Bila Kuli Jadi Artis

By ayennn_99

10.3K 322 10

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 28

226 8 0
By ayennn_99

Luahan hati Daniel Ervin betul-betul buat Yuri mati kutu untuk satu tempoh masa yang agak panjang.Dia tidak menolak mahupun menerima luahan cinta pemuda  itu.Ini kerana dia masih tidak percaya dengan semua perkara yang telah berlaku.Walaupun begitu,Ervin tidak mendesak Yuri.Dia cuma tidak mahu Yuri menganggap yang dia sukakan gadis itu sebagai kawan.Ervin cintakan Yuri dan dia mahu Yuri tahu akan perasaannya itu.Datin Kasma jelas mengatakan yang Zaty adalah anak tirinya.Bermakna Ervin tidak menipu dengan mengatakan Zaty itu adik tirinya.

Dalam masa seminggu,Yuri banyak melarikan diri daripada Ervin.Rasa kekok bila terpaksa berdepan dengannya.Namun,Yuri menarik balik kata-katanya yang kononnya ingin berpindah keluar daripada rumah Ervin.Ervin sudah meminta maaf akan kesilapannya.Dan apa yang membuatkan Yuri gembira,Ervin jelas memberitahu yang dia marahkan Yuri malam itu kerana dia cemburu Yuri keluar dengan Aizul.Ya Allah,kini Yuri sendiri tidak berapa faham dengan perasaannya.Cintakah dia pada Daniel Ervin?.

“Yuri,termenung apa tu?”

Yuri terkejut kecil apabila sehelai kain basah dibaling tepat mengenai pipi kanannya.Apabila dia berpaling,Ervin sedang tersenyum ke arahnya.Walau sejauh mana pun Yuri cuba mengelak untuk berdekatan dengan pemuda itu,Ervin pasti akan mendekati Yuri tanpa dipinta.Jadi,bagaimana Yuri hendak melarikan diri?.

“Kotorlah Daniel Ervin!” Yuri mengambil kain basah pengelap meja Pizza Star itu dan membaling ke arah wajah Ervin kembali.Dia sempat mengelak dan tertawa nakal.Kain basah yang terjatuh di atas lantai diambilnya dan dia membantu Yuri mengelap meja yang kotor.Yuri mendongkol geram dengan semua kelakuan pemuda itu.

“Saya tak suka awak macam ni Yuri.” Ervin membuka mulut dengan satu helaan nafas panjang.Tangannya lincah mengelap meja walaupun dia sedar yang Yuri sedang memerhatikannya.Banyak kali dia berfikir adakah silap dia meluahkan perasaan yang terbuku dihati? Mengapa Yuri cuba menjauhkan diri daripadanya? Adakah Yuri tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?

“Macam mana?” Yuri bertanya ringkas.

“Saya tak paksa awak untuk cintakan saya.Tapi janganlah anggap saya sebagai orang asing dalam kehidupan awak.Saya tak selesa kalau awak cuba menjauhkan diri daripada saya.Seolah-olah saya telah membuat kesilapan yang besar.” Sayu pula nada suara Ervin ketika itu.

“Awak bukan orang asing dalam hidup saya.” Yuri berbicara lambat-lambat dan dia sedang merenung Ervin.Mengumpul kekuatan untuk membicarakan hal sebenar.Terpamer senyuman kecil di bibir Ervin.

“Jadi saya seorang yang istimewa dalam hidup awak ke?”

“Istimewa apanya.Awak tu alien.Makhluk asing.Tak nak saya istimewa-istimewa dengan awak.”

Yuri segera melarikan diri dengan gelak besar apabila melihat Ervin menggigit bibir tanda geram.Sajaingin mengenakan pemuda itu.Sudah agak lama Ervin mogok untuk bergurau dengannya.Dan Yuri memang tidak selesa dengan keadaan itu.Biarlah hubungan dia dengan Ervin mesra seperti dulu.Moga hubungan mereka akan baik-baik saja selepas ini.

…………………………

“Yuri,kenapa awak suka dekat Ace?”

Itulah soalan pertama yang ditanya Ervin sebaik saja mereka berdua memasuki BMW 5 Seriesnya.Kebetulan Yuri dan Ervin kerja shift pagi.Jadi,mereka pulang bersama.Yuri mengerutkan dahi dan membiarkan tangan Ervin lincah memakaikan tali pinggang keselamatan untuk dirinya.Ervin memang selalu begitu.Setiap kali Yuri menaiki keretanya,jika Yuri terlupa atau terlambat memakai tali pinggang keselamatan,pasti dia yang berbaik hati memakaikannya untuk Yuri.

“Sudah tentulah sebab suara dia tu merdu.Lepas tu lagu-lagu dia pun best.” Yuri menjawab dan kereta Ervin mula menyusur jalan.

“Em,bukan sebab dia hensem ke?” Ervin bertanya lagi.

Ervin galak bertanya perihal Ace kerana sewaktu mereka bekerja tadi,kebanyakkan daripada staf Pizza Star membahaskan tentang Ace.Ace akan melangsungkan konsertnya di Malaysia tidak lama lagi.Sudah tentulah selaku peminat,mereka semua akan membicarakan topik itu.

“Dia tu tak hensem.Tapi comel sangat.” Wajah Ace terbayang di benak fikiran Yuri.Kulit yang putih,mata yang bulat seperti kartun dan dia mempunyai dua lesung pipi yang sangat dalam.

“Daripada cara awak bercakap macamlah awak pernah bersemuka dengan dia.” Ervin mencebik bibir apabila perasan kegirangan di wajah Yuri membayangkan Ace.

“Alahai,tak payah nak bersemuka.Dalam televisyen tu selalu je ada wajah dia.”

“Saya ni tak hensem ke?” Ervin bertanya  soalan yang sama seperti dulu.

“Awak hensem,cuma kurang hensem berbanding Ace.”

“Dia ni cakap putar belitlah.Tadi kata Ace tak hensem tapi comel.Sekarang dia kata Ace hensem berbanding saya pulak.” Ervin membebel seraya meluku kepala Yuri dengan sebelah tangannya.Yuri ketawa berdekah-dekah.

“Awak takde lesung pipitlah Ervin.” Tokok Yuri lagi.

“Adalah.” Ervin berpaling ke arah Yuri dan sengaja tersenyum lebar.Jelas kelihatan dua lekukan kecil di pipi kiri dan kanannya.Mengapa Yuri boleh tidak perasan sebelum ini.Dia pun ada lesung pipit walaupun tidak sedalam Ace.

“Okeylah.Awak hensem berbanding Ace.” Yuri cuba menyedapkan hati Ervin dan pemuda itu kembali menarik muncung sedepa.

“Nampak sangat tak ikhlas.” Katanya seperti merajuk.

Sebaik tiba dia hadapan banglo Ervin,Yuri turun daripada kereta.Ervin terpaksa berpatah balik ke Pizza Star kerana dia tertinggal satu fail kerja yang penting.Itulah sibuk sangat berbual dengan hingga terlupa hal kerja.Mujurlah jarak Pizza Star dengan rumahnya tidak jauh.Jika tidak,padan muka dia!.Yuri seperti biasa memasuki banglo dua tingkat yang hampir dua bulan menjadi tempat Yuri,Kak Ima dan Farah menginap.Sungguh dia selesa tinggal di situ kerana layanan baik,Ervin,Datin Kasma dan Kak Nana.

Semua kelengkapan turut ada untuk kegunaan dirinya berbanding ketika dia menginap di hostel Pizza Star dulu.Apabila Yuri bertanya kepada Ervin bila hostel mereka akan selesai dibaik pulih.Ervin mengagak mungkin beberapa bulan lagi.Kak Nana sudah pulang ke Johor Bharu untuk menguruskan butik andamannya.Manakala Datin Kasma macam biasa sibuk dengan aktiviti luar.Setahu Yuri mama Ervin tiada di rumah untuk menguruskan hal perhotelan atau keluar dengan teman-temannya.Bila mereka tiada,tinggallah Yuri dan orang gaji saja di rumah itu.Pembantu rumah yang bernama Mak Cik Yanti itu agak ramah orangnya.Jadi,Yuri tidak kekok untuk berbual-bual dengannya.

Usai membersihkan diri dan menunaikan solat asar,Yuri bergegas keluar daripada bilik.Kedengaran pergerakan seseorang dalam bilik Ervin.Agaknya Ervin sudah pulang.Yuri terus melangkah ke dapur dan mengambil segelas jus oren daripada peti sejuk.Untungnya tinggal di rumah Ervin,satu sen duit pun dia tidak perlu keluarkan untuk perbelanjaan harian.Makan dan minum,bil air dan eletrik, semua ditanggung oleh Ervin.Apabila Yuri,Kak Ima dan Farah ingin membuat bayaran bulanan,pemuda itu tidak mahu menerima.Kata Ervin kebajikan staf memang sepatutnya ditanggung majikan yang berkemampuan.

Beberapa ketika Yuri mendengar bunyi bising daripada bilik Ervin.Seperti bunyi orang sedang bertengkar.Yuri keluar daripada dapur dan bergerak ke ruang tamu.Daripada kaki tangga dia dapat melihat wajah Zaty yang merah menyala dan Mak Cik Yanti yang sedang menundukkan kepala.Patutlah Mak Cik Yanti tiada di dapur.Rupa-rupanya dia sedang mengiringi adik tiri Ervin.Sejak bila dia berada di tingkat atas,Yuri tidak perasan.Yuri mula rasa tidak sedap hati bila Zaty merenungnya tajam dan dia menuruni tangga dengan langkah modelnya.Wajah bibik yang mengekori di belakang kelihatan pucat.

“Betul ke yang kau bukan pembantu rumah ni?” Zaty bertanya dengan suara yang tegang sambil mengajukan jari telunjuknya ke arah Yuri.Yuri kecut perut.

“Bukan.Saya cuma pekerja Pizza Star yang menumpang di sini.” Yuri menjawab jujur dengan perasaan sedikit gugup.Mengapa perempuan di hadapannya ini tiba-tiba naik berang.

“Oh,pekerja Pizza Star.Kau ni memang tak guna.Sial betul!” Tanpa sempat Yuri mengelak,Zaty merampas gelas jus oren yang berada di tangan gadis itu dan menyimbah jus itu tepat di wajahnya.Zaty puas hati manakala Yuri terpempam dan terkedu di situ.

“Zaty!.Apa yang kau dah buat ni?!”  Tempikan Ervin daripada muka pintu membekukan keadaan.

Rupanya dia baru pulang daripada Pizza Star.Ervin melemparkan failnya ke atas sofa sebelum menghampiri Yuri.Yuri diam tidak berkutik apabila Ervin menarik tangannya dan menghadang gadis itu dengan tubuhnya.Kelihatan wajah dia sama tegang dengan wajah perempuan di hadapan Yuri.

“Patutlah selama ni bila I ajak you kahwin,you tak nak.Rupa-rupanya you dah ada perempuan lain.” Tengking Zaty.

“Eh,kau ni dah gila  ke apa?! Apa hal pulak aku nak kahwin dengan kau? Berapa ribu kali aku nak cakap dengan kau yang aku tak pernah cinta dekat kau!”

Tempikan Ervin boleh membuatkan jantung Yuri gugur daripada tempatnya.Pertama kali melihat Ervin seberang itu.Namun,pemuda itu masih tidak melepaskan pegangan tangannya daripada Yuri.Ervin bimbang jika Zaty akan mengapa-apakan buah hatinya.

“Oh,you tak cintakan I.Jadi you nak cakap yang you cintakan budak selekeh ni?” Zaty memang tidak pandai mengalah.Dia turut meninggikan suara.Berdebar-debar hati Yuri untuk mendengar jawapan daripada bibir Ervin.

“Yes,I love her!.Aku memang sangat cintakan dia.Jadi,kau jangan memandai nak kutuk atau sakiti hati dia sebab aku tak boleh terima.Kau tahulah apa akibatnya kalau kau berani sakiti dia!.” Bentak Ervin dengan wajah bak singa kelaparan.Zaty memang berani mencari padal dalam rumah keluarganya. Kali ini bukan Yuri saja yang tergamam.Zaty dan Mak cik Yanti yang mendengar luahan Ervin turut melopong.Jauh dalam lubuk hati Yuri ,terdapat satu perasaan yang kembang berbunga-bunga.

“Eh,Ervin you ni buta ke apa? Yang you boleh suka perempuan hodoh macam dia ni,apahal?!” Herdik Zaty dengan wajah semerah opera cina.

“Kau tak payah nak sibuk hal Yuri.Dia sentiasa kelihatan cantik di mata aku.Satu hal lagi,kau tak payahlah nak terhegeh-hegeh nak kahwin dengan  aku.Aku tak suka kau!.Kalau bukan sebab bapak aku kahwin dengan emak kau,aku tak teringin langsung untuk ada apa-apa hubungan dengan kau.Sedarlah sikit yang kau  tu cuma adik tiri aku.Jangat ingat aku akan mengemis kasih daripada perempuan macam kau!.”

Wah,hebat sekali Ervin melemparkan kata-kata penghinaan.Sempat pula dia memuji Yuri.Kembang sekejap hati Yuri yang mendengar.Zaty yang dimaki menanam dendam dalam hati.Siapa Yuri yang tiba datang merebut kasihnya? Perempuan itu memang mencari mati!Tanpa sedar Zaty mengalirkan air mata kekecewaan.

 “Sampai hati you hina I macam ni Ervin.I akan pastikan you menyesal dengan semua kata-kata you.Dan kau budak selekeh!” Sekali lagi Yuri terkejut apabila Zaty mengajukan jarinya ke arah mukanya.Yuri bertatap mata dengan Zaty.Namun,kali ini dia kurang takut kerana Ervin berada di sisi.

“Kau jangan ingat kau menang hari ini.Aku akan pastikan Ervin jadi hak aku dan kau akan terima pembalasannya!.” Zaty mengugut sebelum berlalu keluar daripada banglo itu.Yuri hanya diam membisu.Pertama kali menghadapi situasi sebegitu.Tiada angina tiada ribut,dia mendapat satu ugutan!

“Perempuan tak guna.Mak cik,lain kali kalau saya atau mama takde dekat rumah.Mak cik jangan bagi dia masuk rumah ni.” Ervin memberi arahan kepada Mak cik Yanti dan wanita itu mengangguk-anggukkan kepala.

“Tadi,Cik Zaty masuk bilik Encik Ervin.Dia marah-marah lepas nampak gambar Cik Yuri.” Penjelasan Mak cik Yanti buat Yuri terpinga-pinga seketika.Gambar aku dalam bilik Ervin.Gambar apa pulak? Getus Yuri dalam hati.

“Gambar apa makcik?” Yuri yang sedari tadi mendiamkan diri pantas membuka mulut.Belum sempat Mak cik Yanti menjawab soalan Yuri,Ervin menggelabah menutup mulut wanita yang sebaya dengan Datin Kasma itu dengan tangannya.Terus hilang riak marahnya dan berganti dengan riak malu.

“Bukan gambar awaklah.Makcik salah tengok tu.”

Ervin terjerit kecil cuba menidakkan perkara yang diperkatakan Makcik Yanti.Yuri yang tidak tahu apa-apa terkebil-kebil melihat pemuda itu mendorong tubuh Makcik Yanti ke dapur.Selepas itu Ervin kembali mendapatkan Yuri.Dia mengeluarkan sehelai sapu tangan daripada poket seluarnya dan dengan lembut mengelap wajah kesayangan yang masih dibasahi jus oren.

“Maafkan saya sebab tak dapat melindungi awak.Habis muka sayang saya yang comel ni melekit.” Ervin berbicara perlahan dengan riak bersalah.Mujurlah dia sempat menyaksikan apa yang berlaku.Jika tidak entah apa yang bakal dilakukan Zaty terhadap Yuri.Buah hatinya itu polos sangat dan tidak melawan.Ervin mengelap wajah Yuri dengan penuh prihatin.Jelas terpancar kasih sayangnya terhadap Yuri saat itu.

“Bukan salah awak.Semua yang berlaku terlalu mengejut.Saya tak sempat nak mengelak.” Yuri memegang kedua belah tangan pemuda itu dan meyakinkan Ervin yang dia tidak apa-apa.Ervin sekadar mengangguk kecil.

“Nampaknya saya kena mandi sekali lagi.Habis melekit satu badan.” Yuri melepaskan tangannya dan menahan rasa malu yang datang tiba-tiba.Yang dia pegang tangan Ervin apahal pulak?.

“Sayang nak mandi dengan saya tak?” Ervin mengeyit mata nakal dan Yuri menunjuk penumbuk.

“Jangan nak gila sangat!” Bukan namanya Ervin jika tidak menyakat!











Continue Reading

You'll Also Like

3.7K 799 51
Yoongi yang dilahirkan dengan wajah yang cacat dan hanya kerana wajahnya itulah yang menyebabkan dia sering ditolak oleh masyarakat di sekelilingnya...
10.6K 679 43
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...
22.4K 1.6K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
60.5K 2.7K 30
Hantu itu adalah syaitan dan iblis. Ditugaskan untuk menakutkan manusia. Memesongkan akidah manusia. Supaya kita takut pada hantu dan bukan pada Alla...