Bila Kuli Jadi Artis

By ayennn_99

10.3K 322 10

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 10

300 12 0
By ayennn_99


"Wah,sedapnya!" Yuri meneguk rakus segelas kecil air Mocha Frappe yang dibuat oleh Kak Ifa sebelum tersenyum kepuasan.Dalam cuaca panas sebegini,apabila dapat meneguk minuman berais,nikmatnya sangat dirasai.Pizza Star adalah sebuah restoran yang mempunyai penghawa dingin.Walaupun begitu akibat cuaca panas terik di luar,bahangnya tetap dapat dirasai.

"Kau cadangkanlah pada pelanggan agar membeli ice blend banyak banyak.Nanti bolehlah akak buatkan air subsidi untuk kau." Kak Ifa yang sedang membasuh gelas di bar bersuara ke arah Yuri yang berdiri tidak jauh darinya.Yuri tersenyum senget.

Air subsidi yang dimaksudkan Kak Ifa ialah air lebihan yang dibuat apabila pelanggan memesan minuman yang berbentuk ice blend atau yogurt.Selalunya Kak Ifa akan membuat air tersebut dengan banyak apabila pelanggan memesan minuman tersebut dalam kuantiti yang banyak.Bila banyak minuman yang lebih,Kak Ifa akan memberikannya kepada Yuri dan staf servis yang lain.

"Yuri,awak minum air apa tu?" Satu suara yang menegur dari arah belakang membuatkan Yuri tersedak kecil.Apabila Yuri berpaling ke belakang,Ervin sedang melihat Yuri dengan senyuman kecil.Pantas saja dia menghampiri Yuri dan menepuk lembut belakang badan Yuri.

"Minum tu janganlah gelojoh sangat.Kan dah tersedak." Dia menegur lembut dan Yuri segera menepis tangannya yang masih berada di belakang badan.Kak Ifa yang memerhati tersengih seperti kerang busuk.

"Bukan sebab saya minum gelojoh,masalahnya awak tu yang mengejutkan saya." Yuri menjawab bengang apabila sudah boleh bernafas lega.Apabila Yuri menatap wajah Ervin,dia masih tersenyum ceria.Aduhai,kenapalah dia ini suka sangat tersenyum macam tu dekat aku? Hati ini berdebar tidak tentu pasal.Kata Yuri dalam hati.

"Maaflah,saya tak sengaja.Awak minum air apa ni?" Belum sempat Yuri menjawab,Ervin selamba mengambil gelas yang Yuri pegang tadi dan meneguk lebihan air di dalamnya.Yuri dan Kak Ifa tercengang.

"Ni air Mocha Frappe kan?" Ervin bertanya lagi dan Yuri menelan liur.

Takkanlah sebab Yuri minum air itu Ervin mahu memarahi Yuri.Jika mengikut prosedur kerja Pizza Star air lebihan seperti yang Yuri minum itu perlulah dibuang dan tidak boleh diberi kepada staf.Jadi,maknanya Yuri sudah melanggar peraturan.Dia kan bos,kalau dia memaki Yuri atas kesalahan meminum air subsidi itu,tidak ke malu muka Yuri?.Yuri sama sekali tidak akan menyalahkan Kak Ifa.Otak Yuri bersoal jawab sendiri.

Ervin terpinga pinga seketika apabila Yuri tidak menjawab soalannya.Bahkan Yuri mengeluarkan not sepuluh ringgit daripada wallet yang tersimpan dalam apronnya dan memasukkan duit itu ke dalam poket baju Ervin.Ervin sedikit tersentak apabila Yuri berbuat sedemikian rupa.Belum sempat Ervin membuka mulut Yuri keluar daripada bar dan menuju ke pintu hadapan Pizza Star. Takut jika Ervin memarahinya atas kesalahan meminum air lebihan itu.Tapi,Ervin pun minum kan?

"Hei,dah janji dengan saya kan tak nak buat perangai macam ni lagi?" Ervin menarik lembut bahagian belakang vest Yuri apabila gadis itu hampir dengan pintu hadapan Pizza Star.Yuri kecut perut.Sebelum ini Ervin ada nampak Yuri minum air subsidi ke? Bukankah Ervin selalu memerhatikannya? Ada juga kena buang kerja!

Ervin berdiri di hadapan Yuri dan memandang gadis itu dengan wajah yang agak sedih.Kebelakangan ini Ervin berasa bahagia sangat apabila Yuri kelihatan ingin berbaik dengannya.Yuri boleh membahasakan saya dan awak ketika berbicara dengannya dan gadis itu jarang meninggikan suara seperti dahulu.

"Er..janji apa? Perangai apa?" Yuri tidak faham.

"Nampak,dah lupa pulak.Tak sukalah macam ni." Ervin bersuara dengan nada seperti orang merajuk.Yuri memberanikan diri untuk menatap wajah yang sentiasa tampan itu. Wajah yang kelihatan cemberut memandang Yuri.

"Maaf.Saya tak sengaja melanggar prosedur kerja.Saya tak sepatutnya minum air tu." Yuri menundukkan kepala dan meminta maaf.Sebelum Ervin memaki dirinya lebih baik dia meminta maaf terlebih dahulu.Ervin mengecilkan mata dan tercengang.Tidak memahami bicara Yuri.

"Ya Allah,apa pulak kait mengait dengan air ni.Awak dah janji dengan saya kan,kalau saya berhadapan dengan awak,kalau saya tanya apa-apa,awak jangan membisukan diri.Awak dah janji dengan saya.Jangan mungkir janji." Yuri menggaru garu kepala yang tidak gatal.Kenapa bicaranya lari daripada topik ni? Oh,maknanya dia tidak marahlah Yuri minum air itu.

"Oh..saya ingat awak marah saya sebab minum air Pizza Star!" Yuri cuba menyembunyikan kebodohan kerana berfikiran yang bukan bukan.Ervin menghela nafas lega dan mengeluarkan duit yang Yuri isi dalam poket kemejanya sebentar tadi.

"Ini,yang tak tentu pasal masukkan duit dalam baju saya kenapa? Ingat saya tabung bergerak ke?" Ervin membebel sebelum memasukkan kembali duit itu ke dalam poket apron Yuri.

"Er..taklah.Saya tersalah masuk." Jawapan paling bodoh pernah Yuri beri.Dan Ervin hanya menggeleng geleng kepala.

"Saya tak kisahlah kalau awak nak minum apa jenis air pun dalam Pizza Star ni.Minum sajalah.Tak payah nak takut dengan saya.Saya bukan nak marah awak pun.Awak bukan orang lain,staf Pizza Star juga."

Yuri terkedu apabila Ervin meletakkan tangannya di atas kepala Yuri dan mengosok rambutnya perlahan.Ervin seperti memahami apa yang berlaku sebentar tadi.Kebanyakkan pengurus restoran memang tidak memahami pekerja bawahannya.Kadang kala staf makan sesuatu yang ingin dibuang pun akan dijadikan isu.

Yuri tersenyum girang dengan jawapan Ervin.Bagusnya...Ervin kata Yuri boleh minum apa jua jenis air pun dalam Pizza Star.Jika setiap hari Yuri dan semua staf Pizza Star minum air Mocha Freppe,mahu kos minuman bulanan Pizza Star melambung tanpa mendapat sebarang keuntungan.Silap hari boleh gulung tikar Pizza Star ini!.

"Em,saya ada kerja sikit nak buat dalam ofis.Hari ini awak jadi penyambut tetamu.Jangan asyik merenung gambar Ace saja.Nanti saya jeles." Ervin menjatuhkan tangannya daripada kepala Yuri dan berlalu pergi.

Yuri melopong dan terkaku di situ.Seperti tahu saja Yuri akan merenung wajah Ace setiap kali menjadi penyambut tetamu.Hendak cemburu bagai.Sudah gila ke apa? Mujurlah Kak Ima yang menjadi juruwang hari itu pergi ke tandas.Jika tidak mahu dia bertanyakan Yuri banyak soalan tentang perilaku Ervin yang berlebihan prihatin itu.Tidak tentu pasal nama Yuri tersenarai sebagai bahan gosip staf Pizza Star kelak.

.......................................

"Yuri,jom makan Spicy Chicken Wings.! Ada banyak ni!" Jeritan Kak Kiot atau nama sebenarnya Zakiah daripada arah bar mematikan langkah Yuri yang baru keluar daripada pintu dapur Pizza Star.

Waktu bekerja telah tamat.Beberapa orang staf yang Yuri kenali turut berada di situ sambil menjamu selera.Ada yang makan kek,pizza dan kepak ayam.Memandangkan pelanggan berkurangan saat itu,Yuri turut mengikut ajakan Ika.Dua jam lepas,seramai 35 orang pekerja kilang eletronik menjamu selera di Pizza Star.Majikannya telah menempah restoran itu untuk menyambut hari jadinya sekaligus membelanja semua stafnya.Adatlah majikan membelanja staf,Yuri memang sudah biasa dengan sambutan seperti itu.

Hampir mencecah enam ratus ringgit bil yang dibayar majikan mereka itu.Sebelum mereka pulang,majikan mereka berbaik hati memberikan Zakiah sebahagian daripada kek hari jadinya. Oleh kerana mereka memesan makanan dengan banyak,masih terdapat beberapa jenis makanan yang belum disentuh di atas meja.Jadi,staf servis mengambilnya dan meletakkan semua makanan itu di bar untuk dimakan.Sedang Yuri enak mengunyah kepak ayam dengan Zakiah,tiba-tiba sahaja Ika, Kak Ima,Farah,Aizul dan Din berlari keluar daripada bar dan terus menuju ke bahagian kerja masing-masing.Apabila Yuri berpaling ke kanan,kunyahan Yuri terhenti.

Ervin sedang memerhatikan Yuri dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Wajahnya tegang dan tiada secalit senyuman pun dihadiahkan untuk Yuri.Entah sejak bila dia berdiri di situ,Yuri tidak perasan.Patutlah,semua staf meninggalkan bar,takut dengan bos rupanya.Yalah,nanti dia cakap staf Pizza Star curi tulang sewaktu bekerja.

"Mayurie Rosella,saya nak jumpa awak dalam ofis sekejap.Sekarang." Ervin memberi arahan tegas dan terus berlalu memasuki dapur.Pejabatnya terletak bersebelahan dapur Pizza Star.Yuri yang sedang makan,terpinga pinga seketika.Mengapa Ervin hendak berjumpa dengannya? Yuri segera membasuh tangan yang kotor dan mengelapnya dengan sehelai kain kering.

"Kak,jangan gaduh dengan bos." Ika sempat memberi pesanan sebelum Yuri berlalu menuju ke pejabat Ervin.Ingat Yuri ni muka kaki gaduh ke?.

Di saat Yuri memasuki pejabat,Ervin kelihatan sedang mengemas beberapa keping fail di atas mejanya.Dia langsung tidak memandang Yuri.Yuri melihat sekeliling pejabat itu.Pejabat yang sederhana besar,bercat hijau cair dan lantainya berjubin putih.Terdapat sebuah meja kerja,tiga buah komputer dan longgokan fail di sebuah kabinet.Keadaan pejabat itu sedikit kemas jika hendak dibandingkan sewaktu Miss Fatin menjadi pengurus Pizza Star dahulu. Agaknya,Ervin rajin mengemas ruangan kerjanya.

"Ada apa hal awak nak jumpa saya?" Yuri bertanya apabila tiada tanda yang Ervin akan memulakan bicara.

Wajah pemuda itu masih tegang seperti tadi.Seperti menyimpan satu perasaan marah.Sekarang,Yuri sudah berhenti memanggilnya bos kerana tidak tahan dengan permintaan dia yang acap kali tidak mengizinkan Yuri menggelarnya sedemikian. Jadi,sewaktu berbicara dengannya Yuri menggunakan panggilan saya dan awak sahaja.Yuri tetap berdiri menanti jawapan Ervin.Beberapa ketika Yuri mendengar pemuda itu menghela nafas panjang sebelum dia berpaling dan merenung Yuri tajam.

"Awak makan apa tadi?" Ervin bertanya serius.

"Spicy chicken wings,kek dan.."

"Bukan,maksud saya makanan siapa yang awak makan?" Ervin pantas memotong ayat Yuri dan bertanya soalan lain.Langsung Yuri tidak terfikir mengapa Ervin bertanya soalan sedemikian rupa.

"Makanan pelanggan yang belum ber.."

"Awak tak pandai geli dan jijik ke makan sisa makanan orang lain?"

Berderau darah Yuri bila Ervin berkata seperti itu.Yuri belum habis cakap dia sudah memotong dan sekarang dia memandai buat kesimpulan sendiri.

"Apa maksud awak?" Yuri berpeluk tubuh.Darah terasa sedikit mengelegak saat itu.

"Awak tak takut ke kalau pelanggan tu ada penyakit berjangkit dan melalui makanan yang awak makan tu,awak akan dapat penyakitnya sekali? Awak tak rasa kotor ke memakan sisa orang yang tidak dikenali?"

Berdesing telinga Yuri mendengar bicara pemuda itu.Daripada tadi apa yang Yuri dengar adalah perkataan sisa makanan kotor,jijik dan menggelikan.Dan Yuri makan semua itu. Daripada memek muka Ervin,dia memandang Yuri seolah olah Yuri ini seorang perempuan kebulur yang sanggup memakan sisa makanan buangan orang.Dia ingat Yuri ni apa? Pengemis yang memakan sisa sampah dalam tong sampah ke?

"Saya tak rasa makanan yang saya makan tu kotor.Sebab makanan tu belum bersentuh." Yuri cuba menahan marah dan menerangkan situasi sebenar.

"Mana awak tahu yang makanan tu belum bersentuh? Kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu,awak nampak kesannya ke? Boleh nampak guna mata ke?" Ervin meninggikan suara.Bengang kerana Yuri menjawab.

Yuri menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.Kesabaran Yuri semakin menghakis. "Saya tak kisah pun kalau dia orang dah pegang atau jilat makanan tu.Selagi saya dan kawan kawan saya tak nampak depan mata sendiri,selagi tu saya tak rasa geli untuk memakannya." Jawapan menipu diri sendiri dan tidak mahu kalah Yuri berikan tanpa banyak berfikir.

"Ha,baguslah kalau macam tu.Lain kali,semua sisa makanan pelanggan dalam Pizza Star ni awak ambil dan awak makan!" Wajah Ervin kemerahan saat itu.Wajah Yuri turut membahang dengan semua kata penghinaan majikannya.

"Bagus juga idea awak tu.Okeylah,kalau dah habis cakap saya nak balik dulu." Yuri tidak mampu berdiri lama di situ.Jika berterusan,Ervin akan dapat akibatnya.

"Tunggu Mayurie Rosella! Saya belum habis bercakap!" Ervin menengking Yuri apabila gadis itu ingin melangkah pergi.Langkah Yuri terhenti.Jantung mengepam darah dengan laju.Hanya tunggu saat untuk meletup.Yuri kembali berpaling ke arah pemuda itu dan Ervin berdiri di hadapannya.

"Saya tak benarkan semua staf Pizza Star makan sisa makanan pelanggan.Awak ambil kad amenities saya ni dan awak gunalah untuk beli apa jenis makanan pun dekat Pizza Star.Jaga kebersihan makanan awak Yuri."

Suara Ervin sedikit mendatar apabila dia menyerahkan Yuri sekeping kad berwarna hijau.Kad amenities ialah kad yang diberikan kepada pengurus dan penolong pengurus Pizza Star untuk membeli makanan percuma di semua cawangan Pizza Star.Had penggunaan kad amenites itu adalah sebanyak tiga ratus ringgit setiap bulan.Yuri memandang kad yang berada di tangannya itu dengan rasa tidak percaya.Ervin ingat Yuri hadap sangat ke dengan kad amenities dia itu?

"Kau ingat aku ni dah kebulur sangat ke sampai perlu nak guna kad amenities kau untuk beli makanan?!" Entah hantu mana yang merasuk,tangannya ringan saja melempar kad kecil itu tepat mengenai muka Ervin.Ervin tersentak mendengar bicara Yuri.Kesabaran Yuri ada batasan dan sekarang batasnya sudah hilang.Terasa dua tanduk tumbuh di atas kepala.

"Maaf Yuri,itu bukan maksud saya.Saya.." Ervin baru tersedar yang gadis dihadapannya sedang menghamburkan perasaan marah.

"Aku tak tahulah apa masalah kau ni.Waktu aku berkerja dah tamat dan aku tak perlu terikat dengan peraturan kerja yang kau buat! Kalau aku nak makan sisa makanan orang sekalipun.Aku punya sukalah! Yang kau sibuk sangat kenapa?!" Suara kuat Yuri meledak dalam pejabat.Sudah hilang saya dan awaknya.

"Saya tak suka awak makan sisa makanan orang lain!" Ervin melawan tengkingan Yuri dengan jawapan yang sama.Kesal apabila nasihat yang hendak diberi bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan hati gadis itu.Adakah dia tersilap menutur bicara?

"Kau ingat aku kisah ke kau suka ataupun tidak? Kalau aku nak buat,aku buat,kau atau sesiapa pun tak boleh menghalang!." Yuri melawan.

"Saya bimbang dengan kesihatan awak Yuri." Suara Ervin bergetar sedikit saat itu.Seperti melepaskan sebuah keresahan yang tersimpan jauh dalam hati.Dia merenung Yuri dengan pandangan sayu.Yuri tersenyum sinis sebelum berlalu ke pintu pejabatnya.

"Boleh jalanlah dengan kebimbangan kau tu." Yuri keluar dan menghempas pintu pejabat kuat.Semua staf yang berada di dapur memandang Yuri dengan pandangan curiga. Berkemungkinan besar mereka mendengari perbualan antara Yuri dan Ervin sebentar tadi.Yuri meneruskan langkah untuk pulang ke hostel dengan perasaan sebal dan bengang yang tidak terkata.Entah kenapa hatinya berasa sangat sakit dan Yuri rasa seperti mahu menangis saat itu.

Continue Reading

You'll Also Like

170K 2.9K 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
22.4K 1.6K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
49.7K 2.9K 25
(Songjihyo&kimtaehyung fanfic) Hidup sebagai seorang nerd di sekolah yang selalu menjadi target pelajar untuk dibuli dan pada masa yang sama seorang...
263 55 7
Kenapa.. Duniaku terasa gelap sekali. Aku dapat mendengar segala suara dan bunyi di sekeliling persekitaranku. Aku mampu bergerak sendiri. Namun, ken...