Rindu Dendam [Completed]

Od maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... Viac

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 21

10K 217 20
Od maslily

Ketukan di pintu memeranjatkan aku yang sedang lena diulit mimpi. Terpisat-pisat aku ingin membuka mata. Aku bangun daripada katil lalu membuka pintu. Muka Sara sudah terjegul di hadapan pintu ketika ini. Aku memandangnya hairan.

"Kau ni memang tak serik kan?" Soal Sara kasar.

"Apa awak cakap ni?" Soalku pula terpinga-pinga.

"Aku dah cakap jangan dekat dengan Ammar Izham tapi kenapa kau degil sangat huh?!" Sara menolak kasar bahuku menyebabkan aku jatuh terduduk di lantai.

Dengan rasa tercabar dan geram yang ada pada diri, aku bingkas bangun lalu menarik kolar bajunya masuk ke dalam bilik lalu mencampakkan dia ke lantai menyebabkan dia jatuh terperosok. Pintu bilik aku tutup rapat dan kunci.

"Kau ni.. memang tak puas hati dengan aku kan?" Soalku lalu menapak berjalan ke arah nya.Sara tidak menunjukkan riak takut malah dia berdiri memandang tajam ke arah aku. Aku juga turut melakukan perkara yang sama.

"Ya, memang aku tak puas hati dengan kau. Aku tak suka tengok kau rapat dengan Iz. Sedangkan aku yang awek dia pun tak rapat macam tu." Keras suaranya membuatkan telingaku berdesing mendengar kata-katanya.

"Hey perempuan, tolong sedar diri sikit yang Ammar tu tak suka kau." Aku menunjal-nunjal dahinya.

"Hey, jangan sentuh aku lah!" Sara menepis tanganku daripada terus menunjal kepalanya.
"Atleast, aku tak dijadikan tempat hilangkan bosan." Sara berkata sinis.

Sekali lagi aku rasa tercabar. Pantas pipinya yang putih gebu itu aku tampar sekuat hati. Sara terkejut dengan tindakan aku dan cuba untuk membalasnya. Tetapi aku lebih pantas menyepak perutnya menyebabkan dia jatuh tersungkur ke belakang. Pasu bunga yang berada di atas meja aku capai dan memegangnya kemas. Lalu dengan sekuat hati aku menghempaskan pasu itu di kepalanya. Berkecai pasu itu dan darah sudah mula mengalir keluar daripada kepalanya. Sara pula sudah meraung kesakitan.

"Itu balasan untuk orang yang cuba menyakitkan hati aku!" Aku menjerit sekuat hati kepadanya. Dan pandangan aku terus gelap.

Aku terus terjaga daripada tidur. Aku mengelap peluh di dahi. Bukan setakat dahi, katilku juga sudah basah menandakan belakangku juga berpeluh teruk. Pantas aku memandang ke sisi katil. Patut lah berpeluh sakan, kipas tak buka. Handfone yang berada di bawah bantal aku ambil lalu menghidupkan nya.

Ada 10 messages daripada Whatsapp dan 5 missed calls. Aku tidak berminat untuk membuka Whatsapp . Aku pantas membuka 5 missed calls itu.Nama Lin tertera di screen handfone dan tidak semena handfone aku berbunyi. Aku mengangkat panggilan itu.

"Hello, Lia?"

"Ermm ya Lin.." Jawabku dengan suara yang kedengaran serak-serak basah.

"Woi kau tidur ke?" Soal Lin.

"Ya.. nak apa Lin?"

"Ala baru nak ajak temankan makan. Aku baru habis class ni."

"Pukul berapa sekarang?" Soalku.

"Err 3:45 petang." Jawab Lin. Aku meraup mukaku beberapa kali.

"Okay tunggu lah kejap lagi aku sampai. Kau kat mana ni?"

"Aku tunggu kau kat cafe eah?"

"Okay." Aku pantas mematikan talian dan menuruni katil.

Setelah lengkap berpakaian, aku mengambil barang yang penting sahaja seperti handfone dan duit untuk turun ke bawah. Aku mengerling jam di dinding.

4:17 pm

Sudah lebih 30min berlalu. Kasihan pada Lin terpaksa menunggu lama di cafe. Oleh itu, aku mempercepatkan langkah kaki untuk menuju ke cafe. Sampai sahaja di sana, aku mencari-cari kelibat Lin.

"Lia!" Suara Lin menjerit memanggil nama aku. Ketika itu, kebanyakan mata yang berada di situ sudah memandang tepat ke arah aku termasuk sepasang mata Ammar. Ammar? Apa dia buat dekat situ? Dalam keterpaksaan aku berjalan menuju ke meja Lin.Aku melabuhkan punggung di sebelah Lin.

"Lambat nya kau datang. Kitorang dah habis makan dah." Kata Lin selamba. Aku terkejut dan mendecit sedikit.

"Kata nak aku temankan. Kenapa kau makan dulu?" Soalku tidak puas hati.

"Aku dah whatsapp kau lepas call tu cakap tak payah datang. Tak baca lah tu." Aku mencebikkan bibir. Memang daripada bangun tidur tadi aku tidak membuka Whatsapp.

"Habistu sekarang macam mana? Aku lapar.." Aku merengek tanpa mempedulikan kewujudan Ammar.

"Kau suruh Iz temankan kau eah? aku nak pergi jumpa Acap ni." Lin mengambil topinya yang berada di atas meja dan menyarungkan nya di atas kepala. "Alaa tapi aku nak makan dengan kau.. tak pernah makan dengan kau hmm." Aku memeluk erat lengan nya.

"Kau kalau dah makan penampar bongsu aku tak ke sia-sia Lia?" Lin menarik tangan nya dari terus dipeluk aku.

"Kenapa tak sulong?" Soalku kepadanya. "Sulong, angah,acik pala bana semua aku dah bagi dekat Acap. Eee lepaslah Lia. Jealous Iz tengok kau peluk aku." Aku melihat sekilas Ammar yang berada di hadapan Lin. Dia tergelak kecil lalu menundukkan muka nya. Telinganya kelihatan merah. Kenapa merah? Dahtu takkan hijo. Lol

"Sampai hati kau kan Lin. Hmm aku nak naik bilik lah." Aku mengangkat punggungku untuk berlalu pergi dari situ. Lin pantas menarik lengan aku. "Eh Lia.. aku tahu kau tak makan lagi kan? Makan lah dulu..Iz temankan apa salah nya. Sorry lah aku tak dapat temankan kau."

"Taknak lah. Aku dah kenyang." Jawabku berdalih. Walaupun sebenarnya aku tersangat lah lapar kerana dari pagi tidak mengisi perut. Dan pada saat itu juga lah perut aku berkeroncong minta di isi. Oh damn.

"Weh Lia! hahahahhaha teruk gila bunyi perut kau. Nampaknya perut dan hati kau tak sependapat kali ni. So apa kata kau duduk.. kau pesan makanan sekarang." Lin memaksa aku agar duduk semula. Ammar pula sudah memanggil pekerja di situ untuk mengambil order. Nak tak nak, terpaksa juga aku memesan makanan dan bertemankan Ammar.

Ammar hanya memerhatikan aku. Aku pula sedang menyibukkan diri menyuapkan makanan di dalam mulut. Walaupun sebenarnya aku berasa sedikit janggal apabila dipandang begitu ketika makan.

"Awak pandang apa?" Soalku bersahaja. Ammar hanya menarik senyuman kecil dan mengenyitkan sebelah matanya. Nak tercekik tulang ayam rasanya apabila dia berbuat begitu. Pantas aku menundukkan wajah melihat makanan yang berada di dalam pinggan.

Setelah selesai makan, aku sendawa sedikit. Teruknya perangai. Tapi aku kisah apa, Ammar cuma kawan aku jadi tiada sebab aku nak jaga ayu or whatsoever. Ammar pula hanya tergelak kecil. Tisu di atas meja dihulurkan kepada aku. Aku tidak mengambil huluran nya malah mengambil tisu lain yang berada di atas meja dan mengelap mulutku perlahan.

"Awak marahkan saya lagi?" Soal Ammar perlahan. Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak mahu menjawab pertanyaan nya.

"Awak dah baca Whatsapp saya?" Soal Ammar lagi. Aku hanya menggelengkan kepala. Ammar mengeluh kecil. Dia mengalihkan pandangannya ke tepi. Cahaya pada petang itu benar-benar memberi pantulan yang cantik pada mata birunya. Buat seketika aku terpana dan mengagumi ciptaan Tuhan.

Apabila dia memusingkan kepalanya ke hadapan, aku pula memalingkan wajah ke tempat lain.

"Lia.. boleh saya tahu kenapa tiba-tiba je awak tanya soalan macam tu?" Soal Ammar lembut. Aku bermain-main dengan jari sendiri berkira-kira untuk menjawab.

"Ermm takde apa. Saja nak tanya." Kataku perlahan.

"Lia.. kalau saya dah ada girlfriend, takkan saya nak ajak awak couple dengan saya? Okay, saya tahu awak taknak kita bercouple tapi tak semestinya saya perlu cari perempuan lain.. Saya tunggu awak Lia. Saya dah janji kan lepas habis belajar ni saya masuk meminang awak." Aku meneguk air liur. Ammar di hadapan aku ditatap lama. Ingin mencari kebenaran kata-katanya melalui mata dan Ammar tidak sama sekali mengalihkan pandangan nya. Dia juga turut menikam anak mata aku demi mencari sebuah kepercayaan.

"Wahh wahh tengok sini siapa yang sedang bermadu kasih." Aku tersentak lalu terus mendongak ke atas. Sara bersama dua orang rakannya sedang berdiri di hadapan kami dengan berpeluk tubuh. Sara memberikan pandangan tajam nya kepada aku. Ammar pula aku lihat sedang sibuk membelek handfone seperti tiada siapa di situ melainkan aku dan dia.

"Sara? Mind to seat with us." Kataku saja berbasi-basa.

"Of course!" Rupa-rupanya Sara tidak menolak kebasian itu. Dia pantas melabuhkan punggung nya di sebelah Ammar yang sedang leka dengan handfone di tangan. Aku menjadi menyirap tiba-tiba apabila melihat dia merapati Ammar dan dengan sengaja memeluk lengan Ammar. Ammar juga terkejut dengan perlakuan Sara terus meloncat bangun. Mukanya sudah kemerah-merahan.

"Ammar Izham.. kenapa you bangun? Duduk lah sini sebelah I." Sara membuat suara gedik nya dan menarik-narik lengan Ammar. Ammar tidak selesa diperlakukan sebegitu. Aku pula yang menjadi seronok melihat adegan di depan mataku ketika ini. Tidak semena-mena aku tersengih.

"Ammar, tadi awak cakap nak pergi bookshop kan?" Sengaja aku menyoal Ammar. Kalau dia tak faham juga maksud aku, memang aku tinggalkan je dia dengan perempuan gedik tu.

"Hah? Eerr bila? Haa haaaa ya ya betul! Kita nak pergi bookshop kan? Jom Lia." Ammar sudah melangkah laju meninggalkan tempat itu. Aku berhenti seketika di sebelah Sara lalu mengangkat sebelah kening bersama senyuman sinis.

Aku berjalan di belakang Ammar. Alasan ingin pergi ke bookshop telah ditukar kepada jalan-jalan di taman. Sesekali aku menyepak batu yang berada di atas jalan.

"Auch!" Ammar mengaduh kesakitan apabila batu yang aku sepak itu terkena betisnya. Aku menggigit bibir melihat dia yang sedang berkerut menahan kesakitan. Sakit ke? Dia pakai seluar panjang kot. Bukannya seluar pendek.

"Sakit ke?" Aku menyoal nya. "Tak sakit..sedap sayang." Kata Ammar lalu tersenyum.

"Eee mengada-ngada!" Aku terus berjalan laju meninggalkan dia di situ. Ammar pula sudah tergelak dan pantas mengejar aku. Kami berjalan beriringan di taman itu.

"Ammar, awak kenal ke Sara tu?" Soalku memecah kesunyian.

"Kenal.. dia pun budak sama course dengan saya."

"Awak suka dia?" Soalku lagi cuba merungkai jawapan.

"Ish! Minta simpang lah nak suka perempuan macam tu. Saya tak minat lah perempuan gedik macam tu. Saya minat gadis biasa." Tanpa aku sedar, aku menarik senyuman setelah mendengar kata-kata Ammar.

"Lia, dia ada kacau awak ke?" Soal Ammar lembut. Tanpa sedar, aku meluncurkan perkataan 'Ada' kepadanya.

"Ada? Bila?" Suara Ammar kedengaran cemas. Langkah kakinya juga sudah diberhentikan dan berdiri di hadapan aku. Aku yang masih terkejut dengan perlakuan nya tidak dapat menghentikan langkah. Tidak sengaja kepala aku terhantuk lembut di dadanya. Aww lembut nya dada dia.

"Ish apa awak ni! Nak berhenti jangan lah depan saya." Aku membentak geram lalu menolak badannya ke belakang. Terpaksa aku mendongak sedikit untuk melihatnya. Terpancar jelas riak kerisauan di wajahnya.

"Saya cakap ada ke tadi? Saya cakap mana ada." Aku menekankan perkataan mana itu. Aku rasa Ammar tidak perlu tahu apa yang telah terjadi beberapa hari yang lalu. Cukuplah aku tahu sendiri bahawa Ammar tidak menyukai Sara dan tiada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan itu.Kami beransur pulang ke bilik masing-masing ketika azan Asar berkumandang.

Hehehe ramai naww nak MuqLia moment. Jealous Ammar tau. Tak kesian ke korang dekat dia :p Merayu-rayu dia datang dekat sis suruh buat LiAmmar moment uhukk

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

768K 31.5K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
205K 6.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
20.5K 2.4K 20
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
44.2K 4.5K 20
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...