The 'Anti Social'

Por broleecomel

55.2K 4.7K 685

Cover by cynara_blue Di bawah satu tajuk yang ringkas,pelbagai cerita boleh tercipta dari pemilik imaginasi y... Mais

penjelasan,syarat dan segala yang berkait tentang the anti social!
tajuk sept,2017
1.lari by anonymous
2.Lari by hdyatul
3. lari by adrianaflwr
4.lari by anon
5.LVRI by peppermintfrappe
7.lari by hasyimahpgn
8.Cerpen Lari by zzzzatie
9.Lari by nrymnisfyyah
10. lari by iza_aizaa
11.lariealiti- amrsyafx
13.larian infinity by levitcus
14. lari by chi
15.lari by fqakmr
16.Lari by cynara_blue
17.sejarah lari by syfqhrdzn_
lari by cynara_blue
18.lari by starrydaisy
19.lari by ciktlips
lari by fqakmr
Pengumuman bapak tergempar
20.lari by nanadd
Tajuk for the first half of december
PERTANDINGAN UNTUK TAJUK SEPTEMBER
Votes semptember
Pemenang Bulan 9!
2.1 TRAPEZIUM
2.2 Love Trap
2.3 Trap Gone Wrong
2.4 Nadwa Kena Perangkap
2.5 T R A P
2.6 Trap alphatiger
2.7 Perangkap Maut
2.8 happiest trap
2.9 perangkap
2.10 Trappola
2.11 Beautiful Trap
2.12 Trapfiction
2.13 Perangkap
2.14 perangkap greenypluto
2.20 Ayam
Tajuk Mei: Bulan

12. lari by imeranz

879 120 13
Por broleecomel

Mohon maaf andai cerita tidak mengasyikkan seperti yang kamu idamkan. Hanya penulis tanpa kewarasan mahu mencipta nama namun hampa. Tiada kaitan sama ada mereka yang masih bernafas atau mereka yang terhenti nafasnya untuk selamanya.

Hanyalah rekaan semata mata sesungguhnya tiada manusia sempurna tanpa cela.

By

imeranz

_______

Lari.
Ya, lari.

Jika ditanya pada aku, apa yang aku mahu, seesungguhnya lari. Aku mahu lari.

Dan sekarang, aku sudah lari.
Lari dari realiti menghadap fantasi.
Bukan itukah yang aku idamkan?

_____

Ianya bermula setelah semuanya bermula. Faham?

Setelah aku dilahirkan, oh ya, aku lahir dalam suasana sederhana, tiada iphone, tiada televisyen berskrin leper, tiada kasut berjenama converse.

Ayahku bukan orang senang apatah lagi ibu. Kerjanya hanya memandu lori kontrak, seperti yang dia selalu kata, "ada kapal, adalah duit." Tapi semenjak kebelakangan ini, aku lihat kapal semakin berkurang. Dan sekiranya kapal semakin berkurang, semakin banyakkah duit yang ayah terima?
Tidak bukan?
Tapi kenapa semakin hari semakin banyak?
Ayah jual apa?
Ah tak usah ambil peduli.
Ya silap aku kerana tidak ambil peduli sampai aku yang jadi kuli.

Tapi kini yang aku tahu, dia kini terlantar diatas kerusi tidur lena. Setelah penat mengira duit. Entah kenapa setiap kali mataku memerhati setiap inci wajahnya, pandangan jijik aku lemparkan. Mungkin sebab aku terlalu benci padanya. Oh tuhan, derhakakah aku kerana membenci orang tua ku?

Aku mengutip pakaian kotor diatas lantai lantas dimasukkan kedalam bakul dan diletakkan berdekatan dinding bilikky sebelum mengerling sekejap arah jam dinding. Baru pukul 3 petang.

Sudah menjadi rutin, pukul 3 aku akan membantu ibuku memasak didapur. Siapkan makan petang buat abah dan tetamu yang bakal datang ke rumah. Ibu, oh ibu, aku tahu seharusnya kau menjadi ratu hatiku tapi maaf, kau bukan ratu tapi hantu. Hantu yang sentiasa mengganggu ketenteraman ku. Maaf andai aku bertindak derhaka seperti yang aku tidak sesekali mahukan tapi aku terpaksa. Terpaksa tanpa rela hanya kerana ada secalit dendam.

"Assalamualaikum Soh oo Soh," suara tetamu memanggil ayah sudah kedengaran diluar rumah, penuh aura positif seperti yang terasa dalam suaranya. Bahagia mungkin? Dia bahagia aku derita.

"Waalaikumsalam Mat, awal benor ya kamu datang," sakat ayah membuatkan mereka berdua tertawa gembira. Ayah menjemput kawannya itu naik ke atas rumah dan menunggu diruang tamu. "Jah, buatkan air untuk tetamu kita."

Ibu mencuit aku yang sedari tadi termenung melihat perbuatan ayah, kenapa eh ayah?

"Bawakan air untuk tetamu kemudian turun ke bawah dan bersiap," pesan ibu lantas menghulurkan dulang berisikan sejag air tea panas dan dua tiga gelas bertangkup untuk dihidangkan kepada tetamu. Aku menyambut dengan hati yang duka tak rela. Sebolehnya aku mahu berkurung sahaja hari ini memandangkan hari ahad, hujung minggu sememangnya sedikit sibuk aku jadi. Melayan karenah keluarga, tetamu. Penat aku.
Terlalu penat.
Bukan dapat pahala pun.

"Dah besar ya anak dara kamu?" Mat ralit memerhati aku yang berbaju kurung dan berselendang menutup kepala. Tutup aurat. "Dah boleh jadi bini orang."

Bini kepala hang lah! Geram aku. Benci sangat diperlakukan sebegini. Jadi bini orang lah, jadi isteri dialah, itulah , inilah.

Ayah memberi isyarat menyuruh aku pergi jauh daripada dia dan Mat pula tak habis lagi merenung aku bagai nak terkam. Oh lupa, mereka yang datang kemari membawa hajat yang pasti. Hajat bertunjangkan nafsu serakah!

"Sudah, pergi standby." Ibu muncul bersama sehelai tuala dan baju sebelum mengarahkan aku membersihkan diri. Oh tuhan, tidak. Aku tak mahu!

"Alah ibu, Suha tak nak lah."

"Hey kau nak ayah melenting ke?"

"Apa? Melenting? Ayah melenting? Habistu Suha? Tak boleh melenting?"

"Suha, ini semua demi kebaikan kita."

"Ibu ayah tidak faham tentang aku!"

Ibu tetap menolak aku walaupun aku meronta tak mahu. Gila! Mereka semua gila! Aku sudah penat asyik mengikut arahan. Namun, kudrat ku yang lemah, akhirnya menghumban aku ke dalam tandas yang hanya sekadar tandas. Bukan short getaway, bukan syurga mahupun neraka. Hanyalah sebuah tandas untuk aku meratapi luka yang perih nan sakit. Mataku terlihat pada gunting yang tersangkut pada paku yang dipaku didinding.

Gunting?
Mahu buat apa sama gunting?
Bunuh diri?
Nanti mati masuk neraka. Eh bukankah dengan gaya hidup kini aku bakal ditempatkan dineraka?
Ah otakku ligat memikirkan sebuah idea bernas. Bagus otakku. Akhirnya kamu berfikir.

Pintu bilik air diketuk atau lebih spesifikasinya, dihempas berkali.

"Hey kau dah siap ke belum? Tetamu dah tunggu lama." Suara ayah yang menunggu diluar bilik air mendengus. Perlahan aku buka pintu dan bersama mimik muka sayu, aku tetap gagahkan diri menuju ke bilik yang bakal aku lalui saat menyeksakan namun penuh keghairahan tanpa rela.

Oh dia dah tunggu tanpa dipinta. Mat sudah berada dibilik tidur dan sedang menunggu. Alangkah jijiknya aku dapat lihat wajahnya itu. Mungkin aku yang kini jijik tapi dia lagi menjijikan aku rasa. Sanggup menodai insan tak rela.

"Hey Suha, kau ni, cantik." Mat yang terbaring mula bangkit, dia mendekati aku sambil matanya sudah dipenuhi nafsu kerana sedang meratah tubuhku dengan pandangannya. Dasar syaitan! "Kalau kau terima pinangan aku dulu, kau tak perlu diperlakukan sebegini."

Aku ketap bibir, biarkan sahaja syaitan bertopengkan manusia ini bermain kata. Tanganku sudah menggeletar menahan marah.

Mat yang mendekati aku mula memegang bahu aku dengan kedua tanganya, mencengkam seumpama hendak aku menurutnya.

"Lihatlah kau sekarang, begitu kotor terpalit dengan dosa yang mereka lepaskan pada kau, dan aku jamin, tiada yang mahu seorang gadis yang tidak lagi perawan apatah lagi setelah mengetahui bahawa ia hanyalah sebuah jiwa yang terperangkap dalam badan sebuah boneka kepunyaan ramai."

"Dan sekarang, aku nak kau layan aku, buatkan aku menjerit nama kau sayang, biar semua tahu siapa dirikau sebenar―"

"Arghhhhhhhh!" Jeritannya diselangi dengan rintihan. "Sial punya pelacur!" Mat menekup perutnya yang menjadi tempat aku tusukkan gunting. Cecair pekat merah mengalir keluar. Membasahi baju kemeja yang dipakainya. Sekali lagi, aku melakukannya.

Lagi.

Lagi.

Lagi.

Sehinggalah nafasnya yang terakhir.

Dan akhirnya, manusia yang petah berkata sudah mati. Aku bahagia. Sangat bahagia. Dan sekarang, apa yang aku perlu adalah, lagi dua korban lagi.

Lagi dua.

Aku terseringai senyum ke arah sebuah cermin dalam bilik aku. Biarpun terpalit percikan cecair merah, namun ia tak menghalang untuk aku melihat refleksi aku yang bergelumang dengan darah. Darah orang yang kotor. Darah yang menjijikan.

Aku keluar daripada bilik perlahan, tiada orang diruang tamu. Mana mereka? Bunyi lagaan periuk dan pinggan didapur menarik perhatian aku. Kali ini, bukan gunting yang aku guna.

"Arghhhhhh!" Sekali lagi aku puas mendengar jeritannya, jeritan seorang ibu yang tidak layak digelar ibu. Ibu syaitan! Ibu jahat! Melihatkan jasad terbaring kaku dilantai dapur bersama darah membuak membasahi tudung yang dipakainya, sekali lagi senyuman itu terlakar sendiri di bibir aku.

Senyuman kepuasan.

"Apa yang kau lakukan ni Suha?!" Ayah secara tiba tiba muncul daripada pintu dapur, bersama mimik muka terkejut ditambah pula apabila melihat kelibat isterinya yang terbaring kaku. Segera ayah memangku ibu diatas peha.

Satu peluang keemasan!

Aku ketawa jahat. Puas aku puas!

Akhirnya sudah tiada mereka yang akan mengganggu aku.
Menyeksa aku.

Mereka tidak mengerti bahawa aku hanya mahu suara aku hati didengari. Bukan disakiti.

Mereka tidak akan mengerti. Sehinggalah kini.

Entah kenapa pandangan aku mula merubah, daripada rumah papan sederhana yang aku diami kini menjadi sebuah ruang seperti dewan berwarna putih, daripada darah yang banyak aku lihat kini tiada dan sekarang aku ditempatkan di dalam petak yang manusia labelkan sebagai kandang pesalah.

"―anda didapati tidak bersalah kerana masalah mental yang dihidapinya dan ditempatkan di bangunan Kasih Bahagia sehingga akhir hayatnya." Sayup sayup suara lelaki yang dilabel sebagai hakim mahkamah memutuskan keputusan. Aku menarik nafas lega setelah mendengar keputusannya.

Terima kasih hakim! Terima kasih kerana faham aku biarpun manusia lain tak memahami aku. Tapi kenapa lah dia kata aku ada masalah mental. Aku tak gila. Aku tak bersalah. Sekarang aku dimana? Apa salah aku sampai masuk sini?

"Ikut sini cik." Tanganku dipapah oleh dua orang polis perempuan, dia bakal mengiringi aku ke rumah baharu seperti yang dikatakan. Aku melihat mereka dengan mimik muka pelik. Tersangatlah pelik.

Nak bawa aku pergi mana oi?

Rumah Kasih Bahagia.
Rumah untuk mereka yang terdiri dalam golongan seperti aku. Golongan yang penat dengan realiti dan sudah tiba masanya untuk mencari fantasi.

The end.

HAHAHAH belum habis lagi.

Beberapa tahun kemudian...

"Anak bunuh ibu bapa dan teman lelaki." Suara milik seorang lelaki membaca akhbar lama yang terpampang didalam bilik pejabat seorang detektif. Dia mengerutkan dahi selepas membacanya, "apa punya teruk lah anak ni!"

"Heh kau, baru baca tajuk, kau tak tahu kisah hidup dia sampai jadi macam tu," bela seorang detektif, detektif Danial sambil membawakan dua buah cawan berisikan air nescafe panas, masih berasap. Satu untuk dia, satu untuk officemate dia. "Lagipun, kisah dia tak habis disitu sahaja."

"Hah?"

Detektif Danial menarik senyuman panjang lebar. "Lambat laun, semua rahsianya akan terbongkar jua."

Terima kasih imeranz for submitting this story to anti social. May you rise and shine!

Continuar a ler

Também vai Gostar

65.6K 219 15
Transgender woman x bisexual girl
8.4K 880 21
"Live a happily ever after? Ayat itu hanya wujud dalam cerita dongeng barat. Tidak semua cerita berakhir dengan bahagia. Mungkin hidup kita serba ser...
75.8K 431 8
Kisah mengenai Rina dan Suhaimi yang berada didalam satu van bersama 7 lagi lelaki.
2.5M 55.7K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...