Nak Kahwin Imam Muda!

By ZhanaMatha

407K 15.8K 505

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca NKIM yang setia :) Terima kasih banyak-banyak atas... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Announcement :)
Bab 31
Pre-Order 'Nak Kahwin Imam Muda!' (NKIM)
Dapatkan novel 'Nak Kahwin Imam Muda!' di MPH
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
The End..dan Selamat Hari Raya

Bab 43

4.7K 201 0
By ZhanaMatha

Setelah 2 minggu menghabiskan masa yang sungguh mengasyikkan di Pulau Pangkor, tibalah masa untuk pulang. Plannya kami akan singggah di kampung Umar di Perak sekejap.

Aku dan Umar berbual-bual sepanjang perjalanan ke kampungnya. Seronok sungguh mengimbas kenangan manis di Resort Rimbunan. Daripada jetski, snorkeling, sampai la ke berkayak - semua kami buat! Umar bercadang untuk menjadikan trip ke Resort Rimbunan sebagai acara tahunan. Dan aku pastilah sangat bersetuju!

Sedar tidak sedar, kereta sudah meluncur masuk ke perkarangan rumah Umar. Rumah kayu bersaiz sederhana menanti kepulangan kami. Daripada tingkap kayu, wajah ibu Umar menjengah. Nampak saja kereta kami, terus dia tersenyum riang dan turun menjemput. Umar bersalam dan memeluk ibunya dengan mesra. Aku menurut gerak laku Umar. Aku rasakan hangat tubuh ibunya memelukku dengan erat. Di atas serambi, duduk nenek dan atuk Umar. Kedua-duanya kelihata sedang santai berehat.

"Aaaa..langkah kanan kamu berdua. Sila-sila. Ni kami tengah makan petang ni. Rezeki cucur udang hari ni," pelawa Atuk kepada kami berdua.

Perut memang dah sedia berkeroncong. Pekena dengan cucur udang dan air kopi, terasa tenaga muncul kembali dalam badan aku.

Nenek Umar menilik aku daripada atas sampai ke bawah. Tanpa warning tangannya memegang perut aku dan berkata,

"Eh ini dah ada isi belum ni?" suara Nenek serius sekali.

Aku tergamam disoal siasat secara tiba-tiba begitu. Errr..awkward!

"Ehh...belum lagi nek." Aku menjawab perlahan.

"Laa..apa pasal belum ada?" dia bertanya kembali tanpa belas. Bagai tidak percaya yang dalam perut aku ni hanya berisi lemak!

"Err.." sekali lagi aku mati kutu. Aku memandang Umar meminta bantuan.

Tetapi dia hanya tersenyum sambil mengunyah cucur udang dengan berselera. Sedikit pun tiada riak gelisah di wajahnya.

"Eh, elokla beranak muda-muda. Badan tengah kuat. Senang nak jaga anak. Nanti dah tua esok sikit-sikit sakit tulang. Nak dokong anak pun tak larat dah." Nenek terus membebel sambil mengerutkan keningnya.

Eh Nenek ni kenapa tak pasal-pasal nak attack aku ni? Yang si Umar kat sebelah ni pun bukan nak backing..hati aku mula terasa panas.

Tiba-tiba, atuk Umar mencelah.

"Eh kamu ni Senah, budak ni baru je sampai. Lelah pun tak hilang lagi. Biar la diorang makan dulu.."

Aku senyum penuh penghargaan kepada atuk Umar yang 'menyelamatkan' aku daripada terus di'bahan' oleh nenek Umar. Aku jeling sekali lagi kepada Umar yang masih buat donno. Grrrr.

Aku dibawa masuk ke bilik tidur Umar. Biliknya serba sederhana dengan katil single dan sebuah kipas angin. Ada sebuah almari pakaian yang nampak sudah berusia. Aku duduk di atas katil merehatkan badan aku yang tiba-tiba terasa lain macam penatnya.

"Kalau Hana nak mandi, baik awal-awal ye. Kalau malam tandas tu gelap sangat sebab lampu tak berapa terang," Umar memberitahu. Aku cuma mengangguk perlahan.

Kata Umar sebelum ini, tandas rumah ini di luar. Tetapi setelah dibuat renovasi, tandas telah dibawa ke dalam rumah. Namun, hanya satu tandas inilah yang dikongsi untuk semua orang dalam rumah ni. Aku masuk perlahan-lahan ke dalam tandas yang gelap dan licin itu. Lantainya simen dan di sebuah sudut ada satu tempayan besar berisi air. Di hujung sudut, ada satu tandas cangkung yang sudah usang.

Aku mandi ala kadar. Suasana gelap dan keadaan tandas menyebabkan aku kurang selesa. Tapi tidaklah aku suarakan hal ini kepada Umar. Aku tahu yang keluarga Umar bukan seperti keluarga aku. Jadi, aku cuba sedaya upaya untuk membiasakan diri. Tapi bab toilet ni..arghh payahhh! Aku kalau nak terbuang air tengah jalan pun pilih-pilih mana toilet RnR yang bersih! Kalau kotor tak pe la, aku rela tahan je!

Sudah mandi aku solat Maghrib. Umar sudah pergi ke surau bersama datuknya. Tinggallah aku berseorangan. Aku keluar bilik dan menuju ke dapur untuk mencari ibu Umar. Kut-kut la ada apa-apa yang boleh nak ditolong di dapur.

"Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" aku tanya ibu Umar yang sedang menggoreng ikan.

"Eh tak de apa-apa Hana. Duduk saja la. Kamu mesti masih penat lagi" balas ibu sambil tersenyum.

Aku berdiri serba salah di dapur. Tiba-tiba nenek masuk dan memberikan seberkas ulam kepada aku.

"Haa..Celur ni la kalau nak tolong.."

Celur tu apa? Macam telur ke? Ni sayur apa pulak ni?

"Err.."

"Eh mak, dia mana tau ni ulam apa" ujar ibu kepada nenek.

"Lah, takkan pucuk paku pun tak tau!"

Aku masih berdiri tercegat sambil memegang bakul yang berisi pucuk paku itu. Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku disuruh memproses pucuk paku. Nak potong bahagian mana? Nak buang bahagian mana? Peluh dingin mula membasahi dahi aku.

"Ish, budak bandar ni. Pucuk paku pun tak tahu. Haa duduk sini belajar" nenek menggesa kepada aku. Aku menurutkan saja gerak laku nenek.

"Potong macam ni.." Nenek menunjukkan kepada aku cara-caranya. Aku memegang pisau dengan kekok. Kemudian, nenek menunjukkan pula cara mencelur kepada aku.

"Umar suka sangat makan celur pucuk paku ni. Belajarla. Bukan susah sangat pun.." nenek bersuara lagi.

Hmm..kat mana nak cari pucuk paku ni kat KL? Ada ke?

"Masak apa yang kamu tau?" nenek bertanya kepada aku.

"Hmm..saya ni sebenarnya tak berapa pandai masak.."

"Eh, dah kawin kenala pandai. Nanti laki ko nak makan apa?" Nenek merengus lagi.

"Ish, mak..diakan muda lagi. Nanti dia belajarla.." Suara ibu lembut sambil memandang aku penuh simpati.

"Apa yang mudanya? Bukan dia sebaya dengan Umar? Kan dah 21 tahun!. Nenek dulu 21 tahun anak dah 3! Masak serba serbi buat sendiri."

"Zaman mak bukan sama dengan zaman dia..lagipun, dia kan duduk bandar.."

"Duduk bandar pun, dia kahwin dengan budak kampung. Umar tu suka masakan kampung.."

Nenek masih lagi membebel-bebel tanpa mempedulikan aku. Aku hanya mampu diam sambil memproses pucuk paku satu persatu. Hati aku sudah mula terasa jauh. Nenek ni tak suka dekat aku ke sebenarnya..

Pulangnya Umar dan Atuk daripada surau, kami makan malam bersama-sama. Suasana menjadi tenang kembali. Lauk makan malam ini serba ringkas tapi sedap. Ulam pucuk paku yang dicelur nenek, ikan keli masak cili api - semuanya makanan kegemaran Umar, menurut kata Ibu.

Aku lihat Umar makan dengan berselera. Nenek pula tak habis-habis melayan Umar. Disendukkan nasi Umar, dituangkan air untuk Umar - pendek kata dilayan Umar macam putera raja!

Hmm..agaknya memang Nenek ni sayang sangat kut kat Umar. Pasal tu la dia nak aku belajar masak supaya cucu dia dapat makan sedap-sedap..

Keesokan paginya kami bertolak balik. Sebelum balik sempat lagi Nenek berpesan lagi kepada aku supaya beranak cepat-cepat dan belajar masak. Aku hanya mengangguk-angguk kecil sambil menyembunyikan perasaan aku yang semakin terguris. Nenek menangis teresak-esak sambil memeluk Umar dengan erat. Ibu bersalam dengan aku dan mengirimkan beberapa buah tangan untuk mummy dan daddy.

Sepanjang perjalanan balik, mood aku bertukar mendung. 'Teguran' Nenek yang berbisa menyebabkan aku sedih. Tapi Umar nampaknya sedikit pun tidak perasan dengan perubahan mood aku ni.

"Apa plan Hana lepas ni?" tanya Umar memecah kesunyian dalam kereta.

"Plan?" tanya aku kembali.

"Ye, plan Hana lepas tamat belajar ni"

"Oh plan lepas belajar. Hmm..ntahla Umar. Daddy memang nakkan Hana masuk kerja dengan dia. Tapi.." Aku mengeluh.

"Kenapa? Hana tak nak kerja dengan daddy ke?"

"Hana sebenarnya nak start business sendiri."

"Ye ke? Business apa?" Umar bertanya lagi.

"Hana tak sure lagi..mungkin business hijab kut.."

Umar hanya diam sambil menganggukkan kepalanya. Tapi di riak wajahnya seperti ada sesuatu yang ingin diperkatakan.

"Umar ok ke kalau saya nak mula business sendiri?" aku bertanya kepada Umar meminta kepastian.

"Saya ok..cuma.." Umar tidak meneruskan kata-katanya.

"Cuma apa?"

"Saya sebenarnya lebih suka kalau Hana tumpukan perhatian kepada rumah tangga kita dulu"

Hmm..apa maksudnya? Dia nak aku jadi suri rumah sepenuh masa ke?

"Umar tak suka saya kerja?"

"Bukan saya tak suka. Saya takkan halang kalau nak Hana bekerja ke atau nak buat bisnes, kalau itu yang Hana nak. Cuma mungkin ada bagusnya Hana ambil masa sekejap untuk fokus kepada hal rumah tangga dulu.."

Sekali lagi dia cakap pasal hal rumah tangga. Apa maksudnya? Dia nak aku belajar masak ke apa.

Aku teringat kembali bebelan Nenek yang cukup menikam kalbu. Semalam Nenek, hari ni dia pulak. Apa ni komplot nak brainwash aku ke ni?

Hati aku tiba-tiba direnggut perasaan kurang senang. Entah kenapa aku sensitif pulak bila isu hal rumah tangga disebut-sebut. Aku tahu bila aku dah bernikah memang akan ada perkara yang aku uruskan. Tapi aku tak pernah tahu apa sebenarnya yang aku kena buat. Daripada kecil memang segala kerja rumah diuruskan oleh Bibik Ani. Masak, kemas rumah, semuanya la. Mummy pun bukan pernah buat kerja rumah apa-apa pun. Nak ajar aku jauh sekali..

'Saya tak nak jadi suri rumah tangga!" tiba-tiba terpacul keluar kenyataan itu daripada mulut aku.

"Eh, saya bukan nak awak jadi suri rumah tangga.." Umar meningkah kembali.

"Saya cuma nak awak ambil masa..untuk belajar.." Umar menyambung lembut.

"Saya belajar penat-penat sampai kolej bukan untuk duduk rumah saja. Saya pun nak ada karier saya sendiri!" aku masih lagi berdegil mempertahankan hujah aku.

Umar hanya mendiamkan diri. Bila dia diam macam ni aku rasa semakin nak marah. Bila aku semakin nak marah, mulut aku pun mulala...

"Saya tak suka awak nak paksa-paksa saya buat kerja rumah. Saya tak suka awak nak suruh-suruh saya masak. Saya tak suka!"

Umar menoleh kepada aku sekilas. Tapi aku masih meneruskan kata-kata aku yang bersalur api kemarahan.

"Awak ingat saya tiada cita-cita? Tiada impian saya sendiri? Saya bernikah awal dengan awak sebab saya sangka awak akan beri sokongan kepada saya..bukan nak kongkong saya.." Tiba-tiba aku menangis teresak-esak.

Umar memberhentikan kereta di tepi jalan dan memegang tangan aku.

"Hana..kenapa ni? Bila masa saya paksa awak? Bila masa saya tak sokong awak?"

Aku masih menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa aku menangis tak pasal-pasal tengah jalan ni. Yang pasti hati aku terasa sangat hiba tiba-tiba.

"Saya akan sokong apa saja yang Hana nak buat. Saya kan suami Hana..." Umar cuma memujuk aku.

Setelah beberapa ketika tangisan aku reda. Dan Umar menyambung kembali pemanduan. Tetapi masih ada beberapa perkara yang bagai tergantung di fikiran aku..

Continue Reading

You'll Also Like

Quotes By -

Spiritual

25.3K 1.6K 200
YOUR DAILY SPIRITUAL PILLS ✨ Compilation of Islamic quotes & advices that I've found. Enjoy. ✓ Doa ✓ Hadith ✓ Quran verse ✓ English/Malay Islamic Qu...
688K 43.6K 103
Psychopath ialah seorang manusia yang bijak dan genius tetapi terlalu banyak berfikir sehingga jatuh sakit. -Take this test before its end your life...
71.5K 5.4K 48
Highest rank: #7 in spiritual (05-10-2017) #5 in spiritual (06-10-2017) #4 in spiritual (10-10-2017) #2 in spiritual (29-12-2017) #1 in spiritual (06...
4.7K 386 12
Jika Tuhan izin, perbualan kecil pun mampu menetap di dalam hati.