi salam.

"Maaf?! Kau tahu tak barang ni di tempah khas. Bukan senang tahu tak nak dapat." Tengking gadis berambut perang itu sambil menunjukkan alat muzik seperti violin itu telah retak kerana diperbuat daripada kaca.

"I know thats my fault. Tak perlu kot nak tengking-tengking bagai macam mak lampir." Farisya masih lagi cuba bersabar dengan berlagak tenang. kerana menghormati Hanum di sebelahnya ini.

"Kenapa Malaysia perlu ada manysia seperti.."merah padam wajah gadis itu.

"Just shut up! If u doesn't have any nice word from your mouth better you shut up." Tajam pandangan mata Farisya terhadap gadis berambut perang ini. Gadis itu juga tidak mahu kalah dengan membalas balik pandangan itu. Farisya tidak betah berada disitu dengan lama lagi terus tangan Hanum dicapai dan pergi daripada situ. Memandangkan pengunjung gedung membeli-belah mula memandang mereka semacam.

--------------------

Hari ini jadual Farisya begitu padat begitu juga dengan kekasih hatinya Amylia yang sibuk dengan shoot peragakan pelbagai pakaian berjenama.

Lincah sahaja tangannya menekan papan kekunci bagi menyiapkan laporan bagi perkembangan kes yang dikendalikan olehnya terkini. Bermacam-macam kes yang rumit kerana ia berkaitan dengan undang-undang negara.

Matanya terpandangkan surat pembelian rumah yang dilakukan olehnya. Farisya telah membeli sebuah penthouse dan bercadang mahu tinggal disitu tanpa gangguan.
Cadangannya itu telah diutarakan kepada nenda. Namun, nendanya tidak mengizinkan memandang dirinya seorang sahaja cucu perempuannya. Bertambah rumit hubungannya dengan abangnya telah menjadi dingin akan hal ini.

Walaubagaimana pun dia tetap dengan keputusannya. Semenjak dia pulang dari London persepsinya telah berubah kepada manusia keras kepala.

--------------------

Farisya pantas menarik tangan Amylia keluar dari butik handbag yang ternama antarabangsa itu. Amylia sudah menunjukkan raut wajahnya yang begang terhadap tindakan Farisya sebentar tadi.

"Honey, you ni sampai hati tau cakap handbag tu hodoh. I minat sangat dekat handbag tu and then handbag tu limited edition. You know." Terpancar wajah cemberut Amylia yang tidak berpuas hati dengan tindakan Farisya tadi dengan tinggalkan butik itu begitu sahaja sebelum sempat staff di butik itu habis membuat penerangan. Sudahlah dia seorang model terkenal tidak pasal benda ini boleh jadi isu yang hangat nanti malah membolehkan standardnya terjejas.

"Ok, I'm sorry sayang. Tapi memang handbag tu tak cantik langsung and you know kulit buaya dah kenapa it's digusting. Banyak lagi handbag yang more suitable with you cause you are such a pretty girl." Lantas Farisya memegang dagu bujur sirih Amylia. Tidak hairanlah gadis itu mendapat pengikhtirafan model antarabangsa dengan wajahnya amat jelita dengan pakej badan yang mantap.

"Auu sayang ni suka buat I rasa cair tau dengan you." Tersenyum sumbing gadis itu. Berbunga-bunga hatinya akan kekasih hatinya memujinya. Siapa yang tak suka kerat jarilah. Kisah mereka lain percintaan sama jantina.

"Anything for you dear." Diusap-usap pipi Amylia yang warna kemerah-merahan. Lega hatinya dengan tingkah laku Amylia yanv manja itu. Dia sudah Amylia dengan perangai Amylia yang mudah marah dan mudah dipujuk.

Kelakuan mereka ibarat di dunia mereka tidak dihiraukan pandangan masyarakat dikeliling mereka. Dari jauh sepasang mata tajam hanya memerhatikan tingkah laku itu sedari tadi.

"Adik?" Tegur suara garau itu dari belakang Farisya. Terus terhenti kelakuannya apabila mendengar suara yang cukup dia kenali. Kemudian dengan perlahan dia memusing ke belakang.

"Ehh abang buat apa dekat sini?" Farisya hanya berlagak selamba sahaja dengan lelaki dia hadapannya ini. Raut wajah Fahmj sukar untuk di jelaskan.

"Tempat awam adik, ehh siapa perempuan dekat sebelah adik ni?" Tanya Fahmi sememangnya curiga dengan sikap adiknya semenjak pulang dari London. Mula balik lewat malam yang terkini adiknya mula mengutarakan ingin membeli penthouse dan terus menetap disana.

"Arghh, ini kawan adik. Amylia yang adik selalu cakap tu." Farisya selamba sahaja memperkenalkan gadis di sebelahnya ini. Tiada apa yang perlu diselindungkan malah akan membantu dia memperoleh kepercayaan untuk keluar bersama Amylia.

"Kawan sampai boleh pegang tangan macam kekasih pula abang tengok." Tajam sahaja pandagan Fahmi terhadap adiknya. Dia sememangnya sudah mendapat aduan tentang hubungan persahabatan adiknya bersama Amylia amat rapat malah seperti pasangan kekasih.

Tersentak Farisya apabila mendengar penyataan abangnya terhadap dirinya. Malah, dia dapat bau unsur-unsur curiga Fahmi terhadapnya.

Amylia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Fahmi hanha dipandang sepi oleh Fahmi

"Ishh. Apa abang ni." Farisya hanya berlagak selamba dengan abangnya. Sejak kebelakangan ini hubungannya dengan abangnya agak dingin semenjak dia tidak mahu pulang kerumah dan tinggal bersama Amylia. Dia tidak mahu lagi kehidupannya terus dikongkong oleh abangnya mahupun sesiapa.

"Ermm Farisya I rasa nak balik dulu and you mesti abang Farisya right so nice to meet you Fahmi. Ok bye." Amylia yang hanya berdiamkan diri akhirnya bersuara. Dia berasakan api yang membara diantara Farisya dan juga Abangnya. Usai sahaja dia berkata begitu terus dia meninggalkan Farisya bersama abangnya.

Namun begitu, Farisya ingin juga mengatur langkah mengikut Amylia terus terbantut ada yang menegur mereka berdua.

"Mi, sorry lambat ramai pula orang beratur tadi." Seorang lelaki yang tinggi lambai dan berbadan sasa datang dari arah belakang menegur Fahmi dengan selambanya persis sudah lama berkawan lagaknya. Farisya hanya memerhatikan sahaja tingkah dua orang jejaka dihadapannya ini.

"Eh tak apa, aku baru je terserempak dengan adik aku ni. So adik, cuba adik teka siapa lelaki dekat sebelah abang ni." Hairan Farisya dengan tingkah abang yang sudah lupa kedingan diantara mereka.

Tetapi bagai ada aura yang menyebabkan dia berasa takut dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sedangkan dia tidak tahu puncanya.

"Who's he?" Tanya Farisya tenang walaupun hati ini secara tiba-tiba berasa tak sedap dengan lelaki misteri di hadapannya ini.

'Siapa lelaki ni tapi kenapa aku tiba-tiba macam takut dengan dia ni..' Getus hati aku. Sedaya upaya dia cuba untuk mengenangkan hatinya yang kian gelisah.

"Seriously adik. Ini kan Aril abang Fari.." belum sempat Fahmi menghabiskan kata-katanya Farisya terlebih awal sudah meninggalkan mereka di belakang dengan terkulat-kulat. Mereka hanya melihat Farisya yang pantas pergi tanpa melihat mereka dibelakang. Begitu juga, Amylia hanya mampu terpinga-pinga.

'Kenapa kau muncul balik. Kenapa tak mati terus dekat sana. Damn it." Merah padam wajahnya menahan amarah yang kian kemuncak.

Continue Reading

You'll Also Like

198K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
606K 31.5K 66
๐™Ž๐™š๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™™ ๐™จ๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐™—๐™ฎ ๐™š๐™ฎ๐™ง๐™š๐™จ๐™๐™–๐™– โžณ His Precious Flower ๐‘ท๐’‚๐’Š๐’ ๐’Š๐’” ๐’•๐’†๐’Ž๐’‘๐’๐’“๐’‚๐’“๐’š, ๐’๐’๐’—๐’† ๐’Š๐’” ๐’‡๐’๐’“๐’†๐’—๐’†๐’“ ; ๐™๐ก๐š๐Ÿ๐ซ๐š๐ง...
477K 4.8K 57
DEWASA Viewer Discretion ๐Ÿ”ž Explicit Content ๐ŸŒš Hidup Anggun Sufiya berubah 360ยฐ apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...
1.1M 39.7K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...