Bila Kuli Jadi Artis

By ayennn_99

10.3K 322 10

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 20

251 7 0
By ayennn_99

Usai menunaikan solat subuh,Yuri cuba menyambung tidur.Jam henpon di set pada pukul 7.30 pagi.Yalah,tidur di rumah keluarga Ervin,tidak eloklah kalau Yuri bangun lewat.Nanti apa pula kata Datin Kasma.Jika tidur di hostel Pizza Star,tiada siapa pun yang boleh melarang Yuri untuk bangun lambat.Pernah sekali dia dan Farah bangun pada jam 12 tengahhari.Itu pun setelah dikejutkan oleh Kak Ima.Bunyi nada dering henpon membuatkan mata Yuri yang hampir terlelap terbuka luas.Yuri menggambil henpon yang diselitkan di bawah bantal dan menekan butang hijau. Nama yang tertera atas skrin membuatkan Yuri menghela nafas panjang.Apahal pulak mamat ini menelifonnya pagi-pagi buta.

“Selamat pagi sayangku.Dah solat subuh belum?”

Alahai,romantiknya cara dia bertanya.Macamlah aku ini orang rumah dia sahaja.Tolonglah Daniel Ervin.Jangan kau terus bermain dengan sekeping hati yang hampir cair ini. Kebelakangan ini perasaan aku pada dia rasa lain macam sangat.Sudahlah tidurku asyik disulami wajah dia.Boleh gila kalau setiap hari macam ni!.Gila bayang!. Bisik Yuri dalam hati.

“Sayang,dengar tak saya tanya ni? Tidur lagi ke tu?” Ervin bertanya lagi apabila Yuri mendiamkan diri.

“Dah solat.Saya nak sambung tidur ni.Bye.” Yuri cepat mematikan henpon.Tidak mahu suaranya mengejutkan Ima dan Farah yang sedang lena diulit mimpi.Belum sampai beberapa saat nada dering henponnya berbunyi lagi.

“Apa?” Suara Yuri naik seoktaf.

“Janganlah marah.Yuri,jom jogging.Ajak Ima dan Farah sekali.” Amboi,sesuka hati dia saja hendak mengajak aku berjoging.Ingat aku ini minat bersukan ke?.Bentak Yuri dalam diam.

“Saya malaslah.Saya nak tidur.Awak pergilah joging seorang diri.” Sekali lagi Yuri mematikan talian dan sekali lagi henponnya berbunyi. Yuri mendengus geram.

“Apa lagilah Daniel Ervin?!” Kali ini Yuri terjerit kecil akibat menahan geram mendapat panggilan daripada orang yang sama.

“Amboi,kuat betul suara kamu Yuri.” Yuri terkedu apabila mendengar suara itu.Takkan suara Ervin bertukar menjadi suara perempuan?.

“Makcik dan Ervin nak berjoging.Makcik nak kamu dengan kawan-kawan kamu temankan makcik.Berjoging baik untuk kesihatan.Walaupun kamu masih muda,kesihatan diri perlu dijaga.Jangan tunggu umur sudah lanjut macam makcik ni baru hendak berjoging.”Yuri melopong.Dahi mengalirkan peluh kebengangan.Pagi-pagi buta dapat ceramah kesihatan percuma daripada Datin Kasma.Ini semua Ervin punya pasal!

Kalau Ervin tidak menelifon Yuri pasti dia tidak kena bebel dengan Datin Kasma.Dengan perasaan sebal terpaksa juga Yuri menggerakkan Ima dan Farah bangun daripada tidur. Yalah,tuan rumah mahukan mereka bertiga menemani dia dan anaknya berjoging.Mereka bertiga terpaksalah mengikut arahan.

............................................

Jam baru menunjukkan pukul 6.30 pagi tatkala Yuri,Farah dan Ima berlari anak melintasi beberapa buah banglo mewah yang terdapat di Taman Daiman Jaya .Ervin dan Datin Kasma berjoging jauh di hadapan mereka.Yuri memang tabik dengan mama Ervin.Santai saja dia berlari dengan pakaian sukan lengkap dan tudung sarung melekap di kepala.

Daripada jauh gaya Datin Kasma berjoging macam golongan remaja.Stamina dia kuat sungguh!.Yuri,Kak Ima dan Farah termengah-mengah.Tapi dua beranak itu masih berjoging dengan tenang.Yalah,Yuri rasa inilah kali pertama dia berjoging sejak meninggalkan zaman persekolahan.Jika tidak mengenangkan Yuri menumpang di rumah Datin Kasma,jangan haraplah dia hendak meninggalkan tempat tidur saat itu.

“Rasanya kali terakhir akak joging masa tahun terakhir dalam universiti dulu.”

Ima membuka cerita apabila mereka bertiga berpakat untuk berjalan sahaja.Kaki terasa terlalu lenguh untuk meneruskan larian.Azimah adalah pelajar lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI.Dia bekerja di Pizza Star sementara menunggu panggilan untuk bertugas menjadi seorang guru.

“Aku rasa, kali terakhir aku joging masa balik kampung dulu.Itu pun joging 15 minit je.” Sampuk Farah sambil tergelak.Kampung Farah terletak agak jauh di Sungai Layau.Dia adalah seorang anak peneroka yang berhijrah ke bandar untuk bekerja.Farah tidak berniat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat sijil kemahiran daripada sebuah politeknik di Johor Bharu.

“Em,aku pulak kali terakhir joging dengan abang angkat aku masa dekat dengan tarikh SPM dulu.” Yuri membuka mulut.Masih tergambar dalam fikirannya saat abang Amri memaksa dia untuk berjoging seminggu sebelum dia menduduki SPM.

“Oh,abang angkat kau yang hensem tu.Dia dah habis belajar belum? Kau berhubung dengan dia lagi tak” Farah yang mengetahui serba sedikit tentang abang Amri melalui cerita Yuri mula bertanya.

“Em,dia baru je habis belajar dua bulan lepas.Aku berhubung dengan dia dalam facebook je.” Yuri memberitahu jujur.

“Amri tu lelaki pertama yang kau suka kan? Takde niat untuk berpasangan dengan dia ke?” Pertanyaan Kak Ima membuatkan Yuri menggeleng-geleng kepala.

“Dia dah ade teman wanita lah kak.Lagipun,Yuri dah tak suka dia.Yuri dah anggap dia macam abang kandung je.” Yuri memandang ke arah Kak Ima yang berjalan di sisi kirinya.Kak Ima mengangguk-angguk kecil.

“Siapa yang awak anggap macam abang tu?” Pertanyaan serius Ervin membuatkan Yuri berpaling ke hadapan.Tanpa sempat dia mengelak,wajahku terlanggar dada pemuda itu.Yuri mendongak memandang wajah pemuda itu yang kelat sebelum mengundur setapak ke belakang. Entah sejak bila dia berhenti berjoging dan mendengar perbualan mereka bertiga.

“Sibuk jelah dia ni!”

Yuri menolak lembut kepala pemuda itu dengan tangannya.Ervin mendengus kecil dan berpeluk tubuh.Masih memandang Yuri dengan pandangan tidak puas hati.Kak Ima dan Farah yang berada di sebelah hanya memerhati sambil tersengih-sengih.

“Kenapa kamu sibuk nak campur hal perbualan perempuan?” Datin Kasma yang berhenti berjoging mendapatkan anak bujangnya sebelum meluku kuat kepala anaknya itu.

“Mama,sakitlah!” Ervin mendongkol geram sambil mengelak diri daripada terus diluku Datin Kasma.Yuri yang melihat tergelak kecil.Terpamer kemesraan antara dua beranak di hadapannya itu.

“Kamu bertiga ni,janganlah berjalan kaki pulak.Jom sambung joging.Barulah dapat membentuk badan yang cantik macam model.”

Datin Kasma membebel ke arah Yuri, Ima dan Farah sebelum dengan hati terpaksa mereka meneruskan aktiviti joging di pagi yang indah itu.Kali ini Ervin memperlahankan lariannya dan dia berlari di sisi Yuri.Datin Kasma tidak tentu pasal menarik tangan Ima dan Farah agar berlari di sebelahnya.Aktif sungguh wanita itu.

“Yuri,siapa yang awak anggap macam abang tu?” Ervin bertanya.

Yuri memandang Ervin daripada atas hingga ke bawah.Nampak bergaya dengan pakaian sukan lengkap Nike bewarna hitam dan putih.Orang kalau dah kacak,pakai apa-apa jenis baju pun nampak kacak.Lainlah macam Yuri.Pakai baju sukan macam gaya orang hendak berkebun.

“Mama awak aktif betullah Ervin.” Yuri berpura-pura tidak mendengar pertanyaannya.

“Siapa abang angkat awak tu?” Ervin tanya lagi.

“Saya kagum betul dengan mama awak.” Yuri membicarakan topik lain.

“Awak pernah suka abang angkat awak tu ek?” Ervin menahan perasaan cemburu dalam hati.

“Badan mama awak cantik betul.” Yuri terus memerhatikan tubuh Datin Kasma yang sedang berjoging di bahagian hadapan.Cuba tidak mengendahkan pertanyaan pemuda itu.

“Awak  rasa dia dengan saya mana lagi hensem?” Ervin tidak penat bertanya.

“Saya suka betul semangat kesukanan mama awak.” Yuri merapu.

“Awak suka mama saya tak?” Ervin beralih topik.Yuri berasa lega.

“Suka.”

“Awak suka tinggal dekat rumah saya tak?” Takkan Yuri nak cakap tak suka pulak?

“Suka.”

“Awak suka makanan yang bibik mama saya masak tak?” Ervin mula melalut.

“Suka.”

“Sayang suka saya tak?”

“Suka.” Jawapan spontan yang Yuri berikan buat Ervin tersenyum lebar.Kaki Yuri terpelecok apabila menyedari dia telah diperbodohkan.Mujurlah Ervin sempat memaut tangan Yuri.Jika tidak, sudah lama gadis itu jatuh menyembah jalan tar itu.

“Awak,okey tak?” Ervin bertanya seraya mengusap-usap kepala Yuri.Yuri menepis tangan pemuda itu sebelum meluku kepala Ervin kuat.Apabila dia mengaduh sakit Yuri segera meneruskan larian.Malas hendak melayan kerenah pemuda yang membuatkan hatinya berdebar tidak tentu pasal.Lebih baik dia menjarakkan diri daripadanya.

..................................................

Selesai bersarapan pada jam sepuluh pagi,Datin Kasma mengajak Yuri, Ima,Farah dan Ervin berkaraoke di ruang tamu.Beberapa kali Yuri dan yang lainnya menolak,namun Datin Kasma memaksa.Ervin beria menyokong mamanya untuk mendengar mereka bertiga menyanyi.Aduhai,gaya Datin Kasma macam orang muda pulak.Sepatutnya,biarlah Yuri, Ima dan Farah membantu bibik membersihkan rumah itu.Namun,Datin Kasma tidak membenarkan.

Dia kata mereka bertiga tetamu di rumah itu.Tidak perlu buat kerja dan cuma perlu berhibur dengannya.Kebetulan pula mereka bertiga termasuk Ervin bekerja pada shift petang.Jadi,dapatlah mereka bertiga menghabiskan masa bersama mama Ervin itu.Yuri  menahan gelak apabila Datin Kasma memulakan karaoke pagi itu dengan lagu Robek Hatiku nyanyian Mas Idayu.Mereka berlima duduk dalam satu bilik khas dalam banglo itu.Terdapat satu set sofa dan home teater lengkap dengan set speaker seperti dalam pusat karaoke.

Yuri tidak dapat membayangkan kalau perangai Hasnah macam mama Ervin.Mahu hingar bingar keadaan rumah Yuri dengan bebelan abah.Yalah,abah paling tidak suka dengan bunyi bising.Lagipun Hasnah bukanlah jenis perempuan yang berani melalak di khalayak ramai.Sungguh tidak sopan dalam pandangan matanya.

Ervin selamba badak mengetawakan suara sumbang mamanya sepanjang mamanya menyanyi.Selesai menyanyi,Datin Kasma mengetuk kepala Ervin dengan mikrofon.Ervin memuncungkan bibir tanda protes sebelum menggapai mikrofon daripada tangan mamanya.Yuri rasa dia hendak menyanyi.Minta-minta suara dia tidak sesumbang suara Datin Kasma.

Yuri tergelak kecil apabila Ervin menyanyikan lagu Boyfriend nyanyian Justin Bieber.Dia menyanyi dengan bersungguh dan suaranya agak merdu jika hendak dibandingkan dengan suara Datin Kasma.Namun,suaranya tidak dapat menandingi suara Ace atau mereka yang bergelar penyanyi popular.Cuma,hati Yuri berdebar tidak tentu pasal apabila mata pemuda itu tidak beralih daripada terus merenungnya sepanjang dia menyanyikan lagu itu.Seperti dalam bilik itu cuma ada Yuri dan Ervin.

‘If I was your boyfriend, never let you go,

Keep you on my arm girl you'd never be alone,

I can be a gentleman, anything you want,

If I was your boyfriend, I’d never let you go.’

Ervin mengeyitkan mata nakal ke arah Yuri sebaik saja dia menamatkan rangkap lagu itu.Wajah Yuri terasa membahang.Aduhai,kenapa bibir terasa hendak menguntum senyuman walaupun tiada perkara lawak yang berlaku.Yuri melayan perasaan sendiri sambil mendengar Farah menyanyikan lagu Rama-rama nyanyian Ella. Ima yang jarang menyanyi,mencuba suara dengan mendendangkan lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna.

“Yuri,giliran kamu untuk menyanyi.Makcik tak sabar nak dengar suara kamu.”

Datin Kasma mengambil mikrofon daripada tangan Ima dan menarik tangan Yuri yang sedang duduk di sofa agar berdiri.Ervin tersenyum lebar sambil menongkat dagunya dengan pandangan teruja ke arah Yuri.

“Malulah nak nyanyi.Makcik jelah yang nyanyi.” Yuri menghulurkan mikrofon pada Datin Kasma.Malangnya Yuri terjerit kecil apabila wanita itu mencubit kuat pipi tembamnya.

“Jangan nak mengada-ngada.Semua orang dah nyanyi satu lagu.Jadi kamu pun kena nyanyi satu lagu.” Bila Datin Kasma membuka mulut Yuri tidak boleh memprotes.Dengan perasaan sebal Yuri mula memilih dvd lagu yang sesuai untuk dia nyanyikan.Lagu Siti Nurhaliza menjadi pilihan.

‘Cindailah mana tidak berkias,
Jalinnya lalu rentah beribu ,
Bagailah mana hendak berhias, 
Cerminku retak seribu ,
Mendendam unggas liar di hutan ,
Jalan yang tinggal jalan berliku ,
Tilam ku emas cadarnya intan ,
Berbantal lengan tidurku .

Lagu cindai menjadi pilihan Yuri.Datin Kasma selamba saja berjoget lembut di sisi gadis itu mengikut irama tradisonal itu.Ervin, Ima dan Farah memandang Yuri tanpa berkelip.Tamat saja dia menyanyikan lagu itu mereka semua memberikan tepukan gemuruh dan Yuri menundukkan kepala.Wah,rasa macam artis pulak!.

“Ya Allah,suara kamu merdu sungguh Yuri.Ada bakat untuk jadi penyanyi terkenal.”

Pujian dari Datin Kasma membuatkan hati Yuri kembang semangkuk.Kak Ima dan Farah yang selalu berkaroake dengan Yuri sebelum ini memang selalu memberikan pujian sebegitu.Namun,Ervin tidak pula memuji Yuri.Dia hanya duduk di atas sofa dan seperti termenung memikirkan sesuatu.Datin Kasma mengambil alih tempat Yuri dan menyanyikan beberapa buah lagu lagi.Tanpa Yuri sedari Ervin meninggalkan tempat duduknya dan duduk di sisi Yuri.

“Suara awak sedap sangat tapi saya tak suka kalau awak menyanyi untuk lelaki lain.Lagi satu kenapa awak tak nyanyikan satu lagu yang khas untuk saya?.Nyanyi lagu Cindai pulak. Saya dah menyanyikan satu lagu yang istimewa untuk awak.Lagu yang menggambarkan perasaan saya.”

Yuri terkedu dan terpaku apabila mendengar bisikan Ervin.Apa yang dia cuba sampaikan? Lagu Boyfriend itu menggambarkan perasaannya? Perasaannya terhadap apa? Mengapa pula aku perlu menyayikan satu lagu khas untuknya?.Ah,bicaranya bikin Yuri pening kepala!.Sudahlah jantung ini terasa bagai hendak meletup apabila Ervin berada begitu dekat dengannya!.

Continue Reading

You'll Also Like

Garpu & Camca By hlovate

General Fiction

111K 5K 31
A short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/3...
4.7K 1.5K 43
⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebag...
Rooftop Rant By hlovate

General Fiction

149K 9.1K 71
TRIGGER WARNING -substance abuse - suicide attempt - mental health Be kind. To you yourself and others. (published February 2009, ISBN : 978-967-511...
Anthem By hlovate

General Fiction

91.5K 4.7K 77
Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future. Published April 2013, ISBN 9789670508629 Goodreads : https://www.g...