The 'Anti Social'

By broleecomel

55.2K 4.7K 685

Cover by cynara_blue Di bawah satu tajuk yang ringkas,pelbagai cerita boleh tercipta dari pemilik imaginasi y... More

penjelasan,syarat dan segala yang berkait tentang the anti social!
tajuk sept,2017
1.lari by anonymous
2.Lari by hdyatul
3. lari by adrianaflwr
4.lari by anon
5.LVRI by peppermintfrappe
7.lari by hasyimahpgn
8.Cerpen Lari by zzzzatie
9.Lari by nrymnisfyyah
10. lari by iza_aizaa
12. lari by imeranz
13.larian infinity by levitcus
14. lari by chi
15.lari by fqakmr
16.Lari by cynara_blue
17.sejarah lari by syfqhrdzn_
lari by cynara_blue
18.lari by starrydaisy
19.lari by ciktlips
lari by fqakmr
Pengumuman bapak tergempar
20.lari by nanadd
Tajuk for the first half of december
PERTANDINGAN UNTUK TAJUK SEPTEMBER
Votes semptember
Pemenang Bulan 9!
2.1 TRAPEZIUM
2.2 Love Trap
2.3 Trap Gone Wrong
2.4 Nadwa Kena Perangkap
2.5 T R A P
2.6 Trap alphatiger
2.7 Perangkap Maut
2.8 happiest trap
2.9 perangkap
2.10 Trappola
2.11 Beautiful Trap
2.12 Trapfiction
2.13 Perangkap
2.14 perangkap greenypluto
2.20 Ayam
Tajuk Mei: Bulan

11.lariealiti- amrsyafx

1.1K 170 50
By broleecomel

Hai, aku Amr yang kacak. Up to you nak pronounce Amar ke Amir. Tapi member selalu panggil Am. K, aku ada kembar nama Im. Boleh follow kami di ig dengan username yang sama dengan di wattpad. Kalau ada masa, mehlah baca karya aku yang lain kahkah (hm takyahlah sampah je semua tu). Idola aku lokmanhakim, syafiqaizat, zaperan dengan nami cob noobler. Apa lagi? Ha, doakan aku spm straight A+ (pergi mampus Chemist dgn Physic) Tu je kot? Enjoy!

Lariealiti -

amrsyafx

Dia menghela nafas kasar. Kedudukannya yang di sebalik dinding itu sukar untuk dilihat oleh sesiapa pun. Matanya tajam memerhatikan gadis yang memakai gaun berbunga putih itu yang duduk keseorangan di sana.

"Sayang," Dia mencengkam dadanya kuat. Perasaan 'itu' datang lagi. Perasaan yang sukar untuk ditafsir dan hanya akan datang sewaktu melihat dia.

Dia menghirup kopinya perlahan. Tangannya mula menyeluk saku lalu dikeluarkan telefon bimbit miliknya. Beberapa keping gambar diambil.

"Maaf." Dia berbisik lalu menyambung,

"Obsesi aku masih bernyawa, sayang."

Dan dia terus mengeluh.

-------------------

Nina menutup pintu belakang memandangkan dia yang terakhir keluar daripada dewan.

"Nina." Kedengaran suara garau di balik pintu membuatkan Nina sedikit terperanjat. Figura seseorang bertubuh tinggi dan memakai hoodie berwarna putih, keluar dari belakang pintu.

Melihatkan kemunculan seseorang itu, automatik Nina terundur ke belakang. Raut wajahnya mula menggambarkan ketakutan.

"Amr! Kau buat apa kat sini?!"

"Ak..aku tunggu kau."

"Buat apa? Pergilah balik. Nanti orang nampak," Nina cuba untuk bertenang.

"Jangan buat aku macam ni, Nina. Aku nak bercakap dengan kau. Please," Amr mula menunduk. Dia benar benar berharap Nina bakal mempertimbangkan permintaanya.

Nina mengeluh. Dia tahu niatnya apa.

"Nina, aku berharap sangat untuk bercakap dengan kau. Please Nina?"

"Aku tak sekejam mereka," Nina bermonolog di dalam hatinya.

"Duduklah," Nina mula mengalah. Nina tahu, Amr juga manusia. Punya hati dan perasaan.

"Aku masih sukakan kau," Amr seakan berbisik. Sesekali dia memegang dadanya. Perasaan 'itu' datang lagi.

Nina diam. Dia sememangnya sudah mengagak hala tuju perbualan mereka. Amr mula berasa gelisah apabila pernyataannya tidak dipedulikan oleh Nina.

"Nina.."

"Kenapa Amr? Dah 4 tahun pun. Kenapa kau masih tunggu aku?"

Amr terkaku. Dia kehilangan bicara apabila Nina menyoalnya begitu.

"Kenapa kau taknak mengalah je, Amr? Kau tak penat ke tunggu aku?", Nina hampir menangis mengenangkan memori 4 tahun lepas, sewaktu segala galanya bermula.

----------------

"Attention-seeker."

"Freak."

"Betul ke dia bunuh mak dia?"

"Dia tu sakit mental!"

Amr membuka hoodie yang dipakainya lalu ditarik tangan gadis itu ke sisinya dan disarungkan hoodie itu ke tubuhnya.

"Jangan kacau dia," Amr menjeling sekumpulan gadis gadis yang asyik mengumpat berkenaan gadis yang berada di sisinya itu.

"Amr.." Nina mengangkat muka dan terlihatlah oleh Amr, seraut wajah yang basah berlinang dengan air mata.

"Fuhlamak, dah ada hero lah." Saidatul mencebik ke arah Nina.

Situasi itu benar benar menguji kesabaran Nina. Tanpa dia sedari, dia telah menggenggam tangan Amr, berusaha untuk meraih semangat dari Amr.

"Aku tak kuat Amr."

"Aku ada, Nina. Aku ada." Amr berbisik perlahan. Namun Nina menggeleng laju. Matanya masih berjurai dengan air mata.

"Wah! Siap pegang tangan. Ni sekolah la, bitch. Bukan tempat kau mengga.."

Belum sempat Saidatul menghabiskan ayatnya, sebiji botol air yang boleh mengisi 2 liter penuh air tepat mengenai matanya. Ya, mata.

"AKU TAK KACAU KAU KAN BODOH!", Nina terus berlari menuju ke belakang sekolah manakala Amr pula mengejarnya di belakang. Mereka berdua berlari tanpa menghiraukan Saidatul yang sudah pengsan terkena balingan eyeshot itu.

"Nina!"

"Nina, tunggu!", termengah-mengah Amr apabila terpaksa mengejar Nina yang berlari dengan penuh emosi itu.

Dush, Nina terjatuh.

"Ya Allah, Nina!" pantas Amr berlari mendapatkan Nina seraya dia berlutut dan memeriksa pergelangan kaki Nina.

"Kaki kau tak okay ni, aku dukung kau je lah eh?" Nina hanya mengangguk lesu. Tenaganya semua hilang setelah terjelepuk pada akar kayu tadi.

Perlahan-lahan Amr mengangkat Nina ke belakangnya. Sedikit sebanyak haruman dari tubuh badan Nina mengganggu fikirannya.

Nina sangat precious. Aku kena jaga dia.

Amr berjalan dengan berhati hati melalui lorong rahsia yang menjadi tempat fly pelajar sekolah menengah di situ.

"Amr.."

"Ya?"

"Aku penatlah."

"Tidurlah."

"Dah tidur tadi dalam kelas. Ni penat nangis."

"Tau."

Suasana sunyi seketika, bayangan kereta Amr, mula berada di hadapan mereka.

"Btw Amr."

"Ya."

"Kenapa kau suka tolong aku?"

Pernyataan itu dibalas dengan deruan angin dari awan yang mulai menggelap.

Nina tidak berputus asa. Dia ingin tahu, kenapa Amr selalu menolongnya lagi lagi sewaktu di sekolah.

"Amr..Aku tanya ni. Kenapa kau.."

"Sebab aku suka kau."

Klik, pintu kereta Honda di bahagian penumpang dibuka. Amr menurunkan Nina perlahan lahan sambil dia cuba mengamati riak wajah Nina. Anehnya, wajah Nina semakin sugul.

Amr berlari ke bahagian pemandu. Dia menutup pintu kereta dan mula memasang enjin.

"Nina," Nina memandang ke arah Amr. Menanti penjelasan.

"Aku dah lama suka kau. Sejak dulu lagi."

"Kau tak takut dengan aku?" Nina memintas ayat Amr.

"Kenapa aku perlu takut dengan orang yang aku sayang?"

Amr nampak Nina macam nak senyum, tapi dia struggle kekalkan mimik muka menjadi serius.

"Yelah, orang cakap aku pembunuh. Bunuh mak sendiri pulak tu."

"Itu orang cakap, bukan dari apa yang aku nampak, sayang."

Automatik muka Nina berubah menjadi kemerahan. Sudahlah baru lepas menangis, kini diusik dengan panggilan sayang pula oleh Amr.

"Hm, tapi aku tak ada bukti Amr. Lepas kau inform aku tentang surat yang Mama tinggal di atas meja itu, rumah kami terus terbakar." Suara Nina mula bergetar.

"Aku dah tak ada tempat tinggal Amr. Nenek aku pula dekat kampung. Jauh dari sini."

"Tinggal lah dengan aku." Laju Amr memberi respon.

Nina memandang Amr, tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Secepat kilat Amr meraih tangan Nina.

"Aku akan jaga kau."

------------------

Hari berganti hari, Nina semakin selesa menyesuaikan diri bersama Amr, tinggal di dalam satu rumah yang sama. Rutin harian mereka bermula dengan Nina mengejutkan Amr dari tidurnya dan menyediakan sarapan sebelum mereka ke kolej bersama sama. Sedar tak sedar, sudah masuk tahun kedua mereka meninggalkan bangku persekolahan yang penuh duka dan lara.

Cuma yang menghairankan Nina, terdapat satu bilik bercat putih yang dikunci rapi di bahagian atas rumah. Seingat Nina, belum pernah sekali pun Amr memberi keizinan untuk Nina membuka bilik itu. Malahan, Nina tidak pernah nampak Amr menggunakan bilik itu. Nina dibebani perasaan ingin tahu yang cukup tinggi tentang apa yang terdapat di dalam bilik itu. Seakan ada satu rahsia yang disimpan rapi di dalamnya. Dia bertekad untuk cuba memasuki bilik itu, walau dengan apa jua cara sekalipun.

Nasib menyebelahi diri Nina sewaktu dia ingin menyusun baju pada almari pakaian Amr. Nina telah terjumpa sebatang anak kunci berwarna putih di celah celah kemeja Amr. Terkocoh kocoh Nina menyorokkan anak kunci itu di poketnya sebelum disimpan di dalam laci meja di bilik Nina.

Pada pagi hujung minggu, 7 haribulan Mei 2016, Nina mengambil keputusan untuk terus membuka bilik misteri itu. Tambahan pula, Amr memberitahu bahawa dia akan pulang lewat pada hari itu kerana ingin berjumpa Profesor Naim di kolej.

Penuh berhati hati Nina menaiki anak tangga ke tingkat atas.

Prap! Sekali pulas, pintu itu berjaya dibuka oleh Nina.

"Eh tak kunci?"

Nina menekan suis lampu, tapi nampaknya lampu di dalam bilik itu tidak berfungsi pula. Di dalam kesamaran itu, Nina dapat menangkap ada sebuah lampu suluh di atas meja kecil tidak jauh daripadanya. Berhati hati Nina melangkah ke arah meja itu kerana dia tidak mahu melanggar apa apa di dalam kegelapan bilik.

Pap! Nampaknya lampu suluh itu boleh digunakan.

"Fuh, nasib baik boleh guna."

Nina berpusing ke arah kiri. Dia dapat melihat berkeping keping gambar yang ditampal di sekeliling dinding bilik itu.

"Eh, tu siapa?" Nina melangkah perlahan-lahan ke arah dinding yang menempatkan berpuluh-puluh keping gambar seseorang. Dia membelek sekeping gambar yang berada di hadapannya.

"Hm, baju ni macam kenal. Gaun bunga putih.."

"Fuck, ni aku!" Terbeliak biji mata Nina melihatkan dirinya di dalam gambar itu. Keliru dengan situasi itu, Nina mencapai gambar yang berada di sebelahnya pula. Ianya merupakan gambar seorang perempuan yang sedang tidur di dalam kelas. Tangan Nina terketar ketar sewaktu dia ingin mencapai gambar itu kerana dia benar benar yakin itu merupakan dirinya.

Ding dong! Loceng di rumah itu berbunyi nyaring. Nina terus terperanjat sehingga mengakibatkannya jatuh ke lantai. Masih menggigil-gigil, dia cuba sedaya upaya untuk berdiri kembali. Ternyata panic attacknya, menyerang pada waktu yang tidak sesuai. Nina mengambil masa lebih kurang 30 saat untuk bertenang, kerana dia perlu membuka pintu untuk Amr yang tiba tiba pulang awal ke rumah.

Nina sempat berlari ke biliknya untuk mengambil selimut bagi menutup badannya jelas masih terketar itu. Di kepalanya masih terbayang akan bilik pintu putih itu yang ternyata keseluruhan gambar gambar di situ, merupakan gambarnya.

Ding dong!

Nina terus membuka pintu. Dia cuba untuk bertenang dan melangkah perlahan ke pintu pagar sambil membawa segugus kunci di tangannya.

"Kenapa lambat buka pintu? Siap berselimut ni", Amr tersenyum melihat Nina yang berjalan ke arahnya.

"Aku tak sihat sikit ni."

"Kau demam? Kenapa tak bagitahu aku?", wajah Amr terus berubah menjadi risau. Dia mengangkat tangannya ke dahi namun segera ditepis Nina. Langsung, muka Amr berubah tapi Nina hanya mengabaikan situasi itu.

"Aku naik bilik dulu? Nak sambung tidur." Nina menyerahkan kunci itu kepada Amr.

"Hm okay."

Nina bergerak pantas ke biliknya. Dia terus mengunci pintu biliknya rapat. Dia mula termenung memikirkan situasi tadi. Sungguh tak disangka, Amr menyimpan dan mengambil gambarnya secara rahsia sejak lebih 3 tahun yang lepas.

Lari. Itu je jalan yang kau ada.

Gila. Dia gila. Kau kena lari. Kau kena lari, Nina. Kau kena lari.

Dia gila, Nina. Dia gila.

Tok! Tok! Tok!

"NINA!"

Dada Nina mula berdegup kencang,

Aku kena lari! Aku kena lari!

Tok! Tok! Tok!

"NINA, BUKAK PINTU NI. AKU TANYA KAU ELOK ELOK NI, KAU ADA MASUK KE BILIK HUJUNG TU?"

Nina terperanjat besar. Dia mula teringatkan sesuatu.

'Damn! Aku lupa kunci balik pintu bilik itu'

"NINA!"

Nina semakin tidak keruan, dia mencapai dompet di atas meja dan melangkah ke arah tingkap biliknya yang terbuka luas itu. Dia mengintai jarak dari tingkap biliknya ke tanah. Nasibnya baik apabila tingkap itu cukup besar untuk membuatkannya terjun ke bawah. Akalnya yang waras menolak apa yang dia cuba fikirkan namun itu sahaja peluang yang ada.

"Nina, kalau kau taknak bukak, aku ada kunci pendua." Dan bunyi ketukan sudah reda buat seketika.

Aku boleh. Nina boleh. Nina kena lari. Nina boleh. Boleh!

Nina mula memanjat tingkap itu sehingga bunyi pintu dipulas kuat menjengah pendengarannya sewaktu separuh dari badannya sudah bergantungan dengan keadaan tangannya yang berpaut kepada tingkap.

Dengan lafaz basmallah, Nina mula terjun ke tanah tepat tepat pada waktu pintu biliknya dibuka.

"Nina!"

----------------

"Kenapa Amr? Dah 4 tahun pun. Kenapa kau masih tunggu aku?"

Amr terkaku. Dia kehilangan bicara apabila Nina menyoalnya begitu.

"Kenapa kau taknak mengalah je, Amr? Kau tak penat ke tunggu aku?", Nina hampir menangis mengenangkan memori 4 tahun lepas, sewaktu segala galanya bermula.

"Aku cintakan kau, Nina."

"Kau gila, Amr. Kau gila! Pergi mampus dengan cinta bodoh kau!"

"Nina! Sampai hati kau cakap aku macam tu," Amr membeliakkan biji matanya. Dia berang apabila cinta 'suci'nya, dihina sebegitu sekali.

Nina menolak Amr kuat ke tepinya. Dia mula berlari keluar dari dewan kosong itu.

"Kau gila!", Nina sempat menendang kerusi kosong ke arah Amr.

"Nina, cuma satu aku nak pesan. Sejauh mana kau lari, aku tetap akan kejar," Amr melaung sekuat hatinya.

Serta merta Nina memberhentikan lariannya. Dia terkaku sebentar sebelum berpusing kembali ke arah Amr.

"Kau cakap apa, Amr? Kau cakap apa?" Nina melangkah perlahan lahan ke arah Amr.

Sambil tersenyum manis melihat buah hatinya melangkah kembali ke arahnya, Amr mula menyambung, "Aku cakap sejauh mana kau lari, aku tetap akan kejar. Sebab.."

"Sebab apa, Amr? Sebab apa? Aku nak dengar."

"Sebab aku..." Kata kata Amr mula tersekat sekat apabila Nina mengangkat kedua dua tangannya lalu dilekapkan ke pipi Amr.

Nina mendekatkan wajahnya kepada Amr. Dia berbisik kembali,

"Sebab apa hm, Amr?"

"Sebab aku ibarat bayang bayang aku. Aku akan ikut kau ke mana sa.."

"Tapi bayang bayang tak ada pun masa ekuinoks ." Nina mengusap-usap pipi Amr dengan lembut.

"Hmm.."Amr mengabaikan pertanyaan itu. Dia khusyuk menghayati usapan lembut itu.

"Amr,"

"Ya?"

"Nak tau tak apa yang best dengan kau?"

"Apa, Nina?"

"Kau ni bodoh."

"Ha?"

Tanpa berlengah lagi, tangan Nina yang dilekapkan ke muka Amr tadi, dihayun tinggi tinggi dan mendarat ganas ke landasannya. YES! PADAN MUKA KO.

"Nina?!!"

"KAU BODOH! BAYANG BAYANG MANA ADA WAKTU EKUINOKS SEBAB BUMI DAH MELINTAS DARI KHATULISTIWA."

Tangan Nina terus dihayun bertalu-talu ke kepala Amr pula.

"LAGI SATU, BACK TO YOU SENSE DO! KAU TU PEREMPUAN!"

Nina mengangkat kakinya, dia mula menendang alat sulit Amr atau lebih senang kita gelarkan Amiera.

"Auww", Amiera terbongkok bongkok sambil memegang alat sulitnya.

"Euw, stupid girl. Since when kau ada telur ni?" Nina mengangkat failnya pula lalu dihantukkan kembali ke kepala Amiera.

Cukup 13 hentakan, Nina mengangkat kaki keluar dari kelas sebelum menoleh semula,

"Oh ya, sebelum aku terlupa, jangan tunjuk muka kau depan aku. K wa chaw lu."

Nina bagi fliphair dan blah dari kelas tu tanpa menoleh lagi.

-tamat.

Thank u for joining amr. Such a great story here! May you rise and shine more after this ^^

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 61.4K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
300K 9.7K 40
Korang mesti pikir dia ni suami jiran sebelah kan ? nope dia bukan suami kepada jiran sebelah tapi suami aku yang tinggal sebelah rumah aku Perkahwi...
974K 45.7K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
2.2M 61.4K 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahw...